Daisypath Anniversary tickers

Monday 11 June 2012

TAHUKAH ANDA??? Penyakit Nyanyuk

Assalammualaikum to my dear readers,

Tergerak hati aku nie utk mencari info pasal "Nyanyuk" arinie atas sbb2 yg tertentu. Ape yg korg tau pasal nyanyuk? Ape plak punca2 nyanyuk ini? Pasti korg pn nk tau kan...

Nyanyuk atau istilah Inggerisnya "Dementia" dikaitkan dgn lupa ingatan dan masalah ini kerap berlaku dikalangan warga emas. Dementia berasal drpd perkataan Latin iaitu 'de' bermaksud jauh (apart,away) dan 'mens'  iaitu minda atau otak (mind).

Menurut pakar psikiatri Hospital Permai,Johor Bahru Dr. Norazam Harun,nyanyuk sejenis penyakit yg berkait rapat dgn usia,bersifat kekal,berlaku secara tidak disedari (perlahan) yang mengakibat masalah mudah lupa,berlaku perubahan personaliti & masalah tingkah laku dan masalah tingkah laku.

Terdapat beberapa ciri2 kenyanyukan iaitu kesukaran meningati sesuatu perkara terutamanya perkara baru,sukar mencari ayat/perkataan yg biasa ditutur (aphasia), susah mengenali sesuatu yg sebelumnya boleh dikenali (agnosia) seperti muka org atau sesuatu barang & sukar melakukan  sesuatu aktiviti yg membabitkan pengunaan otot terutamnya otot kecil (apraxia) seperti membutang baju dan sebagainya.


Setiap bentuk dementia mempunyai faktor risiko sendiri tetapi kebanyakannya mempunyai faktor risiko yang sama seperti;

1. Usia adalah faktor risiko paling besar. Biasanya nyanyuk berlaku pada usia lebih 60 tahun.
2. Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit Alzheimer meningkatkan peluang mendapat dementia.
Ibu bapa atau adik-beradik yang mempunyai Alzheimer memberikan peluang 10 hingga 30 peratus.
Risiko semakin tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menderita dementia pada usia kurang 70 tahun.
3. Faktor risiko lain termasuk merokok, kencing manis, tekanan darah tinggi dan diabetes.
4. Gaya hidup juga memainkan peranan penting. Mereka yang mempunyai kehidupan sosial dan mental yang aktif kurang menderita dementia.

Oleh kerana penghidap dementia sering terlupa melakukan perkara yang biasa, mereka perlu mendapat bantuan keluarga.

Jadi mereka dilarang melakukan perkara seperti
1. Memandu kenderaan kerana risiko kemalangan lebih tinggi terutama apabila penyakit bertambah teruk.
2. Memasak memerlukan pemantauan kerana boleh membawa kepada kemalangan seperti kebakaran.
3. Berjalan sendirian kerana bimbang akan sesat
4. Cenderung untuk jatuh kerana kurang keseimbangan dan kesedaran.

Biasanya pesakit yang datang ke hospital perlu melakukan ujian bagi memastikan mereka menghidap dementia seperti
1. Ujian memori
2. Ujian darah kerana dementia berkaitan dengan tidak cukup garam, tiroid yang kurang aktif, kurang vitamin B12 atau kandungan kalsium yang tinggi
3. Imbasan kepala bagi pesakit tumor atau strok.

Dr. Soraya berkata, pesakit dementia biasanya menunjukkan tanda-tanda awal seperti
1. Sukar melakukan kerja-kerja ringkas yang biasa dilakukan di rumah seperti memasak
2. Sukar bertutur dengan betul
3. Lupa melakukan perkara yang biasa dilakukan seperti tidak tahu jalan pulang ke rumah.

Manakala tanda-tanda lewat pula seperti
1. Tidak boleh mengawal pembuangan air kecil dan besar
2. Tidak boleh tidur malam tetapi tidur menjelang pagi
3. Halusinasi
4. Perasaan marah melampau
5. Murung


Biasanya Dr. Soraya berkata, pesakit akan dirawat menggunakan beberapa ubatan seperti aricept, exelon dan raminyl.

“Bagaimanapun ubatan yang diberikan hanya untuk mengawal dan melambatkan proses dementia atau nyanyuk,” katanya.

Menurut Dr. Soraya selain mengambil ubat, sokongan ahli keluarga juga memainkan peranan penting bagi menangani pesakit yang menderita dementia.

What is the reason I search for this info because of I have a mother & father, a grandmother and I also will be the senior citizens in later life so I need to know about this. 

Nyanyuk bukanlah benda biasa di kalangan kita semua kerana ia pasti akan dialami oleh nenek datuk kita, ibu bapa kita dan kemudian hari kita pula. Penah org ckp yg nyanyuk nie kdg2 seorg warga emas nie akan spt keanak-anakan perangainye.

Skg nie plak my grandma semakin di mkn usia, about 80 plus umurnya. Seriously mmg kena byk2 sgt b'sabar melayan warga emas yg sudah nyanyuk nie. Bkn kte merungut dan x nk jaga dorg nie tp mmg klu xde kesabaran yg tinggi mmg leh stress la.

Cm my grandma mmg nmpk sgt dia dh nyanyuk sbb nya dia sgt mudah lupa ape yg di buat dan ckpkan. Nie situasi yg plg genting yg penah kte org hadapi. My grandma nie mmg akan simpan 1 parang nie utk keselematan diri dia. 

One day tue dia bru 2 3 hari kt rmh aku kot sbb sblm tue kt rmh pakcik aku. Alih2 dia bising mane parang dia tue smpi dia sanggup x mandi dok mencari parang tue. Yg menjadi kami juga stress bila dia mencari sambil merungut yg amat sgt. Smpi tahap dlm toilet tue pn dok dgr dia merungut lg ok.

Then time dia mandi tue aku cari la merata2 tmpt sbb kesiankan kt mak aku yg jd stress sbbkan nenek aku tuduh kte org gatal alih2kan brg dia. Rupenye parang tue ade kt tmpt tdo dia walhal dia b'keras mengatakan parang tersebut ada dlm beg baju dia. 

Perghhh, mendidih jgk la hati aku time tue tp sabarkan jelah diri. Nk salahkan dia 100% pn x leh jgk sbb mungkin dia dh nyanyuk. Sedih pn ade jgk bile dia cmtue. Yg plg best sekali benda yg sudah dia tanye akan kerap kali dia sebutkan blk smpi tahap kesabaran korg pn leh t'cabar la. Seriously aku ckp.

Not sure korg sudah hadapi situasi ini atau tidak tp sila tingkatkan KESABARAN korg jika perlu hadapi org yg korg jaga spt ini. Lebih mudah hadapi seorang kanak-kanak dgn kenakalan dan keletah nya atau seorg warga emas yg sudah nyanyuk? Aku rase kedua-duanya perlukan tahap kesabaran yg tinggi.

Tetapi bila menjaga seorg warga emas yg sudah nyanyuk mereka mempunyai perasaan yg sgt sensitif! Jgn la sesekali korg t'slh ckp or t'slh gurau, mmg sentap punye la!

Moga sama2 lah kita mohon kesabaran drpd Allah utk kte menjaga nenek datuk dan ibu bapa kte dgn baik kerana kte jua akan tua kelak dan ketika itu kte juga akan begitu n mgkn kte lg teruk drpd itu. Mudah-mudahan kte menyenangkan anak cucu kte tuk menjaga kte, InsyaAllah.


No comments: