Satu kajian dijalankan ke atas dua kumpulan bayi sihat berusia kurang daripada enam bulan. Satu kumpulan ditidurkan secara tertiarap di atas permukaan lembut dan satu kumpulan lagi permukaan keras.
Pergerakan, kadar denyutan jantung dan kadar ketepuan oksigen mereka dipantau sepanjang kajian berkenaan.
Didapati semua bayi dapat memusingkan kepala mereka ketika tidur. Kumpulan bayi yang tidur di atas permukaan lembut didapati menggunakan lebih 35 peratus daripada masa tidur mereka dengan tidur secara muka menghadap ke tilam berbanding hanya 14 peratus di kalangan bayi yang ditidurkan di atas permukaan keras.
Ini menunjukkan risiko lebih tinggi untuk pernafasan tertutup apabila bayi tidur di permukaan lembut, terutama apabila menggunakan bantal lembut.
Apabila bayi tidur tertiarap, ada risiko saluran pernafasan bayi tersekat, terutama apabila muka bayi tertiarap ke bawah. Jika saluran pernafasan tersekat, paras karbon dioksida di dalam darah menunjukkan peningkatan.
Sepatutnya kenaikan kadar karbon dioksida menyebabkan bahagian otak stem memberi tindak balas untuk pernafasan secara hyperventilasi (pernafasan pada kadar terlalu cepat ketika rehat) untuk mengeluarkan karbon dioksida yang meningkat daripada darah individu berkenaan.
Namun, bagi sesetengah bayi, akibat ketidakmatangan bahagian stem otak, tindak balas normal itu tidak terjadi dan menyebabkan berlakunya kekurangan oksigen di dalam darah yang akhirnya boleh membawa maut.
Berikut antara langkah yang dapat diambil bagi menyediakan persekitaran selamat untuk bayi anda.
- Untuk mengatasi masalah lemas di tempat tidur:
- Jangan guna bantal lembut sebagai penghadang di sekeliling katil atau tempat tidur bayi kerana ia boleh menutup muka bayi.
- Jangan guna alas tilam plastik kerana ia boleh melekat ke muka bayi dan menyebabkan bayi lemas.
- Tidurkan bayi dengan keadaan terlentang, melainkan dinasihatkan oleh doktor.
- Jangan penuhkan katil bayi dengan bantal, alat permainan lembut atau selimut tebal.
- Jangan tutup muka bayi dengan selimut kerana ia boleh mengakibatkan sesak nafas.
- Apabila menggunakan cadar, pastikan ia dipasang tegang dan tidak menggelember kerana dikhuatiri boleh menutup muka bayi.
Sumber : terkinibersama.blogspot
No comments:
Post a Comment