Daisypath Anniversary tickers

Friday 16 March 2012

Tip bina hubungan dengan bayi

Perkara pertama yang saya pasti ramai ibu bapa akan lakukan ketika menyambut kelahiran bayi adalah mereka akan cuba berkomunikasi dengan bayi mereka. Ibu mahu anak itu tahu yang dia adalah ibunya manakala ayahnya  pula mahu anak itu tahu yang dia adalah ayahnya.

Anak yang rasa selesa dengan kehadiran ibu bapanya akan beri kebaikan pada diri anak itu sendiri. Apabila anak itu rasa selesa, dia akan rasa gembira dan tenang. Secara tidak langsung, pertumbuhan minda dan fizikal anak itu membesar dalam keadaan yang baik.

Di sebabkan itu, ibu bapa perlu cepat – cepat membentuk hubungan dengan anak mereka supaya anak itu rasa selamat, selesa dan yakin. Kajian ada menunjukkan bahawa anak yang mempunyai rasa hubungan dengan ibu bapanya sejak dari bayi akan membesar menjadi seorang individu yang  sihat dan mendengar kata.

Berikut ada beberapa tip atau cara untuk bina hubungan dengan bayi

Sentuhan
Salah satu cara bayi anda tahu anda sedang berkomunikasi dengan dia adalah dia rasa sentuhan dari anda. Sentuhlah bayi anda dengan lembut dan penuh dengan rasa sayang. Dukung dia selalu dan setiap kali ada masa anda sentuhlah dia.

Menyusu
Aktiviti meyusu pasti akan merapatkan hubungan di antara ibu dan anaknya. Walaupun anda  sibuk dengan tugas harian, luangkan sedikit waktu untuk menyusu. Menyusu akan membentuk hubungan yang istimewa di antara bayi dan ibu. Bayi yang membesar dengan susu ibu cenderung untuk menjadi seorang anak yang baik apabila dewasa kelak.


Nyanyikan lagu
Selain sentuhan, bayi juga suka mendengar suara. Bayi suka mendengar suara yang berirama. Oleh itu, sentiasa nyanyikan lagu atau dendangkan irama lagu yang menarik untuk bayi anda. Bayi anda pasti akan rasa gembira apabila  mendengar irama yang anda lagukan.

Berikan urutan lembut pada bayi anda
Setiap hari anda luang sedikit masa untuk mengusap dan mengurut bayi anda. Bermain dengan kaki dia, urut belakang badannya, usap kepala dia. Berikan dia sentuhan yang lembut dan penuh dengan kasih sayang.

Berkata – kata atau bersembang dengan bayi anda
Biarpun bayi anda tidak faham apa yang anda katakan, anda selalulah ambil masa bersembang dengan bayi anda. Bayi anda sebenarnya suka apabila anda menegur dia. Sentiasa tegur bayi anda dengan teguran yang ke anak – anakan. Dia pasti akan gembira.

Gunakan masa terluang sepenuhnya
Apabila ada kesempatan untuk luangkan masa dengan bayi anda, gunakan masa itu sepenuhnya. Bermain dengan dia dan betul – betul melayan karenah bayi anda itu. Berikan kasih sayang yang tinggi pada dia.
Enam tip di atas pasti akan membantu anda membina hubungan yang baik dengan bayi anda. Orang kata, melentur buluh biar dari rebungnya. Hubungan anak beranak yang baik perlulah di bentuk sejak anak itu bayi lagi.

Sumber : http://www.kuatbatin.com/blog

No comments: