Daisypath Anniversary tickers

Monday 2 April 2012

UJI REFLEX BAYI ANDA


Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2 mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.

1. ‘Rooting Reflex’
--> Usap pipi bayi anda dengan jari dan anda akan lihat bayi anda akan memalingkan kepala ke arah tangan anda, membuka mulut seluasnya dan mula memuncungkan mulut gaya menghisap. Ini adalah refleks semulajadi bayi yang boleh membantu ibu mengajar bayi untuk membuat lekapan sempurna pada payudara. Refleks ini akan hilang sekitar usia 4 bulan.

2. ‘Moro/Startle Reflex’
--> Pegang bayi anda dalam keadaan tegak dengan tangan anda menyokong lehernya. Kemudian dengan cepat tapi lembut, turunkan badannya seperti mahu tidurkannya. Secara automatik tangannya akan ke atas, kakinya sedikit terbuka dan kepalanya sedikit mendongak. Reflex ini akan hilang sekitar usia 2 bulan.

3. ‘Grasp Reflex’
--> Usap tapak tangan bayi anda dan secara automatik bayi anda akan menggenggam erat jari anda. Reflex ini adalah cara bayi anda membalas sentuhan anda dan cubaannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin sentuhan dengan anda. Reflex ini akan mula hilang sekitar usia 3 bulan.

4. ‘Tonic neck/Fencing Reflex’
--> Baringkan bayi anda, pusingkan kepala bayi dengan lembut ke kanan. Secara automatik, tangan kanannya akan terkeluar ke arah kepalanya dipusingkan dan tangan kirinya akan terangkat ke atas/kepalanya. Begitu juga jika anda pusingkan ke sebelah kiri. Doktor tidak tahu apa tujuan reflex ini tetapi dikatakan membantu bayi fokus kepada apa di depan matanya.

5. ‘Protective Reflex’
--> Sentuh lidah bayi anda dengan sudu kecil dan secara automatik lidahnya akan menolak keluar sudu itu. Reflex ini adalah untuk melindunginya tercekik dengan benda asing. Reflek ini hilang sekitar usia 4-6 bulan.

6. ‘Withdrawal Reflex’
--> Ketika bayi anda baring relaks, dekatkan muka anda dengan mukanya. Secara automatik dia akan berpaling ke tepi. Reflex ini adalah untuk melindungi dirinya dari sebarang objek yang datang. Reflex ini tidak akan hilang sampai bila-bila.

Okay, dah abes bace! hehe ♥ ^_^ ♥

Sumber : lifefit.my

No comments: