Daisypath Anniversary tickers

Friday, 28 December 2012

Sweet Chat

Again update blog? Again?
omg...pls jgn muntah darah plak baca blog aku yg dh 3 entry aku update arinie. Haha.
Blog aku, ape ko heran aku nk update bebyk time aku rajin nie. Time aku x rajin tgu la 2 mgu bru nk update.

Ok2, smlm dok b'borak dgn member ofis aku nie sbb aku kan skg meroyan crepe2 yg hot skg nie.
Alaaa x kan la korg pn x tau pasal durian crepe yg famous org post sane sini dlm FB. Semua nk menggugat keimanan aku tau!

Aritue dh penah mkn order melalui pengasuh aku. Beli 2 bungkus, licin ku kerjakan. Boleh laaa.
Pastu member aku sorg nie leh plak update pasal crepe2 kt status dia wt aku meroyan crepe blk. Tue yg t'buka cte pasal crepe dgn member aku nie haa. Dia plak ckp kt 1 tmpt dia ade org ckp durian crepa dia ohsem! 

Ofcoz la mak jemah yg dgr ohsem nie teruja cm org mengandung tgh mengidam kan! (Opsss, period pn dh x dtg2 lg nie...preggy ke?)

Tanpa b'lengah mse set deal kte org pi lunch arinie kt sane. Ofis pn dkt then lunch time lame so leh la lepak kt sane.


Tgk kt website dh t'pampang durian crepe tue ofcoz ler lg aku teruja nk pi TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Klu leh korg jgn la pi time lunch time kot sbb tmpt duduk kt sane mmg kedek! Skit sgt. Td kte org pn duk kt tmpt yg agak kureng selesa tp nk wt cmne durian crepe punye pasal redha jelah. 

Oh yer lg satu klu korg tue meroyan durian crepe cm aku nie jgk sila2 la call tuk reserve durian crepe tue. Td time mkn ade akak tue tanye pasal durian crepe tue alih2 dh abis. Hukhukhuk. Sian.

Selamat kte org dh abiskan durian crepe tue klu x melepas jgk ler. Klu x frust t'tonggeng aku klu x dpt merasa. Seriously mmg heaven bile durian crepe tue masuk lam mulut. 



WEEKDAY LUNCH SPECIALS
Super savers @ RM9.90 nett

 Nasi Kunyit with Curry Chicken

 Durian Pancake


 Chef Favourites @ RM13.90 nett

Baked Mac 'N' Cheese
+ Iced Peach Tea

Yg pic 1 & 3 tue my lunch treat, yg no 4 lunch treat member aku and no 2 tue kte org kongsi...Sweet x?
Sweet la sgtttttttttt (mata ke atas)...Biase la nk jimat kos kte org kongsi jelah. Mmg heaven pn mkn tue dgn harganya RM8.90 utk 3 pieces.

Next time boleh nk ajak hubby pi mkn kt cni bw Zarif yg chumel. Blh try mknn yg lain yg cm sedap2 jgk la. 

So ape kata korg try jgk pastu share kt aku menu mane yg sedap. Sonang den terus yo pilih menu tue next time.   ;)

 K.A.M.I

Cino la sgt...

Saje nk selitkan sat entry nie sbb





Baju tue atuk kesayangan dia belikan mse dorg pi coti2 M'sia kek Shanghai. Comel kan? Tp bru pakai kejap kualiti x bgs dh b'bulu2.

Yeaah2, I know korg nk ckp anak aku  nie cm Cino kan? Nk kata papanya putih sgt pn xde la pn tp mmg anak ksygn kte org nie putih, nk buek cmno? Bkn den pi colopkan kek dlm clorox pn. Huhu.

Smlm pn pengasuh cte yg anak dia ckp "Nape putra xde lgsg cm cik leeya ek?"
Ofcoz la yunk, Zarif tue anak laki ekot papa eh yg hensem n ohsem tue. 
Klu ikut mama nya kang gojes plak kan. (Ok sila muntah hijau skg)

 Sila zoom utk tgk mulutnya yg muncung tue

~ End ~

Ada apa pada NAMA?

Jumaat terakhir 2012, sungguh cepat masa berlalu. 
Rase cm bru bln lepas jer melahirkan Putra Zarif Azeem. 
Tanpa kte sedar pasang surut suka duka 2012 telah kte tempuhi. Moga semuanya dijadikan pengajaran, sempadan, panduan utk diperbaiki pd tahun 2013 kelak.

Ok, back to track about the entry...ada apa pada nama? 
Kbtln pg td smbl2 b'siap g keje sempat la dpt Tanyalah Ustaz yg b'tajuk Ada Apa Pada Nama? 
Korg dlu2 smpi skg pn mesti ada nama panggilan yg org/family berikan btl x? Nama dh cukup indah dgn erti yg baik x pasal dpt panggilan yg len n pelik drpd nama kte sendiri. Cer korg refresh blk panggilan2 yg korg penah dpt n mgkn till now org still labelkan nama tue tok korg.

Cm nama yg biase kte dgr utk org yg b'saiz XXXL nie mesti nama dia BOB. Majority nye la yg aku kenal mesti nama BOB klu bdn dorg nie agak besar skit padahal nama xde connection lgsg dgn BOB tue. Hihihi.

" Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. 

Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat : 11)

Ayat ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yg bernama Thabit Ibnu Qais Ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yg pekak dan tuli. 

Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah2 agama yg diadakan oleh Rasulullah S.A.W. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yg lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dgn Rasulullah S.A.W supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dgn lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yag biasa didudukinya telah diambil oleh org lain. Beliau pn melangkah demi selangkah utk sampai ke hadapan.

Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh org ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam majid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, "Lapangkanlah, lapangkahlah, berilah aku ruang."

Tidak diendahkan.

Walau begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh org ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudia beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya:

"Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ."

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, "Siapa kamu ini?"

Jawab lelaki itu, "Si anu anak kepada si anu." Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dgn panggilan yg memalukan di zaman jahiliah.

"Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?"

Apabila mendegar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya. 

Selepas itu maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah Al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang lelaki yg mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Org ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dgn nama gelaran yg ketiga. lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dgn itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah S.A.W lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yg tidak elok.

Pengajarannya, "Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yg tidak disukai olehnya."

Aku pun ada nama panggilan yg aku x suka suatu ketika dulu sbb bg aku cm old skull giler tp now aku dh ok jer dgn nama panggilan tue. Actually nama panggilan tue panggilan yg biase d panggil dlm sesetengah keluarga nie.

Mungkin dlu aku x suke coz aku x penah org lain ade nama panggilan tue mse aku kt Sarawak dlu. Smpikan penah aku warning kt adik aku jgn panggil aku dgn panggilan tue sbb aku malu dpn kwn2 aku. Huhu.

Ape panggilan yg aku rase old skull sgt tue? KAK NDAK. Sbb aku  nie anak yg ke6 so dpt la panggilan Kak Ndak utk anak yg ke6. Tp ade je org main2 kan panggilan tue jd Landak. Tak nyirap korg rase klu main panggilan cmtue? Huhuhu.

Friday, 21 December 2012

20 PERKARA YG BERUBAH SLPS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama " Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur" ...Betulkan?

Dan yg pasti, slps mempunyai anak, byk yg akan berubah dlm hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab lebih besar perlu digalas. Tetapi apabile seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya byk perkara yg menarik akan berlaku iaitu

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yg boyot
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yg menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bgn seawal 4 pagi
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dgn cara yg baru
  5. Jika anak kita sakit, kita yg akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yg sakit
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pd malam Jumaat  ;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri
  9. Kita tidak lagi jijik dgn najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita
  11. Kita lebih rela meluangkan masa utk peluk dan cium anak kita, w/pn kita tahu kita akan sampai lewat ke tmpt kerja
  12. Kita mula menyedari yg kita punyai kuasa yg hebat bila dapat menenangkan anak kita yg sedang menangis
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh
  14. Kita akan rasakan yg mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yg besar, malah kita amat sukanya
  15. Apabile kita melihat ada ibu bapa yg sedang memegang anak mereka yg sdg menangis, kita akan faham situasi mereka
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita w/pn ianya dlm masa yg singkat
  17. Akhirnya, kita akan mula b'tegur sapa dgn jiran sblh slps mempunyai anak
  18. Kita akan dapati perkara-perkara yg dulunya kita anggap penting kini tidak lg selepas adanya anak
  19. Kita sedar yg sebenernya tidak sukar utk menyayangi anak kita  yg pd mulanya kita anggap dia org asing
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yg penuh dgn kejutan!
**sumber : Media Santai 

Bertanya tidak kena tempatnya


Tuesday, 18 December 2012

2nd Anniversary


Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu dan arinie adalah 2nd anniversary perkahwinan kami. Syukur pd Allah krn Allah setia membajakan cinta utk tetap & kian mekar dlm hati kami utk terus saling menyintai. 

1st anniversary tgh berpantang anak pertama, 2nd anniversary berjauhan sbb keje plak, 3rd anniversary nnt celebrate kt Paris muleh? Hahaha, itu la status FB aku pg td...suka dan duka. Suka sbb anniversary tp duka sbb x dpt celebrate pn.

Xpe la, sbg isteri aku kena memahami suami kena b'keje mencari rezeki. Nnt2 pn leh celebrate. Janji dia ingat tarikh anniversary kte org nie. Alhamdulillah.

K tue jer. Bai.

Heart melted seeing him with a mischievous smile

Assalammualaikum

Heart melted seeing him with a mischievous smile

Mama & papa syg Zarif ketat2!

Ini budaklah penghibur hati. Bile bangun je klu dia cukup tdo dia akan bgn dgn penuh senyuman tp klu dia x cukup tdo dia bangun dgn bunyi tangisan yg mendayu2 tp manja!

Mmg setiap hari geram je tgk keletah dia yg semakin hari semakin nakal. Manja pn x ketinggalan jgk yer. Kdg2 tue tahap x larat dh nk mengejar dia ke sane sini padahal mainan dh byk dpn mata tp benda lain jgk yg dia nk kacau okeh. Plg best suke main kt tangga.

I loike to see him when back from office. Nmpk sgt dia cm rindu giler2 kt mama dia yg chumel nie. Hua hua hua. Sempat plak nk pinjam diri sendiri. Tp mmg bile dia nmpk je mama dia dpn pintu rmh pengasuh tue dia pasti berikan senyuman nakal dia pastu terus dtg nk b'manje dgn aku. Maunye hati nie x cair tiap2 ari. Dh cm org b'cinta setiap kali jumpe b'munge2 dlm hati. Bak kata org dlm hati ade taman la. 

Alhamdulillah, sgt bahagia & gembira melihat dia membesar dgn baik. Skg pun dh semakin kuat mkn. The best part is aritue selamba jerk mkn nasi goreng yg mak aku ade letak cili padi. Mmg anak den anak nogori la leh mkn podeh!!!

Bgs la kan klu mkn x memilih cm mama dia nie haa. Kuikuikui. 

K dah abis cte. Bai.

Friday, 7 December 2012

Hati ini sedih...

Sorry terlalu lame sgt x update blog nie! 

Mood hati arinie sedih! Sedih sgt!
Dlm sedih nie plak la aku dlm keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan selama seminggu!

Ya Allah, sememangnya Dialah tempat mengadu krn Dia lebih mengetahui apa yg berlaku & ape yg aku rase!
No..No..No bkn sekadar aku saje rase tp ermmm nevermind.

Agak lame kan aku x b'cte al kisah kehidupan my lovely mom with HIM & HER! Sape yg mengikuti blog nie akan tau ape yg aku ckpkan. 

Sedihkan bile ade org ketiga dlm hidup kte? Redha? Yer kte manusia biase yg sememangnya lemah...mungkin redha di mulut sahaja tp di hati tidak kuat mane. Perlu ke org ke3? 

Sbb nafsu? 
Sbb kurang perhatian? 
Sbb kurang kasih sayang?

Then what? Helloooo seriously I can't take it. Mmg jodoh kte nie pn x tau la lame mane b'tahan or smpi akhir hayat ke hubungan hanya kta berdua tue or akan wujud org ke3? Andai kata la t'jd pd aku Ya Allah mmg aku lemah utk hadapinya. 

Ini pun aku dh cukup lemah hadapi ape yg ibu aku harungi. Aku turut merasai dan aku turut terkena tempiasnya. Sakit hati? Perit? Pahit? Kami telan semuanya utk menjaga hati. 

Yer utk menjaga hati HIM & HER! Then who gonna jaga hati kte org plak? HIM? Seriously NOPE! Na'ahhh.

But till when? Smpi bile kami yg perlu jd org bodoh pekakkan telinga, bisukan mulut utk biarkan semua nie? Kami pn berhak utk gembira & bahagia. Not only both of you!!! 

Klu without HER pn that HIM keep talking about HER in front us. Nk puji itu la, nk puji inilah. Nk ckp dia wt tue la wt nie la. Semua benda mesti ade jelah nk kaitkan dgn nama dia. Come on la klu setakat nk pancing hati kte org dgn cmtue mmg lagi MELUAT, lagi BENCI hati kami nie tau x! Ko faham x? 

Klu dh ade dpn mata pn ofcoz perhatian, layanan HIM to HER obviously different to my mom! Klu dgn tue ckp elok2 lembut. Klu dgn my mom slh skit ade la mencarut, ade la maki hamun. Klu x plg x sakit perli. Yelah my mom sekolah smpi darjah 6 je ape la dia tau sgt. Ko senanglah perbodoh-bodohkan dia. 

But u never know, balasan Allah tue CASH! If not tunggu la kt sane nnt mse perhitungan. Jgn b'lagak dh cukup amal dgn solat ko tue dh kire cukup baik. Tp cube tanye diri tue dh CUKUP ADIL ker? Org nk 2 3 4 ko pun nk juga kononnya mampu!

MAMPU KE NAFKAH ZAHIR DAN BATIN??? MAMPU??? 

Yg zahir confirm2 nya dpn mata anak2 pn dh tau ko x mampu sbb ko lebihkan yg sane je. Batin? Huhhh, ntah la. Tp batin dr segi jaga & hormat perasaan & hak ibu ade ko wt? FAILED! Totaly FAILED. 

Tp mslhnyer smpi skg ko x sedar2 lagi. Ko ingat ko dh cukup baik n bagus melaksanakan tggjwb ko tue. Nk kata bodoh belajar pandai smpi Master tp nk bezakan semua nie pn ko masih BUTA? 

Buta dgn cinta dia. 
Buta dgn kemanjaan dia. 
Buta dgn kasih syg dia. 
Buta dgn pujuk rayu dia.
Buta dgn duit dia.

Selama bertahun ko dgn ibu tue dgn sekelip mata ko padamkan daripada hidup ko ker? Pengorbanan dia? Kasih sayang dia? Cinta dia? 

Aku mmg doa sgt2 supaya ko dpt bezakan mana permata mana berlian. Hargailah dia selagi dia ade krn semestinya ko pasti menyesal jika dia tiada nnt. Aku akan pastikan ko menyesal!!!