Daisypath Anniversary tickers

Friday 15 April 2011

Apakah yang perlu diamalkan ketika mengandung?

Assalammualaikum...

Arinie ari Jumaat, penghulu segala hari...Alhamdulillah, diberikan kenikmatan oleh Allah untuk bernafas di atas bumi ini.

Ermmm, disebabkan waktu lunch yg pjg ini aku x kuar membazirkan duit so lepas jer mkn terus lek ofis blk. Boring utk mengisi masa lapang so aku pn merajinkan diri search more info about ibu mengandung. Sorry la klu korg yg lain agak bosan dgn entry2 aku keep talking about pregnant women. 

Derrr, dh aku nie tgh mengandung kena la baca info about this then ape slh nyer aku share kt blog nie. Mane la tau sgt b'guna pd korg d mase akan dtg w/pn mybe x b'guna mase skg. Who knows, right? Time nie time aku, insyaAllah time korg pn pasti akan tiba. Aku pn doa2 kan korg2 yg baca blog nie melalui dan merasai sendiri pengalaman aku skg nie. 

Okeh then, drpd korg bosan baca aku b'celoteh tue better korg baca kt bwh nie. Klu korg ada info2 b'guna jgk share2 la dgn aku. X elok tamak ilmu...Huhuhu

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.



Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik


15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

******************************************************************************


Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.


Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.





SURAH AL-HIJ'R (Batu Gunung)

Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.


SURAH YUNUS (Yunus)

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.


SURAH YUSUF (Yusuf)

Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.


Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.


Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.


SURAH IBRAHIM (Ibrahim)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


SURAH MARYAM (Maryam)

Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


SURAH AS-SAJDAH (Sujud)

Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.


SURAH LUQMAN (Luqman)

Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.


Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Alhamdulillah, selesai tggjwb aku utk share this info tuk tatapan korg semua! Kte manusia mampu b'usaha dan ikhtiar, insyaAllah dengan niat suci murni kte Allah permudahkannya. 

Maceh baca entry nie.  :)

1 comment:

Anonymous said...

sama2lah kita amalkan,