Daisypath Anniversary tickers

Friday, 28 December 2012

Sweet Chat

Again update blog? Again?
omg...pls jgn muntah darah plak baca blog aku yg dh 3 entry aku update arinie. Haha.
Blog aku, ape ko heran aku nk update bebyk time aku rajin nie. Time aku x rajin tgu la 2 mgu bru nk update.

Ok2, smlm dok b'borak dgn member ofis aku nie sbb aku kan skg meroyan crepe2 yg hot skg nie.
Alaaa x kan la korg pn x tau pasal durian crepe yg famous org post sane sini dlm FB. Semua nk menggugat keimanan aku tau!

Aritue dh penah mkn order melalui pengasuh aku. Beli 2 bungkus, licin ku kerjakan. Boleh laaa.
Pastu member aku sorg nie leh plak update pasal crepe2 kt status dia wt aku meroyan crepe blk. Tue yg t'buka cte pasal crepe dgn member aku nie haa. Dia plak ckp kt 1 tmpt dia ade org ckp durian crepa dia ohsem! 

Ofcoz la mak jemah yg dgr ohsem nie teruja cm org mengandung tgh mengidam kan! (Opsss, period pn dh x dtg2 lg nie...preggy ke?)

Tanpa b'lengah mse set deal kte org pi lunch arinie kt sane. Ofis pn dkt then lunch time lame so leh la lepak kt sane.


Tgk kt website dh t'pampang durian crepe tue ofcoz ler lg aku teruja nk pi TAPIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

Klu leh korg jgn la pi time lunch time kot sbb tmpt duduk kt sane mmg kedek! Skit sgt. Td kte org pn duk kt tmpt yg agak kureng selesa tp nk wt cmne durian crepe punye pasal redha jelah. 

Oh yer lg satu klu korg tue meroyan durian crepe cm aku nie jgk sila2 la call tuk reserve durian crepe tue. Td time mkn ade akak tue tanye pasal durian crepe tue alih2 dh abis. Hukhukhuk. Sian.

Selamat kte org dh abiskan durian crepe tue klu x melepas jgk ler. Klu x frust t'tonggeng aku klu x dpt merasa. Seriously mmg heaven bile durian crepe tue masuk lam mulut. 



WEEKDAY LUNCH SPECIALS
Super savers @ RM9.90 nett

 Nasi Kunyit with Curry Chicken

 Durian Pancake


 Chef Favourites @ RM13.90 nett

Baked Mac 'N' Cheese
+ Iced Peach Tea

Yg pic 1 & 3 tue my lunch treat, yg no 4 lunch treat member aku and no 2 tue kte org kongsi...Sweet x?
Sweet la sgtttttttttt (mata ke atas)...Biase la nk jimat kos kte org kongsi jelah. Mmg heaven pn mkn tue dgn harganya RM8.90 utk 3 pieces.

Next time boleh nk ajak hubby pi mkn kt cni bw Zarif yg chumel. Blh try mknn yg lain yg cm sedap2 jgk la. 

So ape kata korg try jgk pastu share kt aku menu mane yg sedap. Sonang den terus yo pilih menu tue next time.   ;)

 K.A.M.I

Cino la sgt...

Saje nk selitkan sat entry nie sbb





Baju tue atuk kesayangan dia belikan mse dorg pi coti2 M'sia kek Shanghai. Comel kan? Tp bru pakai kejap kualiti x bgs dh b'bulu2.

Yeaah2, I know korg nk ckp anak aku  nie cm Cino kan? Nk kata papanya putih sgt pn xde la pn tp mmg anak ksygn kte org nie putih, nk buek cmno? Bkn den pi colopkan kek dlm clorox pn. Huhu.

Smlm pn pengasuh cte yg anak dia ckp "Nape putra xde lgsg cm cik leeya ek?"
Ofcoz la yunk, Zarif tue anak laki ekot papa eh yg hensem n ohsem tue. 
Klu ikut mama nya kang gojes plak kan. (Ok sila muntah hijau skg)

 Sila zoom utk tgk mulutnya yg muncung tue

~ End ~

Ada apa pada NAMA?

Jumaat terakhir 2012, sungguh cepat masa berlalu. 
Rase cm bru bln lepas jer melahirkan Putra Zarif Azeem. 
Tanpa kte sedar pasang surut suka duka 2012 telah kte tempuhi. Moga semuanya dijadikan pengajaran, sempadan, panduan utk diperbaiki pd tahun 2013 kelak.

Ok, back to track about the entry...ada apa pada nama? 
Kbtln pg td smbl2 b'siap g keje sempat la dpt Tanyalah Ustaz yg b'tajuk Ada Apa Pada Nama? 
Korg dlu2 smpi skg pn mesti ada nama panggilan yg org/family berikan btl x? Nama dh cukup indah dgn erti yg baik x pasal dpt panggilan yg len n pelik drpd nama kte sendiri. Cer korg refresh blk panggilan2 yg korg penah dpt n mgkn till now org still labelkan nama tue tok korg.

Cm nama yg biase kte dgr utk org yg b'saiz XXXL nie mesti nama dia BOB. Majority nye la yg aku kenal mesti nama BOB klu bdn dorg nie agak besar skit padahal nama xde connection lgsg dgn BOB tue. Hihihi.

" Hai orang-orang yang beriman. Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. 

Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat : 11)

Ayat ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah S.A.W yg bernama Thabit Ibnu Qais Ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yg pekak dan tuli. 

Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah2 agama yg diadakan oleh Rasulullah S.A.W. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yg lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dgn Rasulullah S.A.W supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dgn lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yag biasa didudukinya telah diambil oleh org lain. Beliau pn melangkah demi selangkah utk sampai ke hadapan.

Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh org ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam majid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, "Lapangkanlah, lapangkahlah, berilah aku ruang."

Tidak diendahkan.

Walau begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh org ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudia beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya:

"Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ."

Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, "Siapa kamu ini?"

Jawab lelaki itu, "Si anu anak kepada si anu." Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dgn panggilan yg memalukan di zaman jahiliah.

"Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?"

Apabila mendegar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya. 

Selepas itu maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah Al-Hujurat.

Menurut sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah S.A.W ada seorang lelaki yg mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Org ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dgn nama gelaran yg ketiga. lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.

Sehubungan dgn itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah S.A.W lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yg tidak elok.

Pengajarannya, "Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yg tidak disukai olehnya."

Aku pun ada nama panggilan yg aku x suka suatu ketika dulu sbb bg aku cm old skull giler tp now aku dh ok jer dgn nama panggilan tue. Actually nama panggilan tue panggilan yg biase d panggil dlm sesetengah keluarga nie.

Mungkin dlu aku x suke coz aku x penah org lain ade nama panggilan tue mse aku kt Sarawak dlu. Smpikan penah aku warning kt adik aku jgn panggil aku dgn panggilan tue sbb aku malu dpn kwn2 aku. Huhu.

Ape panggilan yg aku rase old skull sgt tue? KAK NDAK. Sbb aku  nie anak yg ke6 so dpt la panggilan Kak Ndak utk anak yg ke6. Tp ade je org main2 kan panggilan tue jd Landak. Tak nyirap korg rase klu main panggilan cmtue? Huhuhu.

Friday, 21 December 2012

20 PERKARA YG BERUBAH SLPS ANDA MEMPUNYAI ANAK!




Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama " Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur" ...Betulkan?

Dan yg pasti, slps mempunyai anak, byk yg akan berubah dlm hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab lebih besar perlu digalas. Tetapi apabile seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya byk perkara yg menarik akan berlaku iaitu

  1. Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar
  2. Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yg boyot
  3. Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yg menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bgn seawal 4 pagi
  4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dgn cara yg baru
  5. Jika anak kita sakit, kita yg akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yg sakit
  6. Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pd malam Jumaat  ;-)
  7. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak
  8. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri
  9. Kita tidak lagi jijik dgn najis bayi, sebaliknya kita akan happy bila anak kita poo-poo!
  10. Kita akan lebih menghargai diri kita
  11. Kita lebih rela meluangkan masa utk peluk dan cium anak kita, w/pn kita tahu kita akan sampai lewat ke tmpt kerja
  12. Kita mula menyedari yg kita punyai kuasa yg hebat bila dapat menenangkan anak kita yg sedang menangis
  13. Kita akan sentiasa mengira gigi anak yg baru tumbuh
  14. Kita akan rasakan yg mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yg besar, malah kita amat sukanya
  15. Apabile kita melihat ada ibu bapa yg sedang memegang anak mereka yg sdg menangis, kita akan faham situasi mereka
  16. Kita akan menghargai masa mandi kita w/pn ianya dlm masa yg singkat
  17. Akhirnya, kita akan mula b'tegur sapa dgn jiran sblh slps mempunyai anak
  18. Kita akan dapati perkara-perkara yg dulunya kita anggap penting kini tidak lg selepas adanya anak
  19. Kita sedar yg sebenernya tidak sukar utk menyayangi anak kita  yg pd mulanya kita anggap dia org asing
  20. Setiap hari kita adalah sesuatu yg penuh dgn kejutan!
**sumber : Media Santai 

Bertanya tidak kena tempatnya


Tuesday, 18 December 2012

2nd Anniversary


Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu dan arinie adalah 2nd anniversary perkahwinan kami. Syukur pd Allah krn Allah setia membajakan cinta utk tetap & kian mekar dlm hati kami utk terus saling menyintai. 

1st anniversary tgh berpantang anak pertama, 2nd anniversary berjauhan sbb keje plak, 3rd anniversary nnt celebrate kt Paris muleh? Hahaha, itu la status FB aku pg td...suka dan duka. Suka sbb anniversary tp duka sbb x dpt celebrate pn.

Xpe la, sbg isteri aku kena memahami suami kena b'keje mencari rezeki. Nnt2 pn leh celebrate. Janji dia ingat tarikh anniversary kte org nie. Alhamdulillah.

K tue jer. Bai.

Heart melted seeing him with a mischievous smile

Assalammualaikum

Heart melted seeing him with a mischievous smile

Mama & papa syg Zarif ketat2!

Ini budaklah penghibur hati. Bile bangun je klu dia cukup tdo dia akan bgn dgn penuh senyuman tp klu dia x cukup tdo dia bangun dgn bunyi tangisan yg mendayu2 tp manja!

Mmg setiap hari geram je tgk keletah dia yg semakin hari semakin nakal. Manja pn x ketinggalan jgk yer. Kdg2 tue tahap x larat dh nk mengejar dia ke sane sini padahal mainan dh byk dpn mata tp benda lain jgk yg dia nk kacau okeh. Plg best suke main kt tangga.

I loike to see him when back from office. Nmpk sgt dia cm rindu giler2 kt mama dia yg chumel nie. Hua hua hua. Sempat plak nk pinjam diri sendiri. Tp mmg bile dia nmpk je mama dia dpn pintu rmh pengasuh tue dia pasti berikan senyuman nakal dia pastu terus dtg nk b'manje dgn aku. Maunye hati nie x cair tiap2 ari. Dh cm org b'cinta setiap kali jumpe b'munge2 dlm hati. Bak kata org dlm hati ade taman la. 

Alhamdulillah, sgt bahagia & gembira melihat dia membesar dgn baik. Skg pun dh semakin kuat mkn. The best part is aritue selamba jerk mkn nasi goreng yg mak aku ade letak cili padi. Mmg anak den anak nogori la leh mkn podeh!!!

Bgs la kan klu mkn x memilih cm mama dia nie haa. Kuikuikui. 

K dah abis cte. Bai.

Friday, 7 December 2012

Hati ini sedih...

Sorry terlalu lame sgt x update blog nie! 

Mood hati arinie sedih! Sedih sgt!
Dlm sedih nie plak la aku dlm keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan selama seminggu!

Ya Allah, sememangnya Dialah tempat mengadu krn Dia lebih mengetahui apa yg berlaku & ape yg aku rase!
No..No..No bkn sekadar aku saje rase tp ermmm nevermind.

Agak lame kan aku x b'cte al kisah kehidupan my lovely mom with HIM & HER! Sape yg mengikuti blog nie akan tau ape yg aku ckpkan. 

Sedihkan bile ade org ketiga dlm hidup kte? Redha? Yer kte manusia biase yg sememangnya lemah...mungkin redha di mulut sahaja tp di hati tidak kuat mane. Perlu ke org ke3? 

Sbb nafsu? 
Sbb kurang perhatian? 
Sbb kurang kasih sayang?

Then what? Helloooo seriously I can't take it. Mmg jodoh kte nie pn x tau la lame mane b'tahan or smpi akhir hayat ke hubungan hanya kta berdua tue or akan wujud org ke3? Andai kata la t'jd pd aku Ya Allah mmg aku lemah utk hadapinya. 

Ini pun aku dh cukup lemah hadapi ape yg ibu aku harungi. Aku turut merasai dan aku turut terkena tempiasnya. Sakit hati? Perit? Pahit? Kami telan semuanya utk menjaga hati. 

Yer utk menjaga hati HIM & HER! Then who gonna jaga hati kte org plak? HIM? Seriously NOPE! Na'ahhh.

But till when? Smpi bile kami yg perlu jd org bodoh pekakkan telinga, bisukan mulut utk biarkan semua nie? Kami pn berhak utk gembira & bahagia. Not only both of you!!! 

Klu without HER pn that HIM keep talking about HER in front us. Nk puji itu la, nk puji inilah. Nk ckp dia wt tue la wt nie la. Semua benda mesti ade jelah nk kaitkan dgn nama dia. Come on la klu setakat nk pancing hati kte org dgn cmtue mmg lagi MELUAT, lagi BENCI hati kami nie tau x! Ko faham x? 

Klu dh ade dpn mata pn ofcoz perhatian, layanan HIM to HER obviously different to my mom! Klu dgn tue ckp elok2 lembut. Klu dgn my mom slh skit ade la mencarut, ade la maki hamun. Klu x plg x sakit perli. Yelah my mom sekolah smpi darjah 6 je ape la dia tau sgt. Ko senanglah perbodoh-bodohkan dia. 

But u never know, balasan Allah tue CASH! If not tunggu la kt sane nnt mse perhitungan. Jgn b'lagak dh cukup amal dgn solat ko tue dh kire cukup baik. Tp cube tanye diri tue dh CUKUP ADIL ker? Org nk 2 3 4 ko pun nk juga kononnya mampu!

MAMPU KE NAFKAH ZAHIR DAN BATIN??? MAMPU??? 

Yg zahir confirm2 nya dpn mata anak2 pn dh tau ko x mampu sbb ko lebihkan yg sane je. Batin? Huhhh, ntah la. Tp batin dr segi jaga & hormat perasaan & hak ibu ade ko wt? FAILED! Totaly FAILED. 

Tp mslhnyer smpi skg ko x sedar2 lagi. Ko ingat ko dh cukup baik n bagus melaksanakan tggjwb ko tue. Nk kata bodoh belajar pandai smpi Master tp nk bezakan semua nie pn ko masih BUTA? 

Buta dgn cinta dia. 
Buta dgn kemanjaan dia. 
Buta dgn kasih syg dia. 
Buta dgn pujuk rayu dia.
Buta dgn duit dia.

Selama bertahun ko dgn ibu tue dgn sekelip mata ko padamkan daripada hidup ko ker? Pengorbanan dia? Kasih sayang dia? Cinta dia? 

Aku mmg doa sgt2 supaya ko dpt bezakan mana permata mana berlian. Hargailah dia selagi dia ade krn semestinya ko pasti menyesal jika dia tiada nnt. Aku akan pastikan ko menyesal!!!

Wednesday, 14 November 2012

Cerita situ sana sini

Assalammualaikum

Makin hari makin malas aku nk update blog nie (sian blog kesayangan sudah d anaktirikan). Kuikuikui. Nk wt cmne kan life pn dh makin b'tmbh dgn aktiviti part time business plak. Itu pn x nyempat2 jgk aku update blog business tue pn. Hapdate kt page FB sudah!

Ok x yah cte pasal benda tue sbb skg nie just nk share few cte n gmbr yg aku wt slps last aku update blog nie aritue. Mse besday my hubby on 1st November and my son on 2nd November tue pi mkn2 mlm kt Old Klang Road Kopitiam kt Giant Kinrara tue je. Pastu tapau subway, settle.

So thn nie xder thn romantis2 gamaknye tuk candle light dinner...hahaha. Xpe la, atleast aku ingat jgk besday yg aku syg kan drpd lgsg x ingat, sentap wooo!

 Hubby & my son


On 3rd November plak rombongan kami ke Lenggeng tuk adik ipar aku b'tunang. Gmbr ade aku snap tp dlm memory card camera, sorry lupe bw sbb x budget pn nk update blog nie. 

Yg best nye bakal biras aku nie punye rmh d kelilingi buah-buahan tempatan...durian, langsat, rambutan, manggis! Giler x best? Free2 je leh mkn tue x yah ssh2 nk beli. Siap aku pesan kt adik ipar aku tue nnt bile musim buah nnt borong la bw lek leh aku rase. Hahaha.

Mlm 3rd  November tue aku lepak rmh mak mentua je sbb my hubby g annual dinner. Sbb penat dgn aktiviti dr 2hb tue so tdo awal tuk bdn kasi segar skit sblm nk naik genting. 

Esoknya on 4th November pi naik Genting together with my MIL & SIL sbb attend dinner SNE (yg part time business aku tue). Dorg yo2 ler perabih duit byr org makeup tp aku makeup sendiri yolah. Makeup cincai boncai. 


Siap makeup sudah jom b'gmbr dgn si buah hati yg comel nie. Time nie pi bilik dorg yg makeup2 nie la. Yelah yg tukang makeup sorg tp nk makeup 5 org..huhu. Nasib baik x join makeup sekali mau makeup cincai boncai gamaknye. 







Itulah sebahagian gmbr yg aku nk share kt korg mse aku attend dinner tue. Nk tempek semua gmbr kang mau muntah darah plak korg nnt. Oh yer, nie ade gmbr poyo aku....saje kan bosan so mule la dtg giler2 aku nk b'gmbr poyo!

Ko hade? Hahaha

Ini plak gmbr ADIRA yg d snap oleh hubby

Adira mengamalkan produk SNE. Ingatkan dia yg jd dutanye tp org lain plak tp still x announce lg la cume ade ura2 jelah someone nie but artis jgk. Huhuhu.

Blk penat2 drpd dinner konon b'angan nk terus tdo tp last2 aku x dpt tdo pn dok t'garu sane t'garu sini. Agaknye kul 2 or 3 bru t'tdo. Esok pg tue bgn pi bekpes pastu lek bilik packing2 brg terus check out. Dh check out kte org terus pi jenjalan.

Dh ade anak nie just masuk indoor theme park jelah pn. Ikutkan hati melonjak nk masuk outdoor theme park je tp sapo nk jage anak aku? So lu pikirlah sendiri. Itu pn nasib baik x masuk outdoor sbb x lame tue hujan. 








TAMAT


Thursday, 1 November 2012

Bersihkan sawang

Assalammualaikum

Sane b'sawang, sini b'sawang dh blog nie! Padahal ade je menjenguk blog nie tp nk update nye tue kemalasan menguasai diri. Kuikuikui.

Lgpn skg bz laa, dlu ade jgk mse nk update klu kt rmh. Nie kdg2 nk on9 pn kejap je dpt tue pn jenguk2 FB jap memandangkan buah hati pengarang jantung aku sorg tue makin besar makin manje. Dgn papa nye kdg2 la nk, kdg2 nk dtg mengada dia tue mule la meraung2 nk aku jgk.

Cte pasal buah hati pengarang jantung tue...buah hati pengarang jantung yg lg sorg tue x lupe jgk. Dua kali lima manja n ngade2 nye. Hohoho. Klu dh dua2 nk manje n ngade2 yg mama nie nk manje n ngade dgn sape plak? X leh jd nie...

Anyway, today my hubby besday on 1st November 2012. Yg lawak cte nye thn nie aku lupe nk wish besday kt dia. Mmg wife yg terbaek la. on 31st October tue mmg aku dh ingat dh esok besday dia tp memandangkan tdo awal x tgu pukul 12 pn so bgn pagi dh sibuk wt bubur Zarif n bekpes. 

Pepagi mmg org x leh nk kacau la sbb dh rushing nk b'siap g keje lg pastu hntr Zarif kt rmh pengasuh lg. Tue pn pg td dh lmbt jgk la pi keje. Tue yg smpi g keje tue pn lupe n x ingat lgsg nk wish. Dlm kete otw pi keje bru t'ingat. Terus whatsapp hubby wish besday. Sempoi giler thn nie punye wish.

Jgn marah and sentap dgn syg yer abg, maaf sgt2 sbb t'lupe. Byk sgt benda nk pikir gamaknye. 

So decide tuk dinner together kt luar mlm nie sbb kbtln kt rmh pn dh xder lauk yg aku restock tuk mgu nie. Alasan x nk masak sbnrnyer sbb kemalasan sesgt. (Sian abg kan b'isterikan wife yg pemalas nk masak...sorry! but u have to accept seadanya isteri mu ini).

Tomorrow plak besday our son Putra Zarif Azeem. Yeayyy, so senang cte celebrate sekali dgn besday papa yer syg. Tue la anak mama nie aritue mama papa dh tanye nk kuar 1 November or 11 November? Alih2 anak mama pilih 2 November plak. Ok la tue, gabung besday dgn papa la jimat kos yer.   :)

**Esok check up Zarif, x tau la brp berat dia...Risau sgt!  :(

Friday, 12 October 2012

Sayang Anak Timang-Timangkan



Read this! Important Info!

Pesakit terakhir yang kami ‘tidurkan’ ialah bayi berusia 4 bulan.

Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

 


SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

  • Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
  • Jangan memegang bayi anda ketika marah.
  • Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
  • Minta bantuan orang lain.
  • Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


RUJUKAN

www.medicinenet.com/shaken_baby_syndrome/page2.htm
www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/000004.htm
www.dontshake.org
en.wikipedia.org/wiki/Shaken_baby_syndrome

Dr.Muna
UMMUSAIF.COM
68000, Ampang
 

Period pain

Ouchhh, so sakit jgk period pain nie selepas hampir 2 tahun x dtg period. For the 1st time aku merasai kesakitan ini. Seriously spjg aku dtg period drpd umur 15thn till the last aku period sblm preggy aku x penah period pain.

Tak percaya? Tp percayalah ok. Smpi aku pelik n nk tau jgk cmne period pain nie? Sbb ade je kengkawan or sedara aku yg teruk period pain. Kazen aku klu period pain smpi demam n x larat nk bgn la gamaknyer.

Period pain or senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid. Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur) dan saluran falopio dan pundi kencing.

Dalam bahaga Inggeris, sengugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer iaitu yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut sekunder plak disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yg biasanya berlaku di kalangan wanita yg lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

a. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oelh 5 -15% wanita yg mempunyai haid
b. Cyst Ovari dan tumor
c. Fibroid (kebengkak pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yg banyak
d. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
e. Kongenital (contoh : rahim bicornuate, rahim subsepta)
f. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita

Oh yer, cte pasal period nie kan penah x korg wt benda nie mse dlu time2 sekolah? Org sll ckp minum air cola bgs mse period supaya darah period tue kuar byk. But bile nk mse alam dewasa bru la tau sbnrnye t'sgt la x elok minum air cola time period. Tp aku x brp ingat fakta b'kenan benda tue. Hihihi, sorry!

**Lunch nnt nk plan g IOI sbb dh lame giler kot tp pi melepak kt sane time lunch...Jom cuci mata & cuci wallet!

Friday, 5 October 2012

Tetibe...

Assalammualaikum dan bismillihirahamirrahim...

Here am I to update my lovely blog. Korg rase x ape yg aku rase? Ofcoz la korg  x rase ape yg aku rase dh bdn aku bkn bdn korg. Hahaha.

Ok2...tetibe rase cm nk pregnant lg kot! Pappppp, pehal aku nie kan tetibe rase rindu saat nk preggy padahal Zarif pn 11 bln nk masuk 12 bulan. Wowww, dh nk masuk setahun dh anak mama...cepatnye mase b'lalu.

Windu saat2 preggy sbb rase d manje n rase cm d lebih2kan. Yelah, klu kena beratur nk ambik mknn ker ape ker mesti d dahulukan memandangkan tgh memboyot bw perut. X ker best sbb dpt layanan 1st class cmtue? 

Pastu windu sgt bile time baby dh start gerak2 dlm perut. What amazing moment time tue, seriously x leh nk describe. Smpi skg aku dok bygkan Zarif dok gerak2 tendang mse dia dlm perut aku. Part plg sweet sgt bile hubby n aku borak dgn dia sambil usap2 perut aku.

But memandangkan aku nie bersalin caesar mmg x disarankan tuk kelahiran yg seterusnya dlm jangka waktu yg dekat. Kena la gab atleast 3 thn. Klu Zarif dh 1 thn nnt means kena tgu lg 2 thn la. Hohoho. Lame nyerrrrr...

Tp yg aku sibuk nk sgt cpt ade baby lg nie pehal? Yg sorg tue pn x larat wooo nk layan. Tmbh plak skg nie dia cm kureng skit la dgn papa dia. Bile mama xde kt depan mata dia mule la meraung wooo. Bkn sore tue slow tp high pitch terus smpi serak2 dh sore tue. Manja sgt la anak mama nie!

Letih2 pn layan anak bujang sorg tue tp seronok la jgk bile stress2 tgk muke dia tue haiii sejuk n tenang jer. Yg x larat nye dia suke sgt buli mama dia nie haa. Klu mama baring mmg abis laa kena smack down dgn dia pastu dok tarik2 rambut, tepuk2. Pastu kang blh plak dok sengih tgk mama yg x larat kena buli dgn dia. X ker rase nk cepuk jer? (Haippp, x smpi hati wooo...buah hati pengarang jantung tue)



**Nak preggy lg tp takut mse b'salin nnt...Hohoho

Friday, 21 September 2012

Adam dan Hawa


Skg tgh HOT sane sini org cte pasal drama nie. Korg layan x cte nie? Klu korg subscribe channel 134 tue mesti korg leh layan cte nie.

At 1st xder la nk teruja sgt pn nk tau pasal cte nie w/pn abg Aaron Aziz ku b'lakon sbb dh channel tue aku x leh tgk kan, so aku pn wt dunno jelah! Tp tgk member2 FB dok update status pasal cte nie cm best jerk, jd t'tanye2 jgk la "Best ker?"

X pasal smlm member ofis sama meja aku nie dok cte pasal benda nie...Dia pn ape lg kasi lah cte tue kt aku. Hikhik. Download baek punyeee. Ape lg kemain gigih aku marathon drpd episod 1 smpi 6. Mse tgk nie spjg episod2 nie mmg aku pn t'lebih feeling munge2 nyer.

W/pn heroin mybe ade yg x kenal or kenal tp x brp nk famous but aku mmg tabik spring dgn dia. Lakonan mmg mantoppp!!! Plg best part dia mempertahankan maruah dia mengatakan dia x b'salah mse kena tangkap khalwat tue. Pastu part yg dia maki hamun Aaron Aziz tue siyes meremang bulu roma aku nie haaa.

Best x best la cte nie korg kena tgk sendiri laa kan. Yg pasti korg MESTI TGK!!! For sure korg pn tgkp leleh n feeling kuch kuch hota hai n sengih sorg2 tgk cte nie cm korg yg jd heroin cte tue. Hahaha. (Tue aku jelah kot x tau la kot korg pn feeling cmtue).


Inilah pelakon perempuannya. Kenal? Nama dia Nadiya Nisaa. Tp dlm lakonan nie aku suke dia dress baju kurung...so sweet! But klu dia pakai suar n t-shirt siyes x suke sbb dia kurus sgt kot. Huhu. Ape ke situ plak aku nk komen kan? Merepek repek je aku nie.

Eh korg tue ape tgu lg...layan jer cte nie! RECOMMENDED!!! Perghhh, punye dasat aku promote cte nie kan, kena dpt skit royalty nie. Hahaha.

Last but not least, aku nk tempekkan kt cni lagu tema yg feeling abis utk drama nie! Muara Hati   :)


Nie lagu tema for this drama drpd Hafiz and Dato' Siti Nurhaliza! Feeling abis dowhhhh...


Shila Amzah Juara Asian Wave

PUKAU juri dan jutaan penonton TV China!!! <~~~ from mynewshub.my

HANGHAI - Penyanyi Nur Shahila Amira Amzah atau Shila Amzah, 22, berjaya mengharumkan nama negara dengan menjuarai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China bermula jam 8:30 malam tadi.

Dengan kejayaan itu, Shila berjaga menewaskan 5 finalis daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India.

Shila Amzah berjaya memukau juri dengan membawakan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. 


Tuk videos korg leh search kt youtube ek. Huhu. Anyway, Shila Amzah nyanyi mmg superb!!! Mmg aku minat giler dgn budak kecik nie. Dh la comel, cantik, manis...sore sedap! Haishhh.
W/pn ade yg Shila Amzah nyanyi lagu Mandarin tue aku x phm tp serious meremang bulu roma dgr dia nyanyi. Mmg dia nie ade aura la. You deserve it dear!!! Proud of you.
**X sabar nk tgk dia kawen dgn Sharnaaz sbb dorg matching sgt. So sweet together. All da best for both  of them. 

Thursday, 20 September 2012

Campur aduk

Assalamualaikum...

Hrmmm, how to start a story yeahhh???
Don't know which/what to start first...Hahaha

Sorry la cm ketiadaan kemasaan nk update blog skg nie. Klu dlu sehari pn smpi 2 3 entry. Huhu.
Bgn awal pg wt bubur anak, wt bekpes, hntr anak, g keje, lek keje, ambik anak, lek rmh, wt keje rmh dan my part time business...Phewwww, nk tulis nie pn dh rase penat so bygkanlah cmne seharian aku (cpt bygkn...klu x kena ketuk ketampi 100x! hahaha)

Ok la dh melalut sgt aku nie kan, pastu pale pn blur x tau nk update ape sbnrnye nie! Hentam sajelah ek dh nama entry campur aduk kan...so korg layankan jelah!


Skg nie anak aku pn dh nk masuk 11 bulan! Jalan blm lg tp dh meniti2 sofa la. Tp stkt nk jelajah satu rmh tue dia dh terror la. Leh la tlg aku "mengemas" rmh. Smlm mse nk tdo tgk muke dia rase cm x percaya lg dh ade anak kot. Tp mmg bkn mimpi tp kenyataan! So x yah nk pasan cm anak dara lg la kot (sambil mata ke atas, tgn ke bahu). 


Yg nie plak gmbr time mkn2 level aku aritue. Bru la t'hegeh2 nk share nie. Itu pn x semua team aku ade dlm gmbr nie, ade yg blm blk drpd lunch.


Gmbr nie mse lepas meeting & mkn2 dept aku. Dh kebetulan aku bw kamera so snap lg gmbr nie and still ade yg xde dlm gmbr nie. Huhuhu. Xpe yg penting my bosses 3 org tue ade.   :)

Ape lg yek? Udah2 la tue. Next time la plak aku update. Nnt bosan plak korg nk baca entry nie b'jela2 kan. 

Kbai.

Unique and Beautiful


Thursday, 13 September 2012

Mood kelautttt

Hi,

Pe kaba?
Dh bekpes? 

Skema giler plak aku arinie sbbnye mood kelautttt yg amat! Pastu rase cm satu bdn rase sakit2. Penat kot.
Stress pn yer jgk. Mcm2 benda t'perosok dlm kepala hotak aku nie haa. 

Alangkah indahnya la klu dpt pi bercuti sat kt tmpt yg senyap sunyi, tenang dan menikmati keindahan alam yg menghijau. (Dlm erti kata HINT kt hubby...bile nk pi b'cuti nie? Honeymoon pn x lg nie...)

Talking about mood kelaut nie actually ade la something pop up from my FB yg smpi skg wt aku x tenang! Klu ikutkan sakit hati aku mmg aku dh reply jer blk tp xpe la, kdg2 ade situasi yg mgkn biarlah kte mengalah w/pn kte tdk b'slh.

But till down & upset about that issue due to someone tue nk clearkan nama dia tp palitkan kt aku plak. So now, nmpk buruk & x eloknya d mata org lain dlm issue tue adalah AKU! Thanks for that. Because of this you have challenged my patience and Alhamdulillah till now I can control my anger. Syukur.

Anyway, thanks also to my lovely hubby and kengkawan yg bg support & advice. What can I say is...dugaan itu mematangkan kte. InsyaAllah ade hikmah d sebaliknya. I learn from this experience. 

But terasa PENAT...penat dgn org sekeliling yg cmnie kan? So this quote mybe suitable for you guys out there!

Oppss, sape yg mkn cili dialah terasa pedasnyer  :D

Its ok. Saya maafkan org tue. Biasalah via FB nie kdg2 ape yg dia cube terangkan kte misunderstood. So, keep calm and chill. Just enjoy your life and move on. Pikir sampai pecah kepala pn x guna sbb things have happened.

Till then...to the next entry yeah! Wassalam.  :)

Monday, 10 September 2012

Makan oh Makan

Hi there...I'm here again!

Tgh mood nk blogging nie & mse t'luang so drpd blog b'sawang aku pn update la ape2 yg ptt.

Last week ade attend invitation Open House from our partners. W/pn aku xder liaise or deal dgn dorg tp dh bos aku ckp aku leh pi, ape lg kan? Rezeki jgn d tolak musuh jgn d cari.

Tp bak kata my hubby mmg rugi pn bw aku pi mkn free nie sbb nyer tong kecik maa. Nafsu mkn tue mmg tinggi tp dh start mkn, skit jelah pn leh masuk lam perut. 

 4 d atas je mampu tuk aku mkn tp yg 2nd & 3rd tue pn share dgn org!

Yg atas tue mkn2 on Thursday, on Friday plak mkn2 kt level aku nie plak. Makan lagi? Ohhh tidak...




Ok laaa, x larat nk merapu kt blog lg. Bye.