Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 22 June 2011

Menamakan Anak

Assalammualaikum

Mlm nie aku just nk sharing info about menamakan anak bg bakal2 ibu dan bapa d luar sane. Jgn main hentam bunyi sedap je nk namakan anak tue tp pastikan ada pengertian yg baik dan semestinya biarlah nama tersebut tidak m'jd bahan senda org d kemudian hari.

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud :

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."
(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, Al-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya. Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally dan sebagainya.

Di sini http://names.crazyartzone.com ada contoh senarai nama untuk anak lelaki dan anak perempuan yang boleh dijadikan panduan korg coz nama-nama tersebut terdapat pengertian yang baik. Kt website tue jgk ada panduan tuk nama-nama larangan supaya korg x t'pilih nama yg pengertiannya tidak baik.

So, dgn ini harap entry nie m'jd rujukan korg tuk mencari nama2 yg elok tuk anak korg nnt yer. Aku pn ade jgk search2 nama then ade la 2 3 yg berkenan d hati tp biarlah rahsia okeh. Alaaa, nnt korg tau jgk pas aku b'salin nnt confirm la aku gtau. 

Thanks bace entry nie! Peaceeee

No comments: