Daisypath Anniversary tickers

Friday 28 December 2012

Ada apa pada NAMA?

Jumaat terakhir 2012, sungguh cepat masa berlalu. 
Rase cm bru bln lepas jer melahirkan Putra Zarif Azeem. 
Tanpa kte sedar pasang surut suka duka 2012 telah kte tempuhi. Moga semuanya dijadikan pengajaran, sempadan, panduan utk diperbaiki pd tahun 2013 kelak.

Ok, back to track about the entry...ada apa pada nama? 
Kbtln pg td smbl2 b'siap g keje sempat la dpt Tanyalah Ustaz yg b'tajuk Ada Apa Pada Nama? 
Korg dlu2 smpi skg pn mesti ada nama panggilan yg org/family berikan btl x? Nama dh cukup indah dgn erti yg baik x pasal dpt panggilan yg len n pelik drpd nama kte sendiri. Cer korg refresh blk panggilan2 yg korg penah dpt n mgkn till now org still labelkan nama tue tok korg.

Cm nama yg biase kte dgr utk org yg b'saiz XXXL nie mesti nama dia BOB. Majority nye la yg aku kenal mesti nama BOB klu bdn dorg nie agak besar skit padahal nama xde connection lgsg dgn BOB tue. Hihihi.

" Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. 

Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat : 11)

Ayat ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yg bernama Thabit Ibnu Qais Ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yg pekak dan tuli. 

Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah2 agama yg diadakan oleh Rasulullah S.A.W. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yg lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dgn Rasulullah S.A.W supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dgn lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yag biasa didudukinya telah diambil oleh org lain. Beliau pn melangkah demi selangkah utk sampai ke hadapan.

Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh org ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam majid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, "Lapangkanlah, lapangkahlah, berilah aku ruang."

Tidak diendahkan.

Walau begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh org ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudia beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya:

"Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ."

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, "Siapa kamu ini?"

Jawab lelaki itu, "Si anu anak kepada si anu." Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dgn panggilan yg memalukan di zaman jahiliah.

"Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?"

Apabila mendegar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya. 

Selepas itu maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah Al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang lelaki yg mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Org ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dgn nama gelaran yg ketiga. lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dgn itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah S.A.W lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yg tidak elok.

Pengajarannya, "Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yg tidak disukai olehnya."

Aku pun ada nama panggilan yg aku x suka suatu ketika dulu sbb bg aku cm old skull giler tp now aku dh ok jer dgn nama panggilan tue. Actually nama panggilan tue panggilan yg biase d panggil dlm sesetengah keluarga nie.

Mungkin dlu aku x suke coz aku x penah org lain ade nama panggilan tue mse aku kt Sarawak dlu. Smpikan penah aku warning kt adik aku jgn panggil aku dgn panggilan tue sbb aku malu dpn kwn2 aku. Huhu.

Ape panggilan yg aku rase old skull sgt tue? KAK NDAK. Sbb aku  nie anak yg ke6 so dpt la panggilan Kak Ndak utk anak yg ke6. Tp ade je org main2 kan panggilan tue jd Landak. Tak nyirap korg rase klu main panggilan cmtue? Huhuhu.

No comments: