Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan
sekumpulan saraf yang dipetanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang
membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua
aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita perolehi adalah
natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimah-kalimah Allah seperti subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat
menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. apabila zikir itu berulang-ulang kali,
aktiviti saraf menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf
yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu otak menjadi aktif secara kesluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari perspektif berbeza dan semakin
kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir ianya tidak jadi begini. Otak
yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan
kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember, 1993. Satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington di mana ujian ini dilakukan
melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai benda. Mereka dikehendaki membaca perkataan tersebut
satu-persatu dan mengaitkan perkataan dengan katakerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugasan mereka, beberapa bahagian berbeza otak
menunjukkan peningkatan akitiviti saraf termasuk di bahagian depan otak dan
korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan mengulangi senarai perkataan
yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak kepada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan
kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini
sekaligus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang
seperti perbuatan zikir terbukti meningkatkan kecerdasan otak dan menambah
kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara seIslam, ketika saintis barat baru
menemui mukjizat ini, kita umat Islam iaitu umat terpilih ini telah lama
mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang
remeh tentang kepentingan berzikir dan secara nyata mengabaikannya.
-penawar.com-
No comments:
Post a Comment