Daisypath Anniversary tickers

Friday 19 April 2013

Kencing berdiri penyebab siksa kubur

Artikel ini adalah sebuah nasihat utk kita semua.

Wahai saudaraku Se-Imam dan Se-Islam..

Hati-hatilah dalam membuang air kecil kerana byk org tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.

Rasulullah SAW menasihati kita;
"Bersabda Rasulullah SAW ; "Hati-hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak org tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya".

Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dgn cara berdiri.

Saya sendiri pernah melihat teman saya yg membuang air kecil dgn cara berdiri kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,

Lalu saya bertanya kepadanya;
"Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil dan Allah SWT melaknat orang yg kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana".

Iya menjawab;
"Hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi..."

Astaghfirullah, sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.

Air seni yg terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima Allah SWT.

"Allah SWT tidak akan menerima shalat seseorang kecuali dalam keadaan bersih" (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim)".

Oleh sbb itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.

Oleh sbb itu kita dilarang kencing dgn cara berdiri. Ingatlah bahawa kebersihan itu sebahagian dari iman. Sebuah pesan (nasihat) utk terkasih. Dari kekasih utk yg terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari Allah dan perkataan yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dlm menuntu ilmu agamanya .

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yg menyampaikan satu ilmu dan org membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahal walaupun sudah tiada". (HR Muslim)

Tuesday 16 April 2013

BILA ISTERI TAK CANTIK (Part 2)

Korg dh abis baca entri sblm nie? Bila isteri tak cantik (Part 1)?

Klu blm bace lg pi bace entri tue dlu sblm meneruskan entri nie. Kang korg x phm plak ape yg aku meroyankan!!! Hahaha.

Ke tepi ke tepi mak jemah nk meroyan sakan nie!

Lepas jerk aku baca cte nie mmg panas jerk hati aku nie bagaikan mendidih2 cm gunung berapi nk meletus ko tau x? (tau kan ajelah...kang korg yg jd mangsa aku nnt!).

Yups, mmg takdir Allah tentukan. Ape yg berlaku ofcoz ade baik buruknya utk kte kan? Ofcoz kte akan suh think positive right?

Tp sblm kte b'tindak d luar batasan kte cuba lah kte renungkan diri kte blk. Bak kata org muhasabah diri tue (cm bgs jerk aku nie ckp cmtue kan). Xpe kte saling ingat mengingati, aku bknlah perfect sgt.

B'balik pd cte tue td, x rase kejam ke lelaki tue pd wife dia? Ok mmg wife ko mmg sow2 jerk tp dia jlnkan tggjwb dia sebaik mungkin utk ko yg seriously dlm kewangan wife ko tlg okeh (so sila sedar diri dan cermin skit diri tue dlu!!!).

Dlm kewangan wife ko tlg ko tp ko plak ade hati pasang lain sbb nye wife ko x vogue da vass cm yg kt luar sane tue? Klu duit dlm poket ko b'kepuk xpe la jgk ade hati nk pasang lain, nie b'kepuk dgn habuk jerk pn x sedar diri. Pls laaaa....(marah membara nie).

Alasan si laki konon wife penampilan x menarik. Isteri dh 3 anak bdn pn lari sane sini dh x cm anak dara. Cer cube ko jd pmpuan pastu lepas b'salin je naik lemak sane sini pastu yg anu ko pn longgar sane sini x grip cm anak dara dlu, ape ko rase?

Nk minta 1st kelas service, high taste tp ko mampu x nk sediakan duit tuk high maintenance bini ko pasang bdn? Hntr la pi spa setiap bulan tuk penjagaan dr rambut smpi hjg kaki, mampu ke bang??? Nie bini minta itu ini tuk kecantikan bini pn bini beli guna duit gaji sendiri ok. Ko ade nk bg???

Come on la. Cer cube korg cermin diri korg tue sblm ade niat busuk korg nk pasang lain. Yg korg tue btl2 ker jaga penampilan, jaga bdn tuk bini ko plak? Nk sedap mata ko memandang jer, x pikir plak sedap mata memandang bini ko.

Yg si bini nie pn x cukup tgn nk siap cantik dpn ko...pepagi bdn kusut masai dh sibuk wt bekpes, wt bekal anak, siap g keje, blk keje ambik anak, masak, lipat kain, basuh kain, layan perangai anak nak itu nak ini, kemas rmh. Ckp mmg senang...cube dress up cecantik, seksi2 dpn suami. Tp bile benda tue semua dlm 1 hari si bini nie nk settlekan dia pikir 1 jer nk rest. Tue blm part korg para suami nie nk minta OT plak.

Nk ckp byk pn x guna gak sbb laki nie w/pn nafsu 1 pasti t'tewas jgk dgn godaan d luar. Ofcoz la yg HARAM lg sedap, lg best, lg mencabar bile dpt dan yg HALAL jgk yg x best. Tp tepuk dada tanye iman!!!

Klu hidup kerana nafsu ermmm klu aku ckp nie mmg kuang ajar sgt so abaikanlah. Korg tentukanlah jln hidup korg nk cmne. Tp the truth is mmg sedih la klu benda2 cmnie b'laku. Seriously mmg sedih.

Aku doa benda2 cmnie dijauhkanlah drpd berlaku dlm keluargaku dan diri aku sendiri. Yups, ckp mmg mudahkan tp In Shaa Allah percaya pd qada dan qadar Allah.

BILA ISTERI TAK CANTIK (Part 1)

(Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri
Buat iktibar kita semua dan para suami/lelaki, renung-renungkanlah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. 

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

**************************
**********************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. 

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. 

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji. 

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . 

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. 

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....


Monday 15 April 2013

Corat coret

Kebosanan tahap gaban kisah nyeeee!

Tgn pn gatal la nk mengedik update blog nie. Yelah dh naik b'kepuk gmbr2 Zarif yg dh lame jgk aku x tempekkan kt cni.

Gmbr2 nie pn secara random je aku pilih sbb byk sgt kang muntah darah plak korg nk khatamkan entry nie. Hahaha.

Zarif next month dh masuk 1 tahun 6 bulan. Pejam celik dh membeso dh anak den nie. Giler rindu mse dia fresh bru kuar dr perut aku  nie haa. Nangis kejap jer pastu dok la tdo dgn eloknye sblh aku (mse kt hospital). Biase la hopistal gomen mmg terus je pas baby tue kt bawah jagaan ibunya.

Pelikkan? Klu ibu b'salin biase blh la lg nk layan baby tue klu cm aku yg b'salin caeser nie cmno? Confirm2 bius kt bdn pn x kebah lg. Dkt stgh hari bru ok. Sbb tue la nasib baiknye Zarif nie x melalak spjg dia tdo tue. Good boy anak mama nie!! Syukur.

Eh, over plak intro nyer...skip!







Tue la sebahagian gmbr2 kami sekeluarga bile mood nk b'gmbr tue ade. Klu x mmg xde b'gmbr pn. Ahaks!


Untunglahhhh, mama yg mengidam nk dptkan mini cooper tp Zarif yg dpt. Hikhik. Xpe la nnt mama tumpang mini cooper Zarif yolah tuk b'gaya. (Tp confirm2 kete tue x gerak lgsg...ingat bdn comel sgt ke ape???)

Kbai. Till next entry.

Wednesday 10 April 2013

Flying without wings

Huk huk huk...b'habuk b'kulat dh blog aku nie!
Sowie ler x kerajinan nk hapdate sbb lately mmg aku bz! bz la sgt, ko hade?

Actually aku pn skg dh tukar department bru.
Again???

Okeh2, jgn pikir sbb aku ade attitude problem or whatever u think.
Tp aku di pilih tuk join this new unit. D ulang kembali...di pilih!
Rase cm diriku sgt berharga la plak. (Puke...sila muntah hijau!)

My new unit is Online Marketing & Business with new job scope and new position.
Start tgh bln 3 onwards mmg back to back meeting with my new team.

Biase la new unit ker so byk benda kena develop. Seriously nmpk cm mudah tp mmg ssh.
Mule2 tue mmg aku byk blur la (actually smpi skg pn ade blur2 lg).
Most of the meeting mmg aku jarang sekali b'ckp. Tetibe jd pemalu la plak kan.
Tp actually mmg nk catch up tue 1 hal jgk la kan. But I'll try my best.

So ape kena mengena entry nie dgn title entry nie pn aku x tau. Hahaha. Lantak la.
Anyway wish me luck tuk jayakan task kami. Smlm dh present kt CEO, good feedback.
X sabar rase nye nk all out. Siap dh angan2 tinggi tue. Hohoho.

Ya Allah, semoga apa yg kami lakukan berjalan dgn lancar dan baik. Amin.  :)