Daisypath Anniversary tickers

Friday, 29 June 2012

10 Teknik Simple Kuruskan Badan



Ni dia, teknik simple yang tak pernah terfikir dek akalpun sebelum ni..
 
Kredit kepada http://view.my/dietkamikaze (En. Ben) sebab semangat beliau membantu mereka yang nak kurus ni.
 
1. Katakan anda tinggal di sebuah apartment  tingkat 6. Semasa menunggu lif, biarkan orang lain menekan dahulu aras tingkat masing masing, tugas anda hanyalah melihat aras mereka. Pasti ada yang menekan tingkat 4, 7, atau 8. Anda pilihlah sendiri samada untuk turun di tingkat mana (4,7 atau  DENGAN MENGGUNAKAN TANGGA terus ke aras 6 (rumah anda).. Amacam! Kan kalori terbakar tu..
 
2. Bila makan dikenduri kawan baik anda, pastikan anda mulakan pemakanan anda dengan buah-buahan terlebih dahulu!
 
3. Katakan anda sedang menunggu lif beramai ramai untuk naik ke Pejabat anda. Ada sorang mamat ni pergi tekan tingkat 1 sedangkan tingkat 1 tu hanya sebanyak 20 anak tangga je. Cara perli yang paling sopan ialah dengan tarik nafas anda sambil menggeleng-gelengkan kepala. Esok, mesti mamat tu segan nak tekan tingkat 1 lagi.
 
4. Bila sedang bekerja, pastikan anda membawa bersama botol air 3 liter setiap hari. Simpan botol itu di pantry bukannya di bawah meja anda. Setiap selang 1 jam anda perlu bergerak ke pantry untuk minum. sehari 40 kalori terbakar sebab pergerakan ini
 
5. Bermainlah dengan anak anda setiap petang. Bermain kejar-kejar, lepas 10 minit pasti peluh bercurah-curah dan anak anda akan tidur awal malam itu. Kan senang
 
6. Bila bangun pagi sebelum gosok gigi, minum segelas air terlebih dahulu OK
 
7. Parking kereta anda jauh sedikit bila pergi ke Shopping Complex. Ini membuatkan anda berjalan lebih banyak pada hari itu
 
8. Katakan anda sudah menempang tiket wayang pada pukul 2pm minggu ini. Pastikan anda datang awal 2 jam bagi membolehkan anda berwindow shopping. Tu pun bakar kalori jugak tanpa disedari.
 
9. Setiap kali makan tengahari, ambil nasi suku TAPI sayur 3 jenis..
 
10. Kawan-kawan tak nak bersenam bersama anda? Tak jadi masalah, anda pergi je ke taman dan jogging dibelakang mak cik atau pak cik di sana. Jangan terkejut, bila Pak cik atau Mak cik tu nak jadikan anda anak menantu mereka.

No comments: