Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Kencing berdiri penyebab siksa kubur

Artikel ini adalah sebuah nasihat utk kita semua.

Wahai saudaraku Se-Imam dan Se-Islam..

Hati-hatilah dalam membuang air kecil kerana byk org tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.

Rasulullah SAW menasihati kita;
"Bersabda Rasulullah SAW ; "Hati-hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak org tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya".

Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dgn cara berdiri.

Saya sendiri pernah melihat teman saya yg membuang air kecil dgn cara berdiri kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,

Lalu saya bertanya kepadanya;
"Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil dan Allah SWT melaknat orang yg kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana".

Iya menjawab;
"Hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi..."

Astaghfirullah, sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.

Air seni yg terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima Allah SWT.

"Allah SWT tidak akan menerima shalat seseorang kecuali dalam keadaan bersih" (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim)".

Oleh sbb itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.

Oleh sbb itu kita dilarang kencing dgn cara berdiri. Ingatlah bahawa kebersihan itu sebahagian dari iman. Sebuah pesan (nasihat) utk terkasih. Dari kekasih utk yg terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari Allah dan perkataan yg buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dlm menuntu ilmu agamanya .

Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yg menyampaikan satu ilmu dan org membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahal walaupun sudah tiada". (HR Muslim)

Tuesday, 16 April 2013

BILA ISTERI TAK CANTIK (Part 2)

Korg dh abis baca entri sblm nie? Bila isteri tak cantik (Part 1)?

Klu blm bace lg pi bace entri tue dlu sblm meneruskan entri nie. Kang korg x phm plak ape yg aku meroyankan!!! Hahaha.

Ke tepi ke tepi mak jemah nk meroyan sakan nie!

Lepas jerk aku baca cte nie mmg panas jerk hati aku nie bagaikan mendidih2 cm gunung berapi nk meletus ko tau x? (tau kan ajelah...kang korg yg jd mangsa aku nnt!).

Yups, mmg takdir Allah tentukan. Ape yg berlaku ofcoz ade baik buruknya utk kte kan? Ofcoz kte akan suh think positive right?

Tp sblm kte b'tindak d luar batasan kte cuba lah kte renungkan diri kte blk. Bak kata org muhasabah diri tue (cm bgs jerk aku nie ckp cmtue kan). Xpe kte saling ingat mengingati, aku bknlah perfect sgt.

B'balik pd cte tue td, x rase kejam ke lelaki tue pd wife dia? Ok mmg wife ko mmg sow2 jerk tp dia jlnkan tggjwb dia sebaik mungkin utk ko yg seriously dlm kewangan wife ko tlg okeh (so sila sedar diri dan cermin skit diri tue dlu!!!).

Dlm kewangan wife ko tlg ko tp ko plak ade hati pasang lain sbb nye wife ko x vogue da vass cm yg kt luar sane tue? Klu duit dlm poket ko b'kepuk xpe la jgk ade hati nk pasang lain, nie b'kepuk dgn habuk jerk pn x sedar diri. Pls laaaa....(marah membara nie).

Alasan si laki konon wife penampilan x menarik. Isteri dh 3 anak bdn pn lari sane sini dh x cm anak dara. Cer cube ko jd pmpuan pastu lepas b'salin je naik lemak sane sini pastu yg anu ko pn longgar sane sini x grip cm anak dara dlu, ape ko rase?

Nk minta 1st kelas service, high taste tp ko mampu x nk sediakan duit tuk high maintenance bini ko pasang bdn? Hntr la pi spa setiap bulan tuk penjagaan dr rambut smpi hjg kaki, mampu ke bang??? Nie bini minta itu ini tuk kecantikan bini pn bini beli guna duit gaji sendiri ok. Ko ade nk bg???

Come on la. Cer cube korg cermin diri korg tue sblm ade niat busuk korg nk pasang lain. Yg korg tue btl2 ker jaga penampilan, jaga bdn tuk bini ko plak? Nk sedap mata ko memandang jer, x pikir plak sedap mata memandang bini ko.

Yg si bini nie pn x cukup tgn nk siap cantik dpn ko...pepagi bdn kusut masai dh sibuk wt bekpes, wt bekal anak, siap g keje, blk keje ambik anak, masak, lipat kain, basuh kain, layan perangai anak nak itu nak ini, kemas rmh. Ckp mmg senang...cube dress up cecantik, seksi2 dpn suami. Tp bile benda tue semua dlm 1 hari si bini nie nk settlekan dia pikir 1 jer nk rest. Tue blm part korg para suami nie nk minta OT plak.

Nk ckp byk pn x guna gak sbb laki nie w/pn nafsu 1 pasti t'tewas jgk dgn godaan d luar. Ofcoz la yg HARAM lg sedap, lg best, lg mencabar bile dpt dan yg HALAL jgk yg x best. Tp tepuk dada tanye iman!!!

Klu hidup kerana nafsu ermmm klu aku ckp nie mmg kuang ajar sgt so abaikanlah. Korg tentukanlah jln hidup korg nk cmne. Tp the truth is mmg sedih la klu benda2 cmnie b'laku. Seriously mmg sedih.

Aku doa benda2 cmnie dijauhkanlah drpd berlaku dlm keluargaku dan diri aku sendiri. Yups, ckp mmg mudahkan tp In Shaa Allah percaya pd qada dan qadar Allah.

BILA ISTERI TAK CANTIK (Part 1)

(Pengakuan Seorang Isteri)

Untuk renungan dan perhatian isteri-isteri dan bakal isteri
Buat iktibar kita semua dan para suami/lelaki, renung-renungkanlah...

coretan dari hati seorang Muslimah:

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. 

Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. 

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. 

Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 

Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 

Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 

Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 

Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~

**************************
**********************

* Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. 

Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. 

Perkahwinan adalah sebahagian cara utk kita mencari keredhaan Allah. 

Dan perkahwinan itu sebahagian dari Iman dan perkahwinan juga tempat kita di uji. 

Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah . 

Bagi lelaki yg berfikir utk bertindak spt ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorg isteri demi sebuah keluarga yg sempurna. 

Jadikanlah kebaikan seseorg isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukkan seseorg isteri itu sbg tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. ... InsyaAllah.. .....


Thursday, 10 January 2013

✿..KUNJUNGAN TERAKHIR..✿


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya :

"Bahawa malaikat maut MEMERHATI wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nayawanya tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Ya...malaikat maut perhatikan kita 70 kali sehari :
1 hari = 24 jam
1 jam = 60 minit
maka, 60 minit X 24 jam = 1440 minit
Oleh itu, 1440 minit / 70x malaikai maut memerhati kita maka kita akan dapat jawapan = 20.5714285 minit. Kalau kita bundarkan dapat la jawapan dalam 21 minit.

SETIAP 21 MINIT MALAIKAT MAUT AKAN PERHATIKAN KITA...

p/s : "Tidak ada suatu umatpun yang dapat mendahului ajalnya dan tidak (pula) dapat mengundurkan (nya). " Surah Al-Hijr ayat 5

‎(7) Kalimat Penghapus Dosa

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih laut.

1. Mengucap BISMILLAH pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap ALHAMDULILLAH pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap ASTAGHFIRULLAH jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap IN SHAA ALLAH jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap LA HAULA WALA KUWATA ILLA BILLAH  jika menghadapai sesuatu yang tidak disukai dan tak diinginkan

6. Mengucap INNA LILLHAI WA INNA ILAHI ROJIUN jika menghadapai dan menerima musibah

7. Mencuap LAA ILAA HA ILLA ALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH sepanjang siang dan malam, sehingga tak terpisah dari lidahnya

Friday, 21 December 2012

20 PERKARA YG BERUBAH SLPS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama " Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur" ...Betulkan?

Dan yg pasti, slps mempunyai anak, byk yg akan berubah dlm hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab lebih besar perlu digalas. Tetapi apabile seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya byk perkara yg menarik akan berlaku iaitu

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yg boyot
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yg menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bgn seawal 4 pagi
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dgn cara yg baru
  5. Jika anak kita sakit, kita yg akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yg sakit
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pd malam Jumaat  ;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri
  9. Kita tidak lagi jijik dgn najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita
  11. Kita lebih rela meluangkan masa utk peluk dan cium anak kita, w/pn kita tahu kita akan sampai lewat ke tmpt kerja
  12. Kita mula menyedari yg kita punyai kuasa yg hebat bila dapat menenangkan anak kita yg sedang menangis
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh
  14. Kita akan rasakan yg mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yg besar, malah kita amat sukanya
  15. Apabile kita melihat ada ibu bapa yg sedang memegang anak mereka yg sdg menangis, kita akan faham situasi mereka
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita w/pn ianya dlm masa yg singkat
  17. Akhirnya, kita akan mula b'tegur sapa dgn jiran sblh slps mempunyai anak
  18. Kita akan dapati perkara-perkara yg dulunya kita anggap penting kini tidak lg selepas adanya anak
  19. Kita sedar yg sebenernya tidak sukar utk menyayangi anak kita  yg pd mulanya kita anggap dia org asing
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yg penuh dgn kejutan!
**sumber : Media Santai 

Friday, 12 October 2012

Sayang Anak Timang-Timangkan



Read this! Important Info!

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.
  • Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
 

Thursday, 16 August 2012

Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran?



NEW YORK – Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.

Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald. Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an.

Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.

Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.

Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.

Ulser Mulut Boleh Menyebabkan Barah


Apa itu Ulser Mulut?Kebanyakan daripada kita mesti pernah menghidap ulser. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapigolongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutamanya bagi wanita yang mengandung dan datang haid. Ulser mulut ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.

Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulutdan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam. Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.

Ulser mulut ialah tompokan putih di dalam mulut. Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser mulut tadi.


Tanda-tanda Ulser
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :
* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka

Langkah Pencegahan
Langkah-langkah Pencegahan Awal Ulser Mulut :
* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan

Sumber : www.2dayblogger.com

Orang yang hebat

Moga kte sesame menjadi ORANG YANG HEBAT!!! InsyaAllah  :)

Sunday, 12 August 2012

Kesan berzikir terhadap OTAK



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali, aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda.  Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya. -penawar.com-

Friday, 3 August 2012

Tafsir Al-Quran

Assalammualaikum,

Just wanna share this website yg sgt bermanfaat utk muslimin muslimat yg sambil2 wt keje tue boleh la dengarkan bacaan Al-Quran kt cni.

Klu ada kesempatan boleh sesama kte dalami tafsiran Al-Quran nie yer. InsyaAllah, moga korg semua pergunakan website nie sebaiknya dan sebarkanlah pd kenalan korg yer. 


 

Dlm bulan Ramadhan nie amalan kte b'lipat-lipat kali ganda kengkawan klu kte wt kebaikan. InsyaAllah dgn niat kerana Allah, moga memberi 1001 kebaikan dan pahala pd kte. Amin...   ^_^