Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 1 February 2011

INFO : KENCING BERDIRI boleh akibatkan batu karang

Tahukah anda, sekiranya anda mengamalkan tabiat kencing sambil berdiri, risiko untuk anda menghidapi penyakit batu karang adalah sangat tinggi!

Memang Islam tidak melarang umatnya kecing berdiri tetapi Islam menggalakkan umatnya melakukannya dengan cara yang sopan sehingga tidak terkena percikannya. Lagipun, membuang air kecil sambil duduk adalah sunat di sisi agama.

Ini adalah kerana, sekiranya anda mengamalkan kencing sambil berdiri, air yang sepatutnya keluar sehingga ke "titisan terakhir" akan tersumbat di dalam pundi kencing. Dalam erti kata lain, air kencing tersebut tidak semuanya akan keluar.

Terdapat organ yang tidak dapat berfungsi secara optimal dengan posisi berdiri. Sekiranya anda kencing dalam posisi mencangkung, saluran kencing dan segala yang berkaitan dengan proses pembuangan air kencing akan terbuka luas dan mengoptimalkan proses pembuangan air kecing sehingga ke "titisan terakhir".

Semoga kita sebarkan info ini kepada keluarga dan rakan kenalan kita!

~ MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI ~

No comments: