Daisypath Anniversary tickers

Wednesday 13 April 2011

Perlukah makan untuk dua orang ketika mengandung?

Assalammualaikum

Maafkan tuan blogger krn menyepi seketika. Kesihatan aku skg nie turun naik, x menentu la gamaknyer! Plus dh mls nk bw lappy lek rmh coz rase bebanan yg berat sgt. W/pn perut nie x besar mane pn lg tp mengah nya Allah shj yg tau. Lgpn jarak dr tmpt parking nk ke rmh pn cukup utk aku exercise yg rase penat sesgt. Tp ape kena mengena dgn x update blog kan? Ofcoz la ade kena mengena sbb nyer xder lappy cmne aku nk update blog? Haiyaaaa....

Okeh2, cukup  la cakap merapu nie. Arinie aku rajin search kan diri dgn info2 t'baru lg (padahal entry sblm nie pn x abis update lg...yg entry sblm nie akan d update skit2 okeh! jgn mareeee). Slps search2 t'jumpe la info about bakal2 ibu, umi, mama, mummy n segala pggln yg seangkatan dgn nya la yer perlu makan utk dua org. Tue lantak korg, ape2 pn jom baca info kt bwh nie lg baguihhhh... 

Klu mengandung mesti org selalu fikir yg si ibu perlulah mengambil pemakanan utk dua org iaitu si ibu dan bayi dlm kandungan. Namun, itu tidak berlaku kerana pemakanan seperti biasa juga memadai untuk si ibu dan bayi. Sudah memadai dengan menambah pengambilan susu, kekacang dan ikan di samping makanan biasa yang korg ambil.

Sebabnya ketika mengandung badan si ibu lebih efisien dan berkemampuan menyerap lebih nutrisi dari makanan. Klu korg mkn byk (lebih drpd biasa yg korg mkn sll) utk dptkan bayi yg sihat itu adalah silap tafsiran korg. Malah makanan yg korg makin b'ganda lebih byk itu akan mengakitbatkan berat badan korg yg akan meningkat. Akibatnya, risiko mengalami komplikasi semasa mengandung akan meningkat.



Bagaimana mendapatkan nutrisi yang mencukupi tanpa makan secara berlebihan?
Berikut merupakan beberapa tips untuk memaksimakan pengambilan gizi berkhasiat semasa mengandung: 
  •  Penuhi keperluan nutrisi harian anda seperti protein, karbohidrat, lemak yang berguna, vitamin dan mineral dengan menvariasikan makanan anda. Pastikan apa yang anda ambil merangkumi semua nutrisi yang anda perlukan. Pelbagaikan juga makanan dalam kategori yang sama, sebagai contoh, makan sayur-sayuran yang berbeza warna, jenis dan tekstur kerana setiap sayur mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza.
    • Cuba minimakan pengambilan makanan yang tinggi kalori tetapi kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan bergoreng dan sebarang makanan yang tinggi lemak dan gula. Sebaliknya, pilih menu yang mempunyai nutrisi maksima/perkalori seperti yogurt, telur rebus, buah-buahan atau sayur-sayuran.
    • Pilih makanan yang paling hampir dengan keadaan asalnya atau yang paling minima pemprosesannya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar, beras perang atau roti berbijirin tinggi. 
    Bagaimana makanan yang diambil dibahagikan antara keperluan ibu dan bayi?
      Di masa dahulu, bayi yang sedang berkembang dianggap sebagai parasit yang mengambil segala keperluan nutrisi dari ibunya. Namun, ini hanyalah mitos semata-mata kecuali dalam beberapa kes, contohnya, jika makanan yang diambil oleh ibu kurang kalsium, maka bayi akan menyerap kalsium yang distor dalam tulang dan gigi ibu secukupnya. Jadi, amat penting untuk ibu mengambil susu secara berterusan sepanjang tempoh mengandung.
      Pakar perubatan percaya, pemakanan ibu yang kurang berkhasiat akan mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Nutrisi yang tidak mencukupi semasa mengandung akan mempengaruhi kesihatan anak anda sepanjang hidupnya.

      Kesimpulannya, kesihatan dan perkembangan bayi bergantung kepada amalan pemakanan anda sebelum dan semasa mengandung. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut anda adalah sangat penting. Walau bagaimana pun, sentiasa berwaspada untuk tidak mengambil makanan yang berlebihan kerana ianya akan membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Cuba ingatkan diri anda, anda sedang makan untuk seorang bayi dan bukannya seorang lagi dewasa di dalam kandungan anda. Pilih kualiti makanan dan bukannya kuantiti.




      So, bagus x info yg aku share ini? Harap2 boleh menjadi panduan korg semua. Sebar-sebarkanlah info ini pd kwn2 korg yg tgh mengandung ker, coming soon mengandung ker...


      Maceh membaca entry ini! yeehaaaa........

        No comments: