Daisypath Anniversary tickers

Friday 25 March 2011

Wanita yang dicintai IBLIS???

Assalammualaikum w.b.t.....

Jumaat adalah penghulu segala hari. Alhamdulillah...Masih diberikan peluang olehNya utk menikmati lagi kehidupan di dunia. 

Arinie smpi shj kt ofis spt biase on lappy & check email coz smlm MC halfday kan...Mesti ada jer email masuk lg. Then tetibe dpt email yg wt sye teruja utk membaca nya iaitu b'tajuk Wanita Yang Dicintai IBLIS? 

Knp plak wanita itu dicintai iblis? Cmne plak iblis leh mencintai seseorg wanita itu? Mesti korg pn t'tanye2 kan. Pelik jer topik entry arinie kan? Hihihihi...Anyway, just wanna share good info for u guys d hari yg baik arinie. 

Moga sesame la kte memanfaatkan ilmu yg d kongsikan ini okeh! Aku nie bkn la insan yg perfect dlm ilmu agama but for this info mybe kte lebih membuka mata n hati kte agar kte sedar sudah t'lalu dekat kah kte padaNya atau sudah t'lalu jauh? 

InsyaAllah, aku percaya kte akan sentiasa cuba b'ubah ke arah kebaikan. Yg pasti b'ubah ke arah kebaikan pastinya timbul seribu satu dugaan pd kte. 


Wanita Yang Derhaka Kepada Allah

Wanita atau isteri yang tidak mengenali rasa cinta sedikitpun kepada Allah, dalam erti jauh daripada beribadat kepada Allah, tidak pernah sujud dan rukuk, jarang berbuat amal soleh, merupakan sebab-sebab mereka derhaka kepada Allah. Dengan jauhnya mereka daripada mengenali Allah, maka kehidupan mereka semakin dekat dengan maksiat, seterusnya dikawal sepenuhnya oleh iblis laknatullah.Inilah gambaran wanita atau isteri yang akhirnya dicintai Iblis, kerana telah mematuhi sepenuhnya arahan iblis agar berbuat kerosakan di muka bumi. Tidak hairan apabila gambaran rumah tangga suami isteri yang telah dicintai iblis merupakan gambaran rumah tangga yang penuh kehancuran, porak-peranda, bagaikan di dalam neraka.


1. Tidak Mengenal Allah

Untuk mengenal Allah, kita perlukan ilmu. Untuk mendapat ilmu, perlu belajar. Jika tidak mahu berusaha belajar tentang ilmu mengenal Allah, tidak mungkin seseorang itu dapat mencintai-Nya dengan sepenuh hati. Ia kerana bermula dari kenal itu baru datangnya cinta. Apabila kita sudah tidak mengenali Allah, bererti mudahlah bagi iblis untuk menghancurkan kita, seterusnya mengawal kehidupan kita. Sehingga kita melakukan sebarang perbuatan semata-mata kerana kehendak iblis dan mengharapkan habuan dari iblis.


2. Cinta dunia, takut mati

Cinta kepada nikmat kehidupan di dunia membawa kepada takut menghadapi mati. Tidak sanggup berpisah dengan nikmat yang dikecapi dan takut berhadapan dengan Allah lantaran sering mengabaikan aturan-Nya dalam kesibukan mengejar nikmat dunia. Cinta dunia dan takut mati ini, dengan sendirinya membuat seseorang itu sukar untuk mencintai Allah, malah merasa tidak perlu mencintai-Nya. Dia merasa boleh hidup tanpa Allah dan tanpa cinta-Nya. Suami sudah merasa ‘bahagia’ dapat memberi segala yang dimahukan oleh isteri. Isteri sudah merasa ‘bahagia’ mendapat apa yang dimahukan dari suami. Tidak salah mencari nimat dunia tetapi nikmat itu seharusnya mengingatkan kita kepada Pencipta nikmat dan nikmat itu seharusnya digunakan untuk memperolehi cinta-Nya.


3. Hati yang Kotor

Hati yang kotor adalah hati yang penuh dengan ‘najis’ sifat-sifat keji seperti pemarah, pendendam, hasad dengki, penakut dan tamak, akan disibukkan dengan urusan melayan bisikan-bisikan jahat dari nafsu dan syaitan. Hati begini tidak menyediakan ruang untuk diletakkan rasa cinta kepada Allah. Hati perlu dibersihkan dan dihiasi sifat-sifat terpuji seperti sabar, redha, merendah diri, berani, pemaaf dan mencukupi dengan apa yang ada. Hanya hati yang bersih dapat menjadi wadah untuk menampung cinta yang suci dan agung.


Tetapi bila hati kotor dan penuh hasad dengki, pendedndam, tamak dan disibukkan melayan bisikan jahat, itulah ertinya hati telah dikawal sepenuhnya oleh iblis.


4. Melakukan Dosa

Jika seseorang itu tidak bertaubat dari dosa-dosa, atau terlalu banyak berbuat dosa hingga tidak lagi rasa berdosa, hatinya akan terdinding dari petunjuk Allah dan terhalang dari mencintai-Nya serta mendapat cinta-Nya. Sentiasa bertaubat dari dosa-dosa adalah antara syart untuk membina dan menyuburkan rasa cinta kepada Allah.


5. Tidak Mahu Berdoa

Berdoa adalah gambaran rasa lemah, hina dan jahil seorang hamba di depan Allah. Melalui doa, seorang hamba merendahkan diri memohon segala yang dihajati dan menjadi penyebab Allah sempurnakan hajat si hamba. Hamba yang memohon petunjuk akan diberi petunjuk. Hamba yang memohon kekuatan akan diberi kekuatan. Begitulah juga hamba yang memohon untuk mencinta-Nya, akan dipermudahkan menempuh jalan-jalan ke arah itu.

So, adakah info d atas sgt b'guna tuk korg? Nk share info nie kt kwn2? Blh jer nk share coz benda ilmu agama sgt2 perlu d sebarkan sesama kte okeh. InsyaAllah sesame la kte perbaiki celah2 mane yg masih kurang lg tue coz kte manusia biase yg x kan lari dr sifat kealpaan kte.

Sentiasa mencari DIA ketika susah
Sentiasa mencari DIA ketika sedih
Sentiasa mencari DIA ketika meminta pertolongan
TAPI
Kita lupa utk mencari DIA ketika senang
Kita lupa utk mencari DIA ketika bahagia
Kita lupa utk mencari DIA...
Lupa yg DIA jgk yg kurniakan kesenangan & kebahagian itu

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini insan yg jahil
Berikanlah hidayahMu ya Allah
KAU pimpinlah aku ke jalanMu yg benar
Sesungguhnya aku sentiasa dlm KEALPAAN...

No comments: