Tuesday, 10 April 2012
THE BEAUTY IS YOURS: Pati Delima Gulsan
THE BEAUTY IS YOURS: Pati Delima Gulsan: Pati Delima Gulsan dari Turkey - 100% Pati Jus Delima Tulen Kandungan : Natual Pomegranate Extract (Pati Buah Delima Asli) Asal Produk :...
THE BEAUTY IS YOURS: Pati Delima Gulsan
THE BEAUTY IS YOURS: Pati Delima Gulsan: Pati Delima Gulsan dari Turkey - 100% Pati Jus Delima Tulen Kandungan : Natual Pomegranate Extract (Pati Buah Delima Asli) Asal Produk :...
Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur
SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada
Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara
iaitu :
- Khatam Al Qur’an
- Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
- Membuatkan para muslim meredhai kamu
- Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4
perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia
seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para
nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat).
Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu).
Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia
seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
- MAFHUM DARI HADIS
*Bahaya Tidur Lampu Menyala*
Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko
mengidap leukemia. Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap
untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan
lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat
menghentikan penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA
dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi
tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin
penelitian tersebut mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu
selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan
penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali
ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun
didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang
meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia
diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu
lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak
pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana secara
normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah
menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang adalah para pekerja
shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah terhadap
melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka
para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna
merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di mana waktu
malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya dapat merehatkan
tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah fitrah kejadian manusia
di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan hamba-hambaNya kerana Dialah yang
menciptakan kita semua.....Maka nikmat TuhanMu yang mana engkau
dustakan...Wallahu'alam
Monday, 9 April 2012
No ideas what to share...
Assalammualaikum & slmt ptg...
Chewahhh, cm nk b'pidato plak aku nie haaa...Anyway, sblm blk saje la jari nie gatal nk update blog ksygn aku yg makin kureng kasih syg nie. Hahaha...
Sorry la xder ape yg spesel tuk korg tatap dlm entry nie pn...X mcm sesetgh blogger update interesting entry about their vacation, jalan sane, snap gmbr sane sini...For sure korg pn x ketinggalan tuk fllw their story. But for me, cte aku biase2 jerk.
Weekend pn byk abiskan masa kt rmh sendiri or yg plg menarik pn whether spend time with family husband or my family. Xde ape yg nk d share kan b'cuti ke sane ke mari. Perghhh, sadis giler kan? Cehhh, xder la sadis sgt...atleast we spend time with our lovers kan? Quality time x kire d mane sahaja janji kte enjoy!!!
Gmbr yg atas nie our weekend day at IOI Puchong...Adik aku dgn baik hati utk banje beli barang tuk Zarif...Eh tetibe aku pn dpt jgk 1 helai baju and 1 helai suar yg d sponser by my mom! Thanks both of you...Sgt terharu okeh! :)
Anyway, t'sesat 1 gmbr yg Zarif dok t'tonggeng tue sbb dia kan dh pandai meniarap...Skg start nk angkat2 bdn dia plak. Hihihi, cute sgt!
Okeh la nk sambung keje skit pastu nk lek. Kt luar cm nk ujan lebat je plak. Kena cepat nnt susah plak nk ambik Zarif. :(
Monday, 2 April 2012
UJI REFLEX BAYI ANDA
Walaupun bayi mempunyai kawalan terhad ke atas tubuh
badannya tetapi bayi semulajadinya telah dibekalkan dengan pelbagai refleks
untuk melindungi dirinya. Refleks ini adalah sebahagian daripada
perkembangannya dan akan hilang sedikit demi sedikit apabila badan bayi anda
tidak lagi memerlukannya. Jadi, sementara itu anda boleh melakukan aktiviti2
mudah ini untuk menguji releks bayi anda dan perkembangannya.
1. ‘Rooting Reflex’
--> Usap pipi bayi anda dengan jari dan anda akan lihat
bayi anda akan memalingkan kepala ke arah tangan anda, membuka mulut seluasnya
dan mula memuncungkan mulut gaya menghisap. Ini adalah refleks semulajadi bayi
yang boleh membantu ibu mengajar bayi untuk membuat lekapan sempurna pada
payudara. Refleks ini akan hilang sekitar usia 4 bulan.
2. ‘Moro/Startle Reflex’
--> Pegang bayi anda dalam keadaan tegak dengan tangan
anda menyokong lehernya. Kemudian dengan cepat tapi lembut, turunkan badannya
seperti mahu tidurkannya. Secara automatik tangannya akan ke atas, kakinya
sedikit terbuka dan kepalanya sedikit mendongak. Reflex ini akan hilang sekitar
usia 2 bulan.
3. ‘Grasp Reflex’
--> Usap tapak tangan bayi anda dan secara automatik bayi
anda akan menggenggam erat jari anda. Reflex ini adalah cara bayi anda membalas
sentuhan anda dan cubaannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin sentuhan dengan
anda. Reflex ini akan mula hilang sekitar usia 3 bulan.
4. ‘Tonic neck/Fencing Reflex’
--> Baringkan bayi anda, pusingkan kepala bayi dengan
lembut ke kanan. Secara automatik, tangan kanannya akan terkeluar ke arah
kepalanya dipusingkan dan tangan kirinya akan terangkat ke atas/kepalanya.
Begitu juga jika anda pusingkan ke sebelah kiri. Doktor tidak tahu apa tujuan reflex
ini tetapi dikatakan membantu bayi fokus kepada apa di depan matanya.
5. ‘Protective Reflex’
--> Sentuh lidah bayi anda dengan sudu kecil dan secara
automatik lidahnya akan menolak keluar sudu itu. Reflex ini adalah untuk
melindunginya tercekik dengan benda asing. Reflek ini hilang sekitar usia 4-6
bulan.
6. ‘Withdrawal Reflex’
--> Ketika bayi anda baring relaks, dekatkan muka anda
dengan mukanya. Secara automatik dia akan berpaling ke tepi. Reflex ini adalah
untuk melindungi dirinya dari sebarang objek yang datang. Reflex ini tidak akan
hilang sampai bila-bila.
Okay, dah abes bace! hehe ♥ ^_^ ♥
Sumber : lifefit.my
5 months..Zarif nk tumbuh gigi?
Assalammualaikum
Bulan April sudah tiba dalam kalendar 2012...pantas sungguh masa berlalu. Arinie Zarif sudah cukup 5 bln menandakan dia semakin membesar dan dgn itu semakin byk cukup perubahan pd dirinya sedikit demi sedikit.
Perubahan yg aku ingin kongsikan d sini..maybe dia nk tumbuh gigi kot! Sbbnya dia semakin kuat meragam 3 4 hari nie. Simptom2 dia meragam iaitu kuat menangis & kuat mengigit (spt geram yg tahap gaban). Nk d jadikan cte last weekend jariku ini telah m'jd mangsa geram Zarif. Sblm tue jari makteh & wan nyer.
W/pn xder gigi lg tp geramannya itu t'amat la sakit jgk ok. Klu korg x percaya korg tgk la gmbr kt bwh nie cmne dia geram yg t'amat sgt.
Smpi b'kerut2 dahi dia dok geramkan jari aku tue. Perghhh, sakit tue x yah ckp la kan. Kdg2 rase geli pn ade. Geli sbb b'laga2 dgn gusi dia tue. Anyway, hope kurang la meragam dia tue sbb smpi serak2 dh suara dia dok meneran mse menangis tue. Risau tue x yah ckp la kan. Hrmmm.
Mmg cmnie ker perubahan baby bile nk membesar? Tp mmg confirm hati ibu mane la nk tenang klu anak nangis jerk. Tdo pn x cukup. Lusa plak nk g klinik kena injection pas 5 bln. Jgn dia demam sbb injection tue sudah la. Last week bru baik drpd demam.
Be strong my lovely hensem boy!!!
Nie gmbr time g kenduri last weekend :)
G kenduri without my lovely hubs coz hubs mata dh rabak lek dr keje pepagi buta...Sian!
Subscribe to:
Comments (Atom)





