Adakah korg atau org keliling korg mengalami masalah berdengkur? Bahaya atau tidak jika tidur berdengkur? Korg sendiri tau x yg korg klu tidur tue berdengkur? Hihihi. Aku sendiri pn x tau yg aku tdo b'dengkur sehinggalah d beritahu oleh adik n my hubs.
Ofcoz la kte x tau kan dh nama kte ngah tdo. Lain la kot korg saje wt recording time korg tdo tuk tau korg tdo b'dengkur ke x. Hahaha. Anyway in my family my bro 2 org nie mmg kuat b'dengkur. Yg plg kuat b'dengkur yg sorg nie la. Perghhh, smpi nk tdo pn t'ganggu la okeh. Ckp org tp aku sendiri pn kdg2 b'dengkur tp x tau la tahap volume tue smpi leh ganggu org lain ke x. Huhuhu.
Yg penah aku tau kononnye org yg tdo b'dengkur nie d sbbkan bdn kepenatan yg amat sgt thats y la bile tdo tue kuar la nyanyian yg sedap ini. Anyway, baik bce fakta d bwh nie tuk info korg jgk okeh.
Tips Elakkan Tidur Berdengkur | Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-sebab Berdengkur
- Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
- Tisu tekak yang besar dan tebal.
- Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
- Saluran pernafasan tersekat.
Komplikasi Berdengkur
Dengkur boleh dikelaskan kepada tiga peringkat :
* Peringkat pertama – berdengkur yang ringan dengan 4 atau 5 kali dengkuran kemudiannya berhenti dan seterusnya diulangi lagi.
* Peringkat kedua – berdengkur yang sederhana iaitu berdengkur berterusan selama 10 hingga 15 minit dan bunyinya yang sama rata.
* Peringkat ketiga – berdengkur yang SERIUS diikuti dengan berhentinya pernafasan sehingga terjaga. Kemudiannya akan menarik nafas yang dalam dan keadaan ini diulanginya secara berterusan. Dengkuran ini dipanggil ‘sleep apnea’. ‘Sleep apnea’ boleh MEMBAHAYAKAN DIRI dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan Berdengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil.
Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Pencegahan Berdengkur
Petua untuk mengurangkan dengkuran :Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang
Sumber : melayukini.net
No comments:
Post a Comment