Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Info Bayi. Show all posts
Showing posts with label Info Bayi. Show all posts

Friday, 21 December 2012

20 PERKARA YG BERUBAH SLPS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama " Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur" ...Betulkan?

Dan yg pasti, slps mempunyai anak, byk yg akan berubah dlm hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab lebih besar perlu digalas. Tetapi apabile seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya byk perkara yg menarik akan berlaku iaitu

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yg boyot
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yg menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bgn seawal 4 pagi
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dgn cara yg baru
  5. Jika anak kita sakit, kita yg akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yg sakit
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pd malam Jumaat  ;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri
  9. Kita tidak lagi jijik dgn najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita
  11. Kita lebih rela meluangkan masa utk peluk dan cium anak kita, w/pn kita tahu kita akan sampai lewat ke tmpt kerja
  12. Kita mula menyedari yg kita punyai kuasa yg hebat bila dapat menenangkan anak kita yg sedang menangis
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh
  14. Kita akan rasakan yg mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yg besar, malah kita amat sukanya
  15. Apabile kita melihat ada ibu bapa yg sedang memegang anak mereka yg sdg menangis, kita akan faham situasi mereka
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita w/pn ianya dlm masa yg singkat
  17. Akhirnya, kita akan mula b'tegur sapa dgn jiran sblh slps mempunyai anak
  18. Kita akan dapati perkara-perkara yg dulunya kita anggap penting kini tidak lg selepas adanya anak
  19. Kita sedar yg sebenernya tidak sukar utk menyayangi anak kita  yg pd mulanya kita anggap dia org asing
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yg penuh dgn kejutan!
**sumber : Media Santai 

Friday, 12 October 2012

Sayang Anak Timang-Timangkan



Read this! Important Info!

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.
  • Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
 

Friday, 6 July 2012

ANDA PERLU BACA INI...


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Salam kasih,

Sumber : Ibu Rose

Monday, 2 April 2012

UJI REFLEX BAYI ANDA


Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2 mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.

1. ‘Rooting Reflex’
--> Usap pipi bayi anda dengan jari dan anda akan lihat bayi anda akan memalingkan kepala ke arah tangan anda, membuka mulut seluasnya dan mula memuncungkan mulut gaya menghisap. Ini adalah refleks semulajadi bayi yang boleh membantu ibu mengajar bayi untuk membuat lekapan sempurna pada payudara. Refleks ini akan hilang sekitar usia 4 bulan.

2. ‘Moro/Startle Reflex’
--> Pegang bayi anda dalam keadaan tegak dengan tangan anda menyokong lehernya. Kemudian dengan cepat tapi lembut, turunkan badannya seperti mahu tidurkannya. Secara automatik tangannya akan ke atas, kakinya sedikit terbuka dan kepalanya sedikit mendongak. Reflex ini akan hilang sekitar usia 2 bulan.

3. ‘Grasp Reflex’
--> Usap tapak tangan bayi anda dan secara automatik bayi anda akan menggenggam erat jari anda. Reflex ini adalah cara bayi anda membalas sentuhan anda dan cubaannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin sentuhan dengan anda. Reflex ini akan mula hilang sekitar usia 3 bulan.

4. ‘Tonic neck/Fencing Reflex’
--> Baringkan bayi anda, pusingkan kepala bayi dengan lembut ke kanan. Secara automatik, tangan kanannya akan terkeluar ke arah kepalanya dipusingkan dan tangan kirinya akan terangkat ke atas/kepalanya. Begitu juga jika anda pusingkan ke sebelah kiri. Doktor tidak tahu apa tujuan reflex ini tetapi dikatakan membantu bayi fokus kepada apa di depan matanya.

5. ‘Protective Reflex’
--> Sentuh lidah bayi anda dengan sudu kecil dan secara automatik lidahnya akan menolak keluar sudu itu. Reflex ini adalah untuk melindunginya tercekik dengan benda asing. Reflek ini hilang sekitar usia 4-6 bulan.

6. ‘Withdrawal Reflex’
--> Ketika bayi anda baring relaks, dekatkan muka anda dengan mukanya. Secara automatik dia akan berpaling ke tepi. Reflex ini adalah untuk melindungi dirinya dari sebarang objek yang datang. Reflex ini tidak akan hilang sampai bila-bila.

Okay, dah abes bace! hehe ♥ ^_^ ♥

Sumber : lifefit.my

Friday, 16 March 2012

ANAKKU PERMATA HATIKU ♥ ^_^ ♥

1. Semasa di dalam rahim, bayi sentiasa tersenyum tetapi bayi jarang tersenyum dalam sebulan selepas lahir. Mungkin disebabkan proses kelahiran yang sukar.

2. Nafas bayi berbau sedap sebab bayi tidak ada gigi. Gigi adalah tempat berkumpulnya bakteria yang menyebabkan nafas berbau.

3. Bayi mengenali suara ibunya sebaik lahir tapi mengambil masa sekitar 14 hari untuk mengenali suara bapanya. Jadi buat para bapa, selalulah bercakap dengan bayi anda supaya dia cepat kenal suara anda.

4. Bayi tidak akan berpeluh sebab kelenjar peluhnya masih belum berkembang sepenuhnya.

5. Bayi suka suara yang bernada halus. Sebab itu suara ibu lebih menenangkan berbanding suara bapa.

6. Sehingga berusia 6-7 bulan, bayi boleh bernafas sambil menelan makanan tapi orang dewasa tidak boleh melakukannya serentak.

7. Bayi mula berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat sebelum mula bercakap. Komunikasi mereka bermula dengan memahami lambaian tangan, pelukan dan ciuman ibu bapa.

8. Kanak-kanak tidak akan membesar ketika selesema.

9. Kanak-kanak berusia 6 tahun ketawa purata 300 kali sehari manakala orang dewasa hanya ketawa sekitar 60 kali sehari.

10. Kajian menunjukkan bapa lebih pakar dan lebih pantas dalam menukar lampin bayi berbanding ibu.


Sumber : lifefit.my

Tip bina hubungan dengan bayi

Perkara pertama yang saya pasti ramai ibu bapa akan lakukan ketika menyambut kelahiran bayi adalah mereka akan cuba berkomunikasi dengan bayi mereka. Ibu mahu anak itu tahu yang dia adalah ibunya manakala ayahnya  pula mahu anak itu tahu yang dia adalah ayahnya.

Anak yang rasa selesa dengan kehadiran ibu bapanya akan beri kebaikan pada diri anak itu sendiri. Apabila anak itu rasa selesa, dia akan rasa gembira dan tenang. Secara tidak langsung, pertumbuhan minda dan fizikal anak itu membesar dalam keadaan yang baik.

Di sebabkan itu, ibu bapa perlu cepat – cepat membentuk hubungan dengan anak mereka supaya anak itu rasa selamat, selesa dan yakin. Kajian ada menunjukkan bahawa anak yang mempunyai rasa hubungan dengan ibu bapanya sejak dari bayi akan membesar menjadi seorang individu yang  sihat dan mendengar kata.

Berikut ada beberapa tip atau cara untuk bina hubungan dengan bayi

Sentuhan
Salah satu cara bayi anda tahu anda sedang berkomunikasi dengan dia adalah dia rasa sentuhan dari anda. Sentuhlah bayi anda dengan lembut dan penuh dengan rasa sayang. Dukung dia selalu dan setiap kali ada masa anda sentuhlah dia.

Menyusu
Aktiviti meyusu pasti akan merapatkan hubungan di antara ibu dan anaknya. Walaupun anda  sibuk dengan tugas harian, luangkan sedikit waktu untuk menyusu. Menyusu akan membentuk hubungan yang istimewa di antara bayi dan ibu. Bayi yang membesar dengan susu ibu cenderung untuk menjadi seorang anak yang baik apabila dewasa kelak.


Nyanyikan lagu
Selain sentuhan, bayi juga suka mendengar suara. Bayi suka mendengar suara yang berirama. Oleh itu, sentiasa nyanyikan lagu atau dendangkan irama lagu yang menarik untuk bayi anda. Bayi anda pasti akan rasa gembira apabila  mendengar irama yang anda lagukan.

Berikan urutan lembut pada bayi anda
Setiap hari anda luang sedikit masa untuk mengusap dan mengurut bayi anda. Bermain dengan kaki dia, urut belakang badannya, usap kepala dia. Berikan dia sentuhan yang lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Berkata – kata atau bersembang dengan bayi anda
Biarpun bayi anda tidak faham apa yang anda katakan, anda selalulah ambil masa bersembang dengan bayi anda. Bayi anda sebenarnya suka apabila anda menegur dia. Sentiasa tegur bayi anda dengan teguran yang ke anak – anakan. Dia pasti akan gembira.

Gunakan masa terluang sepenuhnya
Apabila ada kesempatan untuk luangkan masa dengan bayi anda, gunakan masa itu sepenuhnya. Bermain dengan dia dan betul – betul melayan karenah bayi anda itu. Berikan kasih sayang yang tinggi pada dia.
Enam tip di atas pasti akan membantu anda membina hubungan yang baik dengan bayi anda. Orang kata, melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan anak beranak yang baik perlulah di bentuk sejak anak itu bayi lagi.

Sumber : http://www.kuatbatin.com/blog

Tip mengajar bayi anda bercakap


Sebagai ibu bapa yang tidak ada pengalaman mendidik bayi, pasti anda tertanya – tanya bagaimana hendak mengajar bayi anda bercakap.

Bagaimana bayi belajar bercakap?

Seperti yang anda tahu, cara pertama bayi bercakap adalah dengan menangis. Apabila dia menangis, dia sebenarnya berharap anda akan memujuk dan memberi keselesaan pada dia. Cara anda menenangkan bayi anda  akan mempengaruhi cara bayi anda bercakap.

Ini kerana apabila dia menangis,dia sebenarnya berkomunikasi dengan anda. Cara anda memberi respon pada tangisan dia akan di jadikan asas untuk dia belajar cara berkomunikasi dengan manusia yang lain.

Pada umur bayi anda dua bulan, dia biasanya sudah pandai memberi respon pada percakapan anda. Caranya adalah dengan merenung mata anda , senyum atau gelak setiap kali anda bercakap pada dia.

Apabila umurnya meningkat pada  enam bulan, bayi anda akan mula menggerakkan mulutnya untuk bercakap. Dia  akan  keluarkan suara tetapi tidak jelas kedengaran  butir – butir percakapannya. Selepas itu, sedikit demi sedikit apa yang dia perkatakan akan jelas kedengaran. Akhirnya dia akan berjaya  bercakap perkataan penuh pertamanya.


Tip mengajar bayi anda bercakap
  • ajar anak anda nama benda. Contohnya, anda tunjukkan kereta dan ajar anak anda untuk menyebut kereta. ajar anak anda nama benda yang mudah seperti pinggan, garfu dan sebagainya. Secara tidak langsung, anda kenalkan dia cara untuk menyebut dengan betul.
  • Sentiasa bermain dengan bayi anda. Ketika bermain, bayi anda akan berlajar cara untuk bercakap, dengar dan memberi tindak balas.
  • Ajar bayi anda membaca . Pada awalnya, dia tidak akan beri perhatian. Namun, lama kelamaan dia mula rasa berminat untuk membaca.
  • Balas percakapan bayi anda. Jika dia bersuara, anda ajuk suara dia sambil buat muka pelik. Biar dia ketawa. Apabila dia ketawa, dia akan bersuara lebih. Secara tidak langsung, proses belajar dia akan jadi lebih cepat.

Sebolehnya, anda jangan sesekali gunakan nada yangkeras dan kasar pada bayi anda kerana hati mereka sangat takut pada kemarahan dan kekerasan. Proses mereka belajar bercakap mungkin akan terganggu jika mereka di marahi atau di layan secara kasar.

Sumber : http://www.kuatbatin.com/blog

Sunday, 26 February 2012

Cara tidur selamat bagi bayi

Satu kajian dijalankan ke atas dua kumpulan bayi sihat berusia kurang daripada enam bulan. Satu kumpulan ditidurkan secara tertiarap di atas permukaan lembut dan satu kumpulan lagi permukaan keras.

Pergerakan, kadar denyutan jantung dan kadar ketepuan oksigen mereka dipantau sepanjang kajian berkenaan.

Didapati semua bayi dapat memusingkan kepala mereka ketika tidur. Kumpulan bayi yang tidur di atas permukaan lembut didapati menggunakan lebih 35 peratus daripada masa tidur mereka dengan tidur secara muka menghadap ke tilam berbanding hanya 14 peratus di kalangan bayi yang ditidurkan di atas permukaan keras.

Ini menunjukkan risiko lebih tinggi untuk pernafasan tertutup apabila bayi tidur di permukaan lembut, terutama apabila menggunakan bantal lembut.

Apabila bayi tidur tertiarap, ada risiko saluran pernafasan bayi tersekat, terutama apabila muka bayi tertiarap ke bawah. Jika saluran pernafasan tersekat, paras karbon dioksida di dalam darah menunjukkan peningkatan.

Sepatutnya kenaikan kadar karbon dioksida menyebabkan bahagian otak stem memberi tindak balas untuk pernafasan secara hyperventilasi (pernafasan pada kadar terlalu cepat ketika rehat) untuk mengeluarkan karbon dioksida yang meningkat daripada darah individu berkenaan.

Namun, bagi sesetengah bayi, akibat ketidakmatangan bahagian stem otak, tindak balas normal itu tidak terjadi dan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen di dalam darah yang akhirnya boleh membawa maut.


Berikut antara langkah yang dapat diambil bagi menyediakan persekitaran selamat untuk bayi anda.
  • Untuk mengatasi masalah lemas di tempat tidur:
  • Jangan guna bantal lembut sebagai penghadang di sekeliling katil atau tempat tidur bayi kerana ia boleh menutup muka bayi.
  • Jangan guna alas tilam plastik kerana ia boleh melekat ke muka bayi dan menyebabkan bayi lemas.
  • Tidurkan bayi dengan keadaan terlentang, melainkan dinasihatkan oleh doktor.
  • Jangan penuhkan katil bayi dengan bantal, alat permainan lembut atau selimut tebal.
  • Jangan tutup muka bayi dengan selimut kerana ia boleh mengakibatkan sesak nafas.
  • Apabila menggunakan cadar, pastikan ia dipasang tegang dan tidak menggelember kerana dikhuatiri boleh menutup muka bayi.
Sumber : terkinibersama.blogspot

Friday, 24 February 2012

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

Sumber : LifeFit.my

Tuesday, 21 February 2012

Pertumbuhan Bayi: Tahap Tumbuh Kembang Bayi Setiap Usianya

Pertumbuhan bayi dari awal ia lahir dari hari ke hari tentu tidak akan Anda lewatkan begitu saja, terutama bagi Anda seorang ibu. Mengikuti dan memperhatikan perkembangan buah hati memang sangat menyenangkan terlebih bagi Anda yang menjadi orangtua baru. Melihat proses tumbuh kembang buah hati secara bertahap tentu akan menjadi suatu hal yang berkesan, karena di setiap usianya Anda melihat perkembangannya terus bertambah.

Tidak semua bayi memiliki tumbuh kembang yang sama, karena tentu berbeda-beda faktor pertumbuhannya. Tetapi berbeda pula dengan bayi yang tumbuh dan berkembang dengan sehat dan normal. Namun, jika Anda khawatir karena tumbuh kembang si kecil berbeda dengan bayi lainnya, seperti lebih lambat atau lebih cepat dari pertumbuhan umumnya, bisa Anda konsultasikan dengan dokter.


Berikut tahapan pertumbuhan bayi pada setiap usianya :

Usia 1 bulan

Di hari-hari pertama setelah kelahiran, bayi belum bisa membuka matanya. Namun setelah berjalan beberapa hari kemudian, ia akan bisa melihat pada jarak 20 cm.
Bulan pertama ini bayi akan memulai adaptasinya dengan lingkungan baru
Memiliki gerakan refleks alami.
Memiliki kepekaan terhadap sentuhan.
Secara refleks kepalanya akan bergerak ke bagian tubuh yang disentuh.
Sedikit demi sedikit sudah bisa tersenyum.
Komunikasi yang digunakan adalah menangis. Arti dari tangisan itu sendiri akan Anda ketahui setelah mengenal tangisannya, apakah ia lapar, haus, gerah, atau hal lainnya.
Peka terhadap sentuhan jari yang disentuh ke tangannya hingga ia memegang jari tersebut.
Tiada hari tanpa menghabiskan waktunya dengan tidur.

Usia 2 bulan

Sudah bisa melihat dengan jelas dan bisa membedakan muka dengan suara.
Bisa menggerakkan kepala ke kiri atau ke kanan, dan ke tengah.
Bereaksi kaget atau terkejut saat mendengar suara keras.

Usia 3 bulan

Sudah mulai bisa mengangkat kepala setinggi 45 derajat.
Memberikan reaksi ocehan ataupun menyahut dengan ocehan.
Tertawanya sudah mulai keras.
Bisa membalas senyum di saat Anda mengajaknya bicara atau tersenyum.
Mulai mengenal ibu dengan penglihatannya, penciuman, pendengaran, serta kontak.

Usia 4 bulan

Bisa berbalik dari mulai telungkup ke terlentang.
Sudah bisa mengangkat kepala setinggi 90 derajat.
Sudah bisa menggenggam benda yang ada di jari jemarinya.
Mulai memperluas jarak pandangannya.

Usia 5 bulan

Dapat mempertahankan posisi kepala tetap tegak dan stabil.
Mulai memainkan dan memegang tangannya sendiri.
Matanya sudah bisa tertuju pada benda-benda kecil.

Usia 6 bulan

Bisa meraih benda yang terdapat dalam jangkauannya.
Saat tertawa terkadang memperlihatkan kegembiraan dengan suara tawa yang ceria.
Sudah bisa bermain sendiri.
Akan tersenyum saat melihat gambar atau saat sedang bermain.

Usia 7 bulan

Sudah bisa duduk sendiri dengan sikap bersila.
Mulai belajar merangkak.
Bisa bermain tepuk tangan dan cilukba.

Usia 8 bulan

Merangkak untuk mendekati seseorang atau mengambil mainannya.
Bisa memindahkan benda dari tangan satu ke tangan lainnya.
Sudah bisa mengeluarkan suara-suara seperti, mamama, bababa, dadada, tatata.
Bisa memegang dan makan kue sendiri.
Dapat mengambil benda-benda yang tidak terlalu besar.

Usia 9 bulan

Sudah mulai belajar berdiri dengan kedua kaki yang juga ikut menyangga berat badannya.
Mengambil benda-benda yang dipegang di kedua tangannya.
Mulai bisa mencari mainan atau benda yang jatuh di sekitarnya.
Senang melempar-lemparkan benda atau mainan.

Usia 10 bulan

Mulai belajar mengangkat badannya pada posisi berdiri.
Bisa menggenggam benda yang dipegang dengan erat.
Dapat mengulurkan badan atau lengannya untuk meraih mainan.

Usia 11 bulan

Setelah bisa mengangkat badannya, mulai belajar berdiri dan berpegangan dengan kursi atau meja selama 30 detik.
Mulai senang memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
Bisa mengulang untuk menirukan bunyi yang didengar.
Senang diajak bermain cilukba.

Usia 12 bulan

Mulai berjalan dengan dituntun.
Bisa menyebutkan 2-3 suku kata yang sama.
Mengembangkan rasa ingin tahu, suka memegang apa saja.
Mulai mengenal dan berkembang dengan lingkungan sekitarnya.
Reaksi cepat terhadap suara berbisik.
Sudah bisa mengenal anggota keluarga.
Tidak cepat mengenal orang baru serta takut dengan orang yang tidak dikenal/asing.

Pada tahap tumbuh kembang inilah, Anda bisa melihat pertumbuhan bayi di setiap usianya. Baik normal atau tidaknya, semua tergantung bagaimana cara Anda merawat si kecil dan cara penanganannya sedari dini. Oleh karena itu, sejak dini pun penting bagi Anda untuk selalu memberikan gizi dan nutrisi yang terbaik bagi buah hati, serta merawat dan mengasuh dengan penuh kasih sayang.

Sumber : Melindah Hospital

Monday, 20 February 2012

Ketahui Kandungan Susu Ibu ~ Foremilk & Hindmik

Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:


Susu awal (foremilk) - Susu agak cair, kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah - menghilangkan dahaga
Susu akhir (hindmilk). Susu lebih pekat, kandungan air rendah, kandngan lemak tinggi - mengenyangkan

Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.
Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.

Justeru, ibu-ibu perlu tahu informasi ini dan menyusukan anak sekurang-kurangnya 15-20minit sebelum berpindah ke payudara satu lagi. Ini kerana, jika ibu menyusu sekejap sahaja di payudara kanan, dan terus berpindah ke payudara kiri, bayi hanya mendapat susu yang agak cair, sekadar menghilangkan dahaganya, tetapi tidak mengenyangkan.

Sebab itu jugalah, adakalanya ibu merungut, "anak saya menyusu badan, tapi beratnya tak naik dan badan kecil jer.." Selain ibu yang kurang menjaga nutrisi dalam pengambilan makanan berzat, cara memberi susu kepada anak juga sangat mempengaruhi tumbesaran anak. Pastikan bayi menyusu sehingga payudara betul-betul dikosongkan, bagi mendapat khasiat sepenuhnya.

Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat kepada anda semua..

Sumber : Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

Thursday, 16 February 2012

Amalan ketika anak sedang tidur



Pernah terbaca satu artikel perkara yang patut dilakukan oleh ibu bapa semasa anak sedang tidur. Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya, membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.