Di dalam Islam, seorang suami mempunyai tanggung jawab yang
besar ke atas keluarganya. Suami adalah ketua keluarga. Suami merupakan tunggak
kekuatan sesuatu keluarga itu. Seorang isteri wajib memberikan kasih saying dan
ketaatan kepada suaminya agar kehidupan berkeluarga mendapat keberkatanNya.
Berikut adalah tips untuk Isteri
1. Berkongsi
minat.
Tunjukkan anda berminat dengan hobinya atau
sekurang-kurangnya mendengar apabila suami anda bercakap tentang sesuatu yang
diminatinya. Kejutkan suami dengan membeli buku-buku atau barang-barang yang
berkenaan dengan minatnya itu. Confirm suami akan lebih menyayangi anda!
2. Tumpukan
perhatian apabila suami bercakap.
Seorang isteri yang baik akan sentiasa mendengar apa yang
cuba disampaikan oleh suami. Lihat ke dalam matanya dan tidak memintas ditengah
percakapannya. Cara ini amat disukai suami kerana dia akan berasa lebih
dihormati (sebagai ketua keluarga).
3. Hantar
ucapan istimewa.
Teknologi masakini memudahkan kita untuk berkomunikasi.
Luahkan perasaan cinta atau penghargaan anda kepada suami tercinta melalui text
message atau kad ucapan. Ucapan manja atau saying si isteri amat bermakna
kepada suami. Cuba dan lihat keputusannya!
4. Sentuhan
Isteri amat bermakna.
Selain dari ibunya dan anak-anaknya, si isteri sahajalah
yang berhak menyentuh suaminya. Pegang tangan suami tidak kira di mana. Jika
malu atau tak biasa, gunakan masa ketika anda berdua seperti di dalam kereta
atau panggung wayang. Tip ini akan membuatkan suami berasa lebih dihormati dan
menunjukkan si isteri masih sayang dan masih memerlukan suami.
5. Beri
ruang untuk suami.
Tanggungjawab yang dipikul oleh suami amat besar dalam
memastikan keluarganya mendapat yang terbaik. Berikan ruang untuk suami dalam
menyempurnakan pekerjaannya yang menampung keluarga. Cuba elakkan dari
memberikan suami muka yang masam ketika dia pulang dari tempat kerja.Jika boleh
berilah senyuman kerana senyuman itu pengubat segala duka. Elakkan cemburu buta
dan pastikan makan minumnya terjaga.
Sumber : Ustaz Mohd Kasim Elias FB
No comments:
Post a Comment