Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 23 March 2011

INFO : Panduan Pemakanan Ibu Mengandung

Assalammualaikum & slmt mlm u'ols!

Sudah tdo ker? 
Kbtln mlm nie aku x tdo awal spt ari2 sblm nyer so aku rajin2 kan diri wt research pasal2 ibu hamil nie kan tuk info aku n mybe tuk rujukan korg d luar sane jgks...

Mybe korg pn mls nk search mane2 kan so meh la aku share ape yg aku dpt drpd research yg aku temui.

Wah mentang2 la aku sudah t'golong dlm ibu2 membawa "perut" nk share plak info pasal2 preggy nie kan...So, korg layankan la dlu yer! Agak2 lum kena mengena dgn korg tue xpe la ignore jelah yer tp bg gegurl2 d luar sane sila ALERT bab2 nie w/pn korg lum b'kahwin yer!

Aritue pn aku dh sound sorg member aku nie...
Haaa hambekkk! T'palit la kt muke dia sebijik gara2 kena sound dgn aku. Jgn ingat korg still single n available korg x perlu tau info2 org mengandung nie...Bkn kemudian hari nnt korg pn join da club tue jgk ker? 

Ape lg dok ngaga mulut tue? Meh jom kte baca info kt bwh nie okeh!

Time mengandung, korg bkn shj PERLU meningkatkan jumlah pemakanan korg tetapi yg lebih penting ialah apa yg korg makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Ofcoz la berat badan korg akan b'tmbh. Tapi adakah korg fikir knp berat badan korg leh b'tambah 10-15kg (secara purata) semasa korg mengandung sedangkan berat bayi yg baru lahir hanya 1/4 drpd itu? 

Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

Besides of penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting utk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Bg individu yg mengandung sgt berbeza corak penambahan berat badannya. 

Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang korg makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi korg. 

Pemakanan korg berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada korg mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus).

Jika korg sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). 

Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. 

Apabila korg mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan korg keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi korg.

Bagaimana korg tahu yang pemakanan korg sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. 

Jangan risau jika korg mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi korg kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada korg sebaik sahaja anda makan. 

Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan korg tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 – 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri korg. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan korg dan bayi sihat.

**Alahan yg teruk menunjukkan bahawa bayi korg adalah sihat, pertumbuhannya normal. So bg ibu2 yg sedang mengandung atau mybe takut mengandung sbb alahan yg teruk nie jgn la risau sebab perkara ini adalah baik sebenarnya! Ini bkn aku saje2 nk cakap tp adalah fakta drpd doktor yg aku jumpe aritue.

No comments: