Sayang Anak Timang-Timangkan
Read this!
Important Info!
Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia
4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2
petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak
demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah
kali pertama beliau mendapat sawan.
Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi
kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang
menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung
(bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang
darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam
sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).
Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak
yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed!
Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya.
Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau
sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya
tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.
SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan
atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat
pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak
yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi
digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada
teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta
memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab
berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya
mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah
yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak
yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh
penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi
kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat
menjaga bayi.
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum
ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai
kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.
PENCEGAHAN
- Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau
untuk bermain.
-
Jangan memegang bayi anda ketika marah.
-
Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih
anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada
orang lain.
-
Minta bantuan orang lain.
-
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga
semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya
bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan
setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang
bayi seperti buaian.
3 comments:
Much informative and useful article… I like it personally…
It took me time to read all the tips, but I clearly loved the post. It proved to be very helpful to me and I'm certain to all of the commenters here!
Have you given any consideration at all with translating your current site in to French? I know a several of translaters right here that will would help you do it for no cost if you wanna get in touch with me.
Post a Comment