Daisypath Anniversary tickers

Friday 4 March 2011

Bolehkah Lelaki Dan Perempuan menjadi “kawan”? Hanya kawan?



Pssstttt...Meh ler nk story mory about guys and gegurl in relationship as friend or sometimes as best friend (BFF). What say you about this entry and this topic? Interesting huh? Yes, sometimes girl like a guy to be her best friend. Lelaki,jejaka, teruna, apapun gelarannya maknanya tetap sama. Ada antara mereka sesuai dijadikan kawan. Aku panggil mereka jenis sahabat. Mereka membeli belah, bergosip dan menonton wayang dengan korg. Apabila kte bercakap tentang teman lelaki kte kepada mereka, mereka akan mendengar dan memberi komen. Aku pasti korg memiliki kawan lelaki sebegitu.
Memang ‘cool’ memiliki lelaki sebagai sahabat baik kerana mereka mempunyai perspektif yang berbeza dalam apa jua perkara. Tapi xder la aku ckp kawan perempuan itu tidak ‘cool’ okeh - jangan salah tafsir. Cuma lelaki selalunya rasional dan melihat sesuatu daripada sudut yang berbeza. Bagus kan kalau kte dapat lihat sesuatu dari kedua-dua arah, betul tak? Tambahan pula, ianya logik untuk mendapatkan nasihat tentang lelaki daripada lelaki. Ianya kadang kala menarik krn lelaki sudah tentu lebih memahami b'kenaan lelaki.
Jika mereka sangat ‘cool’ dan memahami, jadi bagaimana pula dia hanya boleh digelar kawan? Coz ade jgk yg d gosipkan dgn "kawan lelaki" nie, yelah dh b'lawanan jantina kan. X pn lame kelamaan korg "t'jatuh cinta" dgn kawan lelaki korg? Hahaha, ini agak rumit juga. Ada sesetengah lelaki yang tidak menarik minat kte ke arah itu. Tidak ada chemistry, tidak ada perasaan seperti ada rama-rama dalam perut setiap kali bertemunya. Tidak ada tarikan seksual. Kelakar, tetapi aku sendiri tidak dapat menjelaskannya coz stkt nie blm penah ada kawan lelaki.
Waktu ini, datang pula lelaki yang memberikan korg perasaan-perasaan itu. Ciri-ciri seorang teman lelaki. Opsss....Bagaimana korg boleh tahu? Aku selalu percayakan kata hati wanita. Ianya sangat kuat, jadi gunakannya! Ini adalah lelaki yang akan membuatkan korg sanggup melakukan apa sahaja. Dia akan membuatkan korg rasa istimewa kerana wujudnya hubungan yang tidak mampu dijelaskan antara korg dan dia. Itulah cinta.
Itulah perbezaan besar antara kawan lelaki dan teman lelaki, teman lelaki boleh membuatkan korg berasa cemburu tanpa alasan kukuh. So, sila pastikan btl2 perasaan korg tue cmne sbnr nyer jgn smpi t'slh tafsir plak! Klu ada rama2 dalam perut tue sudah pasti bila dia menjeling perempuan lain sudah cukup untuk menaikkan kemarahan korg, tetapi jika kawan lelaki melakukan perkara yang aku, korg tentunya akan memberikan sokongan penuh.
Ada satu lagi jenis, aku gelarkannya The Façade- korg berdua hanyalah kawan biasa tetapi jauh di dalam hati tersembunyi rasa “gila” terhadapnya tetapi tidak ada keberanian untuk berterus terang. Ini adalah kategori yang sukar. Mengaku dan berhadapan dengan risiko kehilangan kawan? Korg pernah dlm situasi sebegini? Perghhh, klu ada confirm korg dlm dilema kan? Sembunyikan perasaan dan bersedia untuk patah hati setiap kali dia berbicara tentang gadis kesukaannya? Kedua-duanya akan membuatkan korg buntu.
Jika korg jenis yang berani, gamble jer ngaku yg korg suka. Sekurang-kurangnya korg akan merasa lega apabila mengetahui apa yang korg patut tahu. Sekarang terpulang pada pertimbangannya. Sekiranya dia tidak mempunyai perasaan yang sama dengan korg, sekurang-kurangnya korg tahu, so that korg xder la nk layan feeling sesorg bak kata org "syok sendiri". Hahaha...Ape2 pn, life must go on okeh coz kumbang bkn seekor! 
Jadi, jenis lelaki manakah yang ada dalam hidup korg? Sahabat? Teman lelaki? Atau the façade? Agak sukar untuk mengkategorikan mereka kerana ada antara mereka adalah campuran daripada ciri-ciri itu, menghasilkan hybrid yang tidak dapat ditafsirkan. Tetapi satu perkara, sudah tentu hubungan kte dan interaksi dengan lelaki itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Siapa dan jenis hubungan apa persahabatan itu bergantung kepada korg untuk membentuknya bersama mereka - selagi korg tahu dimana korg mahu mula meletakkan garisan.

Friends are like colour pencils they colour our lives I may not be your fav colour but hope you will need me sometime to complete your pic 


No comments: