Maksudnya:-
Maka setelah mereka melemparkan, Musa berkata: " Apakah
yang kamu lakukan itu , itulah sihir. Sesungguhnya Allah akan menampakkan
ketidakbenarannya. Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus
berlangsungnya pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan. "
# Dibaca sebelum tidur.
Amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari
perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak
mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri
anda dari sihir dan gangguan syaitan.
Pagar Pertama (1) – Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan
bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua
jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati
sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: “Barangsiapa yang memakan
tujuh biji tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun
atau sihir yang terkena pada hari itu”.(Riwayat al Bukhari.)
Pagar Kedua (2) – Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang
muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal
ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada
mereka.
Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini
mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun
dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada
bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai
walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini
kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’(Riwayat at Tabrani dengan sanad
yang baik.)
Pagar Ketiga (3) – Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan
seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa
terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk
mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. telah
bersabda; Ertinya: ‘ Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak
mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat
berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri
dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).
Pagar Keempat (4) – Mendirikan Solat Tahajjud untuk
memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh
memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan
telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi
yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah
diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan
tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya:
“Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”(Riwayat al Bukhari dan
Muslim).
Pagar Kelima (5) – Membaca doa perlindungan apabila masuk di
dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan.
Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk
menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam
sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki
tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah
dirasuk oleh syaitan.
Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan
membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya
Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan”.
Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung
dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.
Pagar Keenam (6) – Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum
memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
“Ya Allah. Aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan
yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan
keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku
ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan
sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.”(Riwayat Abu
Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).
Pagar Ketujuh (7) – Berwuduk sebelum tidur, membaca
ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan
telah berkata kepada Abu Hurairah: “Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi
sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.
Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah
tersebut sambil berkata: “Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu.”(Riwayat al Bukhari)
Sumber : share by Fauzi Shah FB
No comments:
Post a Comment