Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
Susu awal (foremilk) - Susu agak cair, kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah - menghilangkan dahaga
Susu akhir (hindmilk). Susu lebih pekat, kandungan air rendah, kandngan lemak tinggi - mengenyangkan
Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.
Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.
Justeru, ibu-ibu perlu tahu informasi ini dan menyusukan anak sekurang-kurangnya 15-20minit sebelum berpindah ke payudara satu lagi. Ini kerana, jika ibu menyusu sekejap sahaja di payudara kanan, dan terus berpindah ke payudara kiri, bayi hanya mendapat susu yang agak cair, sekadar menghilangkan dahaganya, tetapi tidak mengenyangkan.
Sebab itu jugalah, adakalanya ibu merungut, "anak saya menyusu badan, tapi beratnya tak naik dan badan kecil jer.." Selain ibu yang kurang menjaga nutrisi dalam pengambilan makanan berzat, cara memberi susu kepada anak juga sangat mempengaruhi tumbesaran anak. Pastikan bayi menyusu sehingga payudara betul-betul dikosongkan, bagi mendapat khasiat sepenuhnya.
Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat kepada anda semua..
Sumber : Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung
No comments:
Post a Comment