Daisypath Anniversary tickers

Friday 29 June 2012

Effective Multi-Tasking Skills in Office Administration

Salam jumaah,

Baru b'kesempatan nk update this blog about my training 2 days ago at Dorsett Regency Hotel Kuala Lumpur. 

Was a good training I've attend and good knowledge. Besides that, meet new friends (bak kata trainer new network). Our trainer is Indian name Ananthy Sakaran was a good trainer for me. Mmg x kan mengantuk la dlm training dia. 

Let me share with you guys something about our activities...



Gmbr atas tue 1st activity kte org iaitu kena wt lirik lagu dan nyanyi. Bintang (STAR) adalah nama group kte org yg t'diri drpd 5 perempuan dan 1 lelaki. Lirik mmg b'terabur apatah lagi pitching time nyanyi tue for sure ke laut la. Kte org pilih lagu Yuna "Terukir di bintang".

Pastu ade game utk bezakan Urgent & Not Urgent VS Important & Not Important. Haaa, mesti korg pn t'tanye2 game tue cmne kan. Meh aku share skit kt korg pasal benda nie n blh la korg praktikkan kt tmpt keje korg or mybe dlm kehidupan kte.



Good knowledge right? So, moh kte praktikkan supaya kte b'kerja dgn effective & efficient. Xpe skit2 kte ubah nnt ok la kan? InsyaAllah dgn itu career development pn ade, salary adjustment pn ade ye dak? 

Duit takkan bergolek klu x d usahakan but dlm training nie what I learn is keje mestilah ikhlas bru duit tue dtg. Kata-kata mudah je kan tp nk praktikkan wallahualam. Atleast we must try k.

Hope that what I've shared to you very useful for you guys. Share it with you friend okeh. For details you can google it.

Times up! Will update my blog later...Don't forget the Floria Putrajaya 2012 starting tomorrow!!! Fill your weekend with your family at Putrajaya. See yaaaa


Wordless

Gmbr nie cukup sudah mengambarkan SENYUMLAH SELALU

Ibu Masih Boleh Menyusukan Walaupun Demam


Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya.


Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Sebaliknya, bagi bayi yang tidak menyusu susu ibu, dia lebih berisiko untuk mendapat jangkitan yang sama kerana susu lain tidak mengandungi sebarang antibodi untuk melindungi bayi tersebut. Bayi yang masih kecil dan lemah itu masih tidak mampu untuk menghasilkan antibodi mereka sendiri kerana sistem imun mereka yang belum matang. Penyusuan susu ibu ketika ibu demam dapat membantu bayi untuk meningkatkan sistem imunitinya secara tidak langsung.

Satu faktor penting yang perlu diambil perhatian adalah untuk ibu menjaga kebersihan dirinya ketika dia demam. Ibu perlulah menutupi mulut dengan tuala atau tisu yang bersih ketika batuk ataupun bersin. Seeloknya ibu hendaklah membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun pada setiap kali dia menguruskan bayinya seperti ketika menukar lampin, memberi susu dan juga menidurkan bayi. Ini penting untuk mengurangkan risiko transmisi secara terus virus tersebut dari ibu ke bayi.

Sesungguhnya, jika ibu demam, bayi yang menyusu susu ibu adalah lebih selamat berbanding dengan bayi yang tidak menyusu susu ibu.

Buat ibu-ibu di luar rajin-rajinkanlah menggali ilmu penyusuan, kurang ilmu akan buatkan kita gagal untuk menyusu.

kredit: blog Hazimah

10 Teknik Simple Kuruskan Badan



Ni dia, teknik simple yang tak pernah terfikir dek akalpun sebelum ni..
 
Kredit kepada http://view.my/dietkamikaze (En. Ben) sebab semangat beliau membantu mereka yang nak kurus ni.
 
1. Katakan anda tinggal di sebuah apartment  tingkat 6. Semasa menunggu lif, biarkan orang lain menekan dahulu aras tingkat masing masing, tugas anda hanyalah melihat aras mereka. Pasti ada yang menekan tingkat 4, 7, atau 8. Anda pilihlah sendiri samada untuk turun di tingkat mana (4,7 atau  DENGAN MENGGUNAKAN TANGGA terus ke aras 6 (rumah anda).. Amacam! Kan kalori terbakar tu..
 
2. Bila makan dikenduri kawan baik anda, pastikan anda mulakan pemakanan anda dengan buah-buahan terlebih dahulu!
 
3. Katakan anda sedang menunggu lif beramai ramai untuk naik ke Pejabat anda. Ada sorang mamat ni pergi tekan tingkat 1 sedangkan tingkat 1 tu hanya sebanyak 20 anak tangga je. Cara perli yang paling sopan ialah dengan tarik nafas anda sambil menggeleng-gelengkan kepala. Esok, mesti mamat tu segan nak tekan tingkat 1 lagi.
 
4. Bila sedang bekerja, pastikan anda membawa bersama botol air 3 liter setiap hari. Simpan botol itu di pantry bukannya di bawah meja anda. Setiap selang 1 jam anda perlu bergerak ke pantry untuk minum. sehari 40 kalori terbakar sebab pergerakan ini
 
5. Bermainlah dengan anak anda setiap petang. Bermain kejar-kejar, lepas 10 minit pasti peluh bercurah-curah dan anak anda akan tidur awal malam itu. Kan senang
 
6. Bila bangun pagi sebelum gosok gigi, minum segelas air terlebih dahulu OK
 
7. Parking kereta anda jauh sedikit bila pergi ke Shopping Complex. Ini membuatkan anda berjalan lebih banyak pada hari itu
 
8. Katakan anda sudah menempang tiket wayang pada pukul 2pm minggu ini. Pastikan anda datang awal 2 jam bagi membolehkan anda berwindow shopping. Tu pun bakar kalori jugak tanpa disedari.
 
9. Setiap kali makan tengahari, ambil nasi suku TAPI sayur 3 jenis..
 
10. Kawan-kawan tak nak bersenam bersama anda? Tak jadi masalah, anda pergi je ke taman dan jogging dibelakang mak cik atau pak cik di sana. Jangan terkejut, bila Pak cik atau Mak cik tu nak jadikan anda anak menantu mereka.

Wednesday 27 June 2012

Experience with PUBLIC TRANSPORT!!!

Miss blogging tmpt aku meluah perasaan n segala-galanya dlm ertikata lain DIARI la kot. Whatever laaa.

Al-kisah mengenai public transport nie sbbnye blk dr training kt KL smlm aku t'sesat smpi ke station yg x sepatutnya aku pegi. Actually aku dr Hang Tuah nk ke Bukit Jalil alih2 tgh syok2 tue aku pasan signboard MALURI bile smpi station tue. 

"Eh pelik la plak, semalam x plak lalu station nie arinie leh plak smpi ke Maluri." Dlm hati dh gundah gulana dh nie. Nasib baik la dkt dgn tmpt yg leh tgk mane tuju LRT tue. 

Smpi kt station Cempaka aku turun then t'paksa la wt U-Turn ke Chan Sow Lin. Rupe2 nye aku x pasan dorg ade announce yg kena tukar train klu nk ke arah Sri Petaling. Damnnn!!! Giler buang masa aku.

Smpi Chan Sow Lin kena plak tgu LRT nk ke Bukit Jalil dlm 5 - 10 minit. Pastu mmg jd ikan sardin la dlm LRT tue sbb time org blk keje confirm2 la ramai org. Dh smpi Bandar Tasik Selatan brulah aku dpt duduk. 

Smpi je kt kereta terus pecut nk pi ambik anak plak tp ingat jln lengang ke? Mmg TAK la time tue. Mmg jammed la time tue. Rase nk meraung, nk menangis n menyesal pun ade. Sbb nye klu aku dpt cpt smpi kt Bukit Jalil confirm x mengadap jammed tue. Arghhhhh!!! Smpi rmh pn dh pukul 7. 

Bile kejadian smlm b'laku wt aku t'ingat the 1st time experience naik KTM with my elder sister n brother in law. Time tue dorg bru pas kawen pastu aku n adik aku fllw dorg pi Seremban. 

Otw blk ke Tiroi (station yg ptt kte org turun) alih2 pintu KTM tue cpt btl tutup. Dorg semua lepas alih2 aku tinggal kt blkg. Aku dh siap tekan button open tue tp x nk jgk t'buka. Dgn hati dh risau time tue sbb 1st time mane la aku nk tau mane plak aku pegi lepas tue. 

Nasib baik la time tue aku dh ade hp terus abg ipar aku call suh turun kt next station iaitu Labu. Sblm nk smpi kt Labu tue aku nangis la smbil ckp dgn abg ipar aku tue. Hahaha. Mau nye x nangis? Dh la 1st time pastu aku plak tinggal sorg2 je, perghhh giler la. 

Pastu abg ipar aku pn bw motor pi Labu tuk ambik aku. Makoiii malunye naik motor dgn abg ipar aku time tue. Yelah time tue kire dh anak dara jgk la aku nie (time tue dh sekolah menengah dh). Tp nk wt cmne, naik jelah pn. Hahaha.

Korg cmne plak? Penah x ade experience lucu mse naik public transport nie? Mesti ade punye la. Ntah2 seram pun ade kot. 

**haishhh payah btl x tau guna public transport pi KL nie...moral of the story to Shahril Noradha, pasni syg nk kuar jenjalan kt KL tue la...nk kasi expert skit, muleh x?

Friday 22 June 2012

Putrajaya Floria 2012

Salam jumaah dearie readers,


Di villa indah ini
Pernah menjadi saksi
Temasya yang gemilang
Suasana meriah
Termetri di hatiku kau yang memiliki
Kehebatannya di malam itu....

Feeling kan lirik lagu Bourgenvilla? Anyway abaikan sbb mmg xde kena mengena dgn entry aku kali nie pn. 

Back to the topic pasal Putrajaya Floria 2012 tue, cm menarik jer kan? Tp menarik bg sesape yg peminat bunga la kan or maybe bg mat-mat bunga? Hohoho.


Just for intro about Putrajaya Floria 2012Malaysia’s premier outdoor/indoor garden and flower showcase. Starting from 30 June - 8 July 2012, FLORIA 2012 will once again be held at the Waterfront, Precinct 2, Putrajaya.

With over than 1 million visitors from all over the world on last year event (FLORIA 2011), we return with more spectacular and colourful festival. FLORIA 2012 will showcase the best of Malaysian and international landscape and horticulture industry; from commercial landscape products to garden design and flower displays. Exhibitors from Malaysia and other participating countries will create exceptional displays and presentations in a garden setting environment.

Themed “Bougainvillea - Enduring Beauty”, FLORIA 2012 will showcase the biggest collection of Bougainvillea in full bloom with outdoor and indoor theme garden displays.

Sesape yg nk tahu lebih lanjut, leh visit this page http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html okeh. Aku nie suke juga bunga2 nie sbb kaler2 yg b'mcm2 tue. Tp thn nie tema nye bunga kertas, not sure ade bunga2 lain jgk ker x. Klu nk tau moh la kte meramaikan festival ini.

Rase cm nk ajak hubby pi jerk. Sekali sekala jenjalan bw Zarif ape slhnye kan? Lgpn mesti Zarif suke sbb Zarif mmg sgt excited klu tgk kain yg b'bunga2 nie (means dia suke bunge la kan?). Plus with the colourful so excited.

Come and be part of the excitement!

Wordless on Friday


iLoveAllah

If you died right now, at this moment; would you be ready for the grave and then judgement?
Are you content and pleased with your Islam, Qu'ran recitation, manners, hijab and deeds?

I'M NOT!!! 

May Allah make us better and more serious about being better!!!

The real question is what are we going to do to improve? Reading this and feeling bad is not the way to fix it. 
We have to take some serious steps! May Allah make it as easy.


Thursday 21 June 2012

L.E.M.A.U

Dearie readers,

Semakin parah plak kelemauan aku nie! Sgt tidak suke tau. Semenjak hubby outstation n my mom ade kt rmh seriously aku semakin hari semakin malas.

Klu nk bgn tdo pn dh xder mood apatah lg mood nk g keje kan? Confirm2 la lg lemau nk poie keje. Dgn nk menempuh jem tiap2 ari mmg t'sgt la lemau. 

Ade plak staff bru (transfer dept aku) duk sblh aku nie dh serupa cm Mr Bean nye adik b'adik b'tmbh2 lemau aku der! Agak2 brp kali aku sebut lemau x tau la gamaknye.

Bile pikir blk kan ari2 kte nie bosan kan sbb tue jelah setiap hari. Bgn pagi g keje lek keje tdo pastu pusing blk bgn pagi g keje lek keje tdo! Bosan kowt.

Oh yer lg satu, b'tmbh2 lemau sbb aku kan x suke ambik minutes of meeting. Dlu meeting dept jer dh skg meeting tuk bosses pn aku ambik minutes of meeting. Damn! Such a boring task okeh. Really don't like it tp ape blh wt dh mmg tggjwb aku wt jelah.  :(

Lemau...lemau. Bile la hubby nk lek dr outstation nie! Rindu dh b'bakul-bakul dh nie x tau bakul mane lg aku nk ambik lg. Hohoho. Nie la dugaan plg besar klu b'suamikan engineer yg keje on call, standby bak kata org bkn keje yg ofis hour la. On time clock in, on time clock out. 

Mgu dpn Isnin Selasa plak aku training kt KL. Kononnya nk pi survey la hotel tue weekend nie tp xder yg nk teman? Sadis x? Public transport aku mmg failed. Klu drive g KL confirm2 la lg failed. Cmne tue? 

Ssh jgk  klu x jd kaki jln nie kan? Bile jd cmnie sape nk tlg? Korg nk tlg aku? Mmg TAK la sbb aku pn phm korg pn ade hal masing2. Nk b'dikari? Mmg blh tp agak2 klu aku t'sesat ntah ke mana tue sanggup aku suh teksi je hntr smpi rmh aku. Payah bebeno nk phm naik LRT pastu turun mane plak kan. Mood sentap skit! Ahaks.

Mmg semua yg t'senarai d atas nie menunjukkan kelemauan aku tahap gaban la. Kena refresh diri blk nie supaya segar kembali n padamkan segala kelemauan d atas. Phewww. 

Klu refresh dpt pi b'cuti best gak nie...Tettttttt, b'angan jelah!  :P

Monday 18 June 2012

PERBEZAAN OTAK LELAKI DAN OTAK PEREMPUAN


Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
























OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah
ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan
ujian memiliki otak
PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana
kebenaran perkara
ini.."

BUT I also got 3 F's instead of 6 F's? But I'm a girl okeh. Cmno tue? Hikhikhik.  :)

Sumber : http://1001rahsiadiri.blogspot.com

Day 15th...miss HIM so much!

Dearie readers,

Last night I cried because I miss my hubby so much. Ya Allah, I can't handle this anymore! 

Rindu nk b'gurau senda, b'tepuk b'tampar dgn dia n nk lawan gaduh manja pn dgn dia jgk! Skg dia xder kt rmh mmg bosan tahap gaban la kan. Kali nie mmg dia outstation plg lame la smpi tahap x tau smpi bile kt sane. 

Giler x giler bile ckp x tau smpi bile? Dh tue smpi bile nk menanggung rindu nie? Huwaaaaa.  :(

Anyway, dia outstation pn sbb keje kan so aku sbg isteri kena la redha. Mudah-mudahan kepergiannya utk bekerja m'dpt keberkatan drpd Allah dan melimpah rezeki murah kpd kami sekeluarga.

Until now my mom n my grandma still at my home to accompany me sbb aku nie klu dtg angin penakutnya mau keras satu tmpt je x mo b'gerak. Tp bile angin berani skit tue blh la wt derk je ape2 yg mengusarkan hati. 

But until when nk b'gantung dgn my mom je kan? Anyway, I need to independent. I know my mom x selesa kt aku tue coz yelah rmh aku tue panas. Kt rmh dia ade la aircond, bile panas leh pasang aircond. Hohoho.

Tgk la cmne...If aku ok kenalah aku b'dua je dgn my lovely son membawa diri sendiri kt rmh tue. Bak kata org dlm kubur nnt sorg2 gak xder plak org lain leh temankan, btl x? (Ayat sedapkan hati sendiri) 

Friday 15 June 2012

Shopping time :)

Salam jumaah dear readers,

As usual lunch time on Friday yg rehat lame skit nie d manfaatkan dgn kbykkannya tuk window shopping klu xder ape2 yg b'kenan d mata la or xder ape2 yg d target tuk d beli. Hihi.

So for today xder la aku nk shopping sgt smpi abis 2 3 rat pn. Oh yer nk d jdkan cte la kan dlu mse aku bujang lg giler bosan klu fllw colleague nie coz dua2 dh kawen n ade anak. Port dorg yg wajib mesti tmpt baju2 budak.

Mmg sgt bosan la smpi tahap aku kekdg2 tue mls nk fllw. Klu fllw pn mmg smpi xder arah tujuan aku nk pi mane. Tp bile dh ade anak sendiri nie haa aku plak yg jd cmtue. Smpi dorg nie pn dh tau mesti aku ade kt tmpt baju budak.

Well time dh ade anak nie seriously priority tuk shopping tuk anak la dlu drpd diri sendiri. Kekdg tue dh jumpe baju kte sendiri yg cantik n harga b'patutan tp tue la smpi 100 kali pikir "nak ke x nak...nak ke x nak". Perghhh, klu dlu mse bujang 10 kali pikir bile dh ade anak nie lg up smpi 100 kali. 

Dh puas jln cari baju yg aku target tuk anak aku iaitu baju lubang2 sbb dia ikut mama nya nie yg kuat peluh. Huhu. So abis aku tawaf tmpt baju budak2 kt ctu smpi la jumpe baju kt bwh nie. Dh jual baju raya laaaa!!!


Inilah warna tema kami tuk raya tahun ini. Sbb nye baju hantaran x d tempah pn thn lps memandangkan aku dh preggy so time tue pakai jubah jerk. So thn nie tidak melepaskan peluang utk pakai baju 1 tema sbb mane la tau kot rezeki aku cpt tuk dpt anak no2 ke kan (w/pn mmg plan nk jarak jauh skit la kan).

Tp x beli pn baju tue pn. Aku snap pic nie then mms kt hubby. Klu Zarif pakai nie mesti hensem n macho sgt anak mama nie. Hihihi. Bile tgk harga cm gigil jgk la kan. Bkn kedekut nk beli tp kena utamakan benda yg lebih penting iaitu services kete! Major services plak tue, adehhh!

So insyaAllah tgk la klu rezeki lebih mmg nk beli kain n tempah tuk anak aku nie pn. Klu x pn beli yg dh siap punye. Hope dpt cari kain yg sejuk n lembut sbb dia nie kuat b'peluh. Huhu.

X sabar nk b'gambar raya sekeluarga iaitu kami bertiga! Wahhh, raya tahun lepas bertiga tp time tue Zarif dlm perut lg then tahun nie raya bertiga Zarif dh kuar dr perut mama.   :)

Sape nk cubit pipi sye? Hihihii   :)

Thursday 14 June 2012

Just a MOM?


I'm very proud to be a mother to my son Putra Zarif Azeem because I may not be anything to you but  I am EVERYTHING to my son and my future children (jika Allah kurniakan aku anak yg ramai). 

I am on cal 24/7 for the rest of my life and I'm proud that I'm damn good one! Alhamdulillah dikurniakan kehebatan yg Allah berikan ini utk memikul tggjwb membesar dan mendidik anak2 aku kelak. 

Syukur.  :)

Tuesday 12 June 2012

Google translate

Dearie readers,

Al kisahnya aku nie bkn la hebat b'ckp n menulis dlm bahasa omputeh nie kan. Klu nk menulis tue blh la d gagahkan lg kan sbb ade mse tuk b'fikir ok ke x ayat tue tp klu nk b'ckp mmg mau t'geliat lidah d wtnye! Hikhik.

As usual klu ade perkataan or ayat yg aku nk wt tue cm sure x sure je so aku pn wt la kt google translate if my colleague sorg nie xder kt ofis. Sbb dia tue dictionary I d ofis nie. Tp smpi bile nk minta tlg dia je kan? Mane aku leh lg nk wt, aku wt je ikut cara aku.

Spt yg korg jgk tau kte yg dh biasa speak n write in Malay nie bile kte nk translate kan ke omputeh nie confirm2 kte translate buta2 la. Ala yg mcm dlm Oh My English tue. Byk sgt example dorg bg yg kerap kali kte jgk wt tanpe kte sedari.

Tp blh jd lawak jgk klu some sentence in Malay kte direct terus translate ke omputeh. Ala cm sll korg wt copy n paste je kt google translate tue. 

Aku senyum sorg2 tgk ayat yg google translate nie wt. Aduyaiii. Cube korg baca ayat kt bwh nie. Mesti korg pn gelak translation dlm Malay tue.

In English 
"OK, don't take a bath. Then you will smell bad and no one will like you"

In Malay
"OK, tidak mandi. Kemudian anda akan berbau buruk dan tiada siapa yang akan mengucapkan"

Hahahaha. BERBAU BURUK?

Should be translation to berbau busuk. Itu ok lg, nasib baik ayat tue x jadi cmnie plak. "Kemudian anda akan berbau jahat!.

BERBAU JAHAT lg la x leh blah kan? Yelah bad dlm malay kan jahat, btl x? Hihihi. Mmg lucu la. Tp sbb ape smpi skg aku mmg failed skit fluent in English nie. Nie la jgk salah satu sebabnya kot. Dan sbb x tau the past tense, present tense n mcm2 lg la.

Mybe kte sendiri xde initiative tuk explore more word with same meaning tp ikut kesesuaian pd sesuatu ayat jgk la. Bak kata my lecturer kt U dlu, klu nk fluent in English b'kwn la dgn kamus!!! Nie guna kamus time nk tau satu2 perkataan tue je, btl x?

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Itulah sikap sesetgh drpd kte nie. Konon nk perbaiki diri tp byk sgt alasan itu ini nya so smpi ke sudah d takuk yg lame jgk la kte. Jgn harap org mengubah kte krn kte yg perlu mengubah diri kte sendiri. Tetibe ayat ceramah dh kuar nie kan u'ols...

So sblm korg menyampah ayat2 ceramah aku nie kuar baik kte end kt cni jelah n continue wt keje.   :)

Wordless...SO TRUE!!!


Monday 11 June 2012

TAHUKAH ANDA??? Penyakit Nyanyuk

Assalammualaikum to my dear readers,

Tergerak hati aku nie utk mencari info pasal "Nyanyuk" arinie atas sbb2 yg tertentu. Ape yg korg tau pasal nyanyuk? Ape plak punca2 nyanyuk ini? Pasti korg pn nk tau kan...

Nyanyuk atau istilah Inggerisnya "Dementia" dikaitkan dgn lupa ingatan dan masalah ini kerap berlaku dikalangan warga emas. Dementia berasal drpd perkataan Latin iaitu 'de' bermaksud jauh (apart,away) dan 'mens'  iaitu minda atau otak (mind).

Menurut pakar psikiatri Hospital Permai,Johor Bahru Dr. Norazam Harun,nyanyuk sejenis penyakit yg berkait rapat dgn usia,bersifat kekal,berlaku secara tidak disedari (perlahan) yang mengakibat masalah mudah lupa,berlaku perubahan personaliti & masalah tingkah laku dan masalah tingkah laku.

Terdapat beberapa ciri2 kenyanyukan iaitu kesukaran meningati sesuatu perkara terutamanya perkara baru,sukar mencari ayat/perkataan yg biasa ditutur (aphasia), susah mengenali sesuatu yg sebelumnya boleh dikenali (agnosia) seperti muka org atau sesuatu barang & sukar melakukan  sesuatu aktiviti yg membabitkan pengunaan otot terutamnya otot kecil (apraxia) seperti membutang baju dan sebagainya.


Setiap bentuk dementia mempunyai faktor risiko sendiri tetapi kebanyakannya mempunyai faktor risiko yang sama seperti;

1. Usia adalah faktor risiko paling besar. Biasanya nyanyuk berlaku pada usia lebih 60 tahun.
2. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit Alzheimer meningkatkan peluang mendapat dementia.
Ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai Alzheimer memberikan peluang 10 hingga 30 peratus.
Risiko semakin tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menderita dementia pada usia kurang 70 tahun.
3. Faktor risiko lain termasuk merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan diabetes.
4. Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Mereka yang mempunyai kehidupan sosial dan mental yang aktif kurang menderita dementia.

Oleh kerana penghidap dementia sering terlupa melakukan perkara yang biasa, mereka perlu mendapat bantuan keluarga.

Jadi mereka dilarang melakukan perkara seperti
1. Memandu kenderaan kerana risiko kemalangan lebih tinggi terutama apabila penyakit bertambah teruk.
2. Memasak memerlukan pemantauan kerana boleh membawa kepada kemalangan seperti kebakaran.
3. Berjalan sendirian kerana bimbang akan sesat
4. Cenderung untuk jatuh kerana kurang keseimbangan dan kesedaran.

Biasanya pesakit yang datang ke hospital perlu melakukan ujian bagi memastikan mereka menghidap dementia seperti
1. Ujian memori
2. Ujian darah kerana dementia berkaitan dengan tidak cukup garam, tiroid yang kurang aktif, kurang vitamin B12 atau kandungan kalsium yang tinggi
3. Imbasan kepala bagi pesakit tumor atau strok.

Dr. Soraya berkata, pesakit dementia biasanya menunjukkan tanda-tanda awal seperti
1. Sukar melakukan kerja-kerja ringkas yang biasa dilakukan di rumah seperti memasak
2. Sukar bertutur dengan betul
3. Lupa melakukan perkara yang biasa dilakukan seperti tidak tahu jalan pulang ke rumah.

Manakala tanda-tanda lewat pula seperti
1. Tidak boleh mengawal pembuangan air kecil dan besar
2. Tidak boleh tidur malam tetapi tidur menjelang pagi
3. Halusinasi
4. Perasaan marah melampau
5. Murung


Biasanya Dr. Soraya berkata, pesakit akan dirawat menggunakan beberapa ubatan seperti aricept, exelon dan raminyl.

“Bagaimanapun ubatan yang diberikan hanya untuk mengawal dan melambatkan proses dementia atau nyanyuk,” katanya.

Menurut Dr. Soraya selain mengambil ubat, sokongan ahli keluarga juga memainkan peranan penting bagi menangani pesakit yang menderita dementia.

What is the reason I search for this info because of I have a mother & father, a grandmother and I also will be the senior citizens in later life so I need to know about this. 

Nyanyuk bukanlah benda biasa di kalangan kita semua kerana ia pasti akan dialami oleh nenek datuk kita, ibu bapa kita dan kemudian hari kita pula. Penah org ckp yg nyanyuk nie kdg2 seorg warga emas nie akan spt keanak-anakan perangainye.

Skg nie plak my grandma semakin di mkn usia, about 80 plus umurnya. Seriously mmg kena byk2 sgt b'sabar melayan warga emas yg sudah nyanyuk nie. Bkn kte merungut dan x nk jaga dorg nie tp mmg klu xde kesabaran yg tinggi mmg leh stress la.

Cm my grandma mmg nmpk sgt dia dh nyanyuk sbb nya dia sgt mudah lupa ape yg di buat dan ckpkan. Nie situasi yg plg genting yg penah kte org hadapi. My grandma nie mmg akan simpan 1 parang nie utk keselematan diri dia. 

One day tue dia bru 2 3 hari kt rmh aku kot sbb sblm tue kt rmh pakcik aku. Alih2 dia bising mane parang dia tue smpi dia sanggup x mandi dok mencari parang tue. Yg menjadi kami juga stress bila dia mencari sambil merungut yg amat sgt. Smpi tahap dlm toilet tue pn dok dgr dia merungut lg ok.

Then time dia mandi tue aku cari la merata2 tmpt sbb kesiankan kt mak aku yg jd stress sbbkan nenek aku tuduh kte org gatal alih2kan brg dia. Rupenye parang tue ade kt tmpt tdo dia walhal dia b'keras mengatakan parang tersebut ada dlm beg baju dia. 

Perghhh, mendidih jgk la hati aku time tue tp sabarkan jelah diri. Nk salahkan dia 100% pn x leh jgk sbb mungkin dia dh nyanyuk. Sedih pn ade jgk bile dia cmtue. Yg plg best sekali benda yg sudah dia tanye akan kerap kali dia sebutkan blk smpi tahap kesabaran korg pn leh t'cabar la. Seriously aku ckp.

Not sure korg sudah hadapi situasi ini atau tidak tp sila tingkatkan KESABARAN korg jika perlu hadapi org yg korg jaga spt ini. Lebih mudah hadapi seorang kanak-kanak dgn kenakalan dan keletah nya atau seorg warga emas yg sudah nyanyuk? Aku rase kedua-duanya perlukan tahap kesabaran yg tinggi.

Tetapi bila menjaga seorg warga emas yg sudah nyanyuk mereka mempunyai perasaan yg sgt sensitif! Jgn la sesekali korg t'slh ckp or t'slh gurau, mmg sentap punye la!

Moga sama2 lah kita mohon kesabaran drpd Allah utk kte menjaga nenek datuk dan ibu bapa kte dgn baik kerana kte jua akan tua kelak dan ketika itu kte juga akan begitu n mgkn kte lg teruk drpd itu. Mudah-mudahan kte menyenangkan anak cucu kte tuk menjaga kte, InsyaAllah.


Friday 8 June 2012

Comel x saya?

Putra Zarif Azeem

Inilah gaya posing anak aku kt rmh pengasuhnya. Comel giler kan? 

Mmg start dr 2 mgu lepas dia suke wt cmnie (mybe sbb gusi gatal nk tumbuh gigi kot). Haishhh, dh makin membesar anak mama nie tau. Windu sgt time dia bru lahir dlu. Hihihi.

Nie lg satu cte pasal sorg dak praktikal nie dok geram dgn anak aku nie. Kebetulan time bw dia lek rmh Zarif plak meragam nk tdo so x dpt la dia main dgn anak aku tue. 

Skg nie b'tmbh geram dgn Zarif nie tau sbb tdo mmg lasak. Cm aku cte yg dia jatuh katil tue kan? Mmg dh mcm2 gaya la dia tdo pastu nk concur (x sure cmne ejaan nye) satu katil tue. Setiap kali klu aku tdo mengiring je pastu nk telentang blk confirm2 dia ade la sblh tue. 

Rindu ketat2 dgn anak mama nie la. Haishhh, cpt la jam nie gerak nk blk la! Mlm nie lek Nilai plak n esok nk pi kenduri. Mybe mlm esok lek BJ coz hubby nk lek! Yeayyy, windu ketat2 dgn papa.  :)

Thursday 7 June 2012

Cm dalam FRIDGE!

Ya Allah, kesejukan yg amat aku kt ofis arinie. Pesal la aircond kt atas nie x leh nk adjust2 cm kt HR dlu siap leh tutup je aircond tue terus klu sejuk sgt. 

Seriously smpi rase sesak dada nie sbb sejuk sgt. Td turun kejap sbb nk hntr document kt tingkat 2 terus rase cm lega sesgt Sbb kt tmpt dorg xder la sejuk bebeno cm kt tmpt cek nie! 

Aritue sbb kan sejuk cmnie la smpi aku demam2 d wtnye tp nie nasib baik la x demam tp smpi tahap sesak dada n hidung t'sumbat la! 

Pls la korg tlg slow kan aircond nie!!! Korg nie kulit buaya ke ape nk pasang aircond sejuk giler cmnie rase cm dlm peti ais dh aku nie haa. 

X larat la klu tiap2 ari cmnie.   :(

Tuesday 5 June 2012

B'derau d buatnye!

Almost 5:10am tetibe dgr anak aku nangis tp dh xde kt sblh aku!

Dgn mamai2 aku suddenly aku tgk hujung katil,dia dh jatuh drpd katil.

Ya Allah anak aku!!! Dgn mamai2 nie hati b'debar2 x t'kata la sbb risau kot ape2. Smpi aku baca la ape2 ayat dh usap kt kepala anak aku.

Anak mama kuatkan! Hope that u ok.Dtg ofis arinie pn just jasad ku sini tp jiwa x tenteram. Td pn call pengasuh tnye dia ok ke x.

Alhamdulillah pengasuh ckp dia ok.Tp x dpt jgk sejukkan hati aku nie.Hrmmm perlu ke ambik baby cot? Sbb borak dgn dak ofis nie,dorg makin besar lg lasak tdo.X selesa dorg tdo dlm baby cot tue.

So 2nd choice kena la aku alihkan katil n tdo atas tilam jelah senang cte.Huhuhu.But my hubby outstation,sape plak nk alihkan katil tue?Adehhhh.

Ape2 pn syukur pd Allah yg Zarif xde ape2.Bak kata wan aku iaitu nyang pd Zarif n ibu a.k.a pengasuh Zarif "Jgn risau la insyaAllah xde ape2,malaikat jaga dia". Amin,mudahan begitulah hendaknya.

So u'ols yg bakal jd ibu tue kena la jdkan ini pengajaran ye.If mampu tue beli la baby cot, or nk senang cte x yah tdo atas katil. Bw tilam ke bawah je senang.Cm aku mmg x leh la nk tdo atas toto je,sakit bdn n mmg x kan dpt tdo!!

**Mulai mlm nie kte tdo bawah jelah syg ek! Anyway, dh rindu kt papa yg outstation x tau 2 mgu or 3 mgu! Lamenye papaaaa. :(
sent from Blackberry

DISCLAIMER : This email and any files transmitted with it are confidential and intended solely for the use of the individual or entity to whom they are addressed. If you have received this email in error please notify the system administrator. This message contains confidential information and is intended only for the individual named. If you are not the named addressee you should not disseminate, distribute or copy this e-mail. Please notify the sender immediately by e-mail if you have received this e-mail by mistake and delete this e-mail from your system. If you are not the intended recipient you are notified that disclosing, copying, distributing or taking any action in reliance on the contents of this information is strictly prohibited. Please note that any views or opinions presented in this email are solely those of the author and do not necessarily represent those of the company. The recipient should check this email and any attachments for the presence of viruses. The company accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this email.

Sunday 3 June 2012

Rezeki drpd Allah

Salam Sunday guys,

Happy holiday & school holiday too! Wowww, mesti korg sakan b'jln time cuti sekolah dgn family kan? Tp ape yg penting dlm bersukaria tue kena la b'ingat jgk yer. Biase la time bersukaria nie setan suke! Dia pn nk join sekali pehtu ade jelah pedajal yg dia nk wt. Hohoho. Keep safe k!

Anyway, aku xder nk holiday2 sgt pn. Just lepaking at my mother in law house at Damansara. Aktivitinya bgn tdo mkn, tgk tv, layan tenet n mkn lg pastu layan tenet lg pastu mkn pastu dh mlm pastu tdo! Hahaha. So simple.



Ini lah rezeki yg Allah berikan pd aku. Kwn ofis bg sbb nye yg sorg tue anak dia mmg x leh mkn benda yg ade susu sbb alergic. Yg lg sorg plak x tau sbb musabab sbnr nye tp dia bg satu tin tue. Alhamdulillah, rezeki jgn d tolak musuh jgn d cari. 

Dh org bg percuma terima aje lah. Yg dlm paket tue dh try bg Zarif mkn pn n so far ok la. Aku pn rase skit cm sedap gak. Hikhik.

Yg nie mse otw nk lek Damansara

Santai d rmh Tok

Sukenye diaaa...Sye sudah 7 bulan!

Main dgn Angry Bird

Ok then..till next entry sbb Zarif dh meragam!!!


Friday 1 June 2012

Pelupa selepas bersalin?

"Lupelah, biaselah bru lepas bersalin nie byk putus urat!"

Selalu x dgr korg dgr ayat cmtue? For sure la korg sll sgt dgr org ckp cmnie utk pmpuan2 yg dh ade anak nie tmbh2 yg bru saje b'salin.

Tp btl ker sbb byk urat putus punca seorg ibu atau wanita itu m'jd seorg yg pelupa? Klu pelupa skit2 blh d maafkan lg klu smpi parah tue cmne plak kisah nya?

Puas aku search pasal info nie tp x jumpe lg mane2 fakta yg mengaitkan putus urat mse b'salin wt seorg ibu itu m'jd seorg yg pelupa! Klu korg dpt search mane2 info sila share dgn aku yer sbb aku nk sgt tau.

Nk d jadikan cte aku nie mmg jarang la nk wt air panas kt ofis sbb mls tmbh plak kt tmpt bru aku nie nk pi cuci bekas air pn jauh skit la. Tp d sbbkan aritue dpt free susu n free nesvita then aku pn bw la ke ofis sbb leh minum kt ofis time aku kelaparan. 

Bygkan korg arinie ari Jumaat ek, kisah ini b'mulanya drpd ari Selasa bru nie. Aku t'ingin la nk wt nesvita aku nie alih2 bru pasan bekas air aku nie xder! Kelam kabut la n puas memerah otak (aikkk cm nk memerah susu plak...hahaha) pikirkan mane la aku letak bekas air aku nie. Dh la hubby aku punye tue...mampuih aku!

Puas la aku cari kt pantry n dept aku sblm nie (coz kekdg sll lepak kt sane klu free) tp still xder jgk! Sape plak yg sanggup nk mencilok aku nye bekas air kan. Slps penat nk pikir mane bekas air tue n mls nk cari so aku abaikan jelah. 

Alih2, arinie aku bru t'pikir rase nye last Friday kot aku pi toilet bw bekas air tue sekali sbb nk basuh bekas air tue sblm blk. Mls aku nk pusing ke pantry pastu pi toilet pastu nk naik tmpt aku. Byk sgt tmpt nk menyinggah nye plak. 

Dh borak dgn sorg bdk yg duk blkg aku nie bru la aku t'gerak ati nk pi check kt toilet. Bygkanlah korg brp aritue aku dok kuar masuk toilet tue basuh tgn kt sinki tue tp aku blh x pasan!!! Damnnnnnnnnn it!

Then walllahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Dh jumpe pn bekas air aku nie!!!

Pandai plak 'dia' invisiblekan diri 'dia' dr pandangan mata aku kt dlm toilet tue. Hampehhh btl! Sgt merindui mu (giler poyo!)

Tp smpi skg benarkan sifat pelupa itu m'jd sindrom yg biasa utk seorg wanita selepas b'salin??? Anyway, hope that aku x pelupa lg pasni tp aku pn pasan mmg tahap kelupaan aku nie agak teruk jgk smpi tahap bile org tanye tue aku terus BLUR. Cm fikiran tue blank x leh nk pikir ape yg org tue tanyekan n aku x leh jwb soalan org tue.

X percaya?

"Akak tunang bile?" Nie soalan yg aku dpt smlm slps b'borak dgn sorg nie. Pastu aku x ingat lgsg smpi tahap aku kena buka FB aku n tgk album tunang aku bru aku tau tarikh aku b'tunang. Tp syukur alhamdulillah aku masih ingat lg tarikh perkahwinan aku la. Hihihi. Yg pelik nya tarikh kapel aku ingat plak! Adehhhh....

K la, aku dh nk kuar lunch nie. So sesame la kte pikirkan logik atau tidak putus urat slps b'salin m'jd kan kte seorg yg pelupa! Hohohoho.   :)

Sebak hati ini...

Assalammualaikum

Salam jumaah semua! Apehal plak pepagi nie aku nk sebak tetibe je nie kan...

Mse nk gerak g keje pg td t'nmpk seorg pmpuan tua tepi jln sedang membawa 2 plastik kiri kanan dia (agaknye beli bekpes kot). Tp ape kena mengena kisah makcik tue dgn aku sebak?

Sebak sbb kdg2 ade sesetgh anak nie mempergunakan ibu mereka yg bg aku sudah smpi usianya utk berehat. Tetapi atas dasar kasih syg pd seorg anak dia kuatkan dirinya utk anak2 dia. Tp sanggupkah seorg anak itu kuatkan diri mereka utk ibunya? Tepuk dada tanya iman. 

Aku? Moga aku boleh la jd seorg anak yg sanggup kuat utk ibu aku. Sbb nya aku sudah melihat dgn mataku sendiri yg ibu aku kuatkan dirinya utk menjaga aku ketika aku b'pantang. Dgn dirinya yg dlm kesakitan tp di gagahkan jua menjagaku.

Bkn setakat menjaga ku malah sanggup memberus kain lampin anakku yg b'helai-helai tue. Bygkan jelah klu nk memberus tue bkn spt mengibas debu/habuk kt kain tp dgn tenaga yg kuat jgk la nk bersihkan kain lampin tue. Sdgkn aku yg masih muda nie pn x larat nk memberus nie kan dia yg sudah tua itu.

TERIMA KASIH IBU. Sesungguhnya jasa ibu itu x terbalas oleh adik bak kata Ustaz Don "nak balas setitik susu ibu pn blm dpt d bls pn". 

B'balik pd makcik tua itu just sekadar contoh kpd anak2 zaman skg nie yg semestinya korg pn tau n aku sendiri pn tau. Zaman skg semua memerlukan wang. Nk hntr anak pi taska perlu bayar, kte plak b'kerja n blk keje plak penat. 

Alih2 ibu kte yg tua menjaga anak kte, ibu kte jua yg masak utk kte siap kte plak request ibu masak la itu ini tuk lauk arinie. Wowwww, cm hamba abdi plak ibu kte tue diperlakukan oleh kte tanpa sedar atau tidak sedar atau buat2 x sedar?

Padahal kte ade plak mse nk b'chit chat dgn member ofis padahal kte dh blh blk rmh n uruskan rmh plak. Padahal kte ade plak mse nk pi b'sukaria dgn kengkawan or husband pastu anak di tinggalkan pd ibu tuk menjaganya. Mcm2 gamaknye yg mgkn x t'capai oleh akal aku nie tuk huraikan kt cni.

Moga jumaah yg penuh kemuliaan ini menyedarkan kte berapa lama sahaja ibu kte bersama kte? Mgkn esok, lusa dia sudah menemui penciptaNya. Bygkan kwn2 kte yg sudah kehilangan ibu mereka dan bagaimana mereka bangkit drpd rebah atas pemergian ibu yg tercinta? 

Hargailah mereka kwn2 ku sekalian. Jgn sesekali sia2 kan mereka. Ini juga peringatan tuk aku sendiri yg masih juga ada cacat cela nya dlm berbakti pd ibu ku. Ingatlah, dgn mudah utk kte dapat pahala dlm berbakti pd ibu bapa kte. Namun stlh pemergian mereka berbaktilah pd ayah dan ibu saudaramu, rakan taulan rapat ibu bapa kte kerana itu juga spt kte b'bakti pd ibu bapa kte. 

SAYANG KT IBU KETAT2. Moga ibu diberikan kesihatan dan kebahagian dunia dan akhirat. Amin.  :)