Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 12 July 2011

Isteri hamil, suami jangan kalut!

Assalammualaikum!!!

Tanda seruan smpi 3 kali tue bkn menandakan aku marah tp menandakan aku tgh ngantuk tahap gaban so tuk menghilangkan ngantuk aku selepas settlekan keje aku arinie, aku pn update la blog kecayangan aku nie!

Korg pn ngantuk gak ker? Ekekeke..Jgn d layankan sgt ngantuk tue. Kena cari sumber2 tuk menghilangkan ngantuk tue. Aku nie dr pg ngantuk sbnrnyer padahal tdo awal je pn mlm td tp ntah la mood nk keje tue xder kot tue la dok ngantuk. Tp atleast keje aku semua settle arinie. Fuhhhh, leh b'nafas dgn lega!

Okeh2, x nk b'celoteh pjg lebar then aku nk buka entry pasal isteri hamil, suami jgn kalut! Awat dok kalut sgt bang? Dok relax2 meh baca blog nie kasi tmbh ilmu d dada tue okeh supaya abg2 x kalut sgt. Hihihihi...


Btl ker ibu mengandung menumpukan tggjwbnya pd janin nya shj? Sudah tentu la tidak krn pasangan kta masih memerlukan kta utk meneruskan kehidupan rumahtangga. Cuma mgkn t'dpt sesetgh bakal ayah/bapa ini kurang menyedari tggjwbnya spjg tempoh kehamilan isterinya. Sbbnya, krn mereka tidak mengalami beban itu secara lgsg. Mksdnya, xder la lalui alahan2 teruk yg isteri alami & ketidakselesaan isteri sbb perubahan pd bentuk bdnnya.

Kpd para suami perlulah d ingat iaitu peranan mereka amatlah besar utk memikul tggjwb t'sebut b'sama isteri. Spjg tempoh kandungan, janin sbnrnya lebih byk teransang secara psikologi krn tidak mendapat perhatian drpd ayahnya. So, mari kte kupaskan point2 utk entry arinie...

Keperluan fizik

Setiap ibu bapa tidak boleh meremehkan faktor keperluan fizikal janin. Ini adalah kerana kualiti pertumbuhan bayi sudah mula ditentukan sejak janin lagi iaitu dari segi pertumbuhan sel-sel otak, kualiti pertumbuhan badan serta tulangnya. 

Si ibu perlulah cukup pemakanannya dari segi kandungan protein, vitamin serta zat-zat gizi lainnya. Dan kewajipan ayahlah utk menyediakan semua keperluan ibu demi pertumbuhan janin tersebut.

Si ayah perlu bijak dan rajin mengawal pola makan ibu hamil, menyediakan makanan ekstra berkualiti dan memberikan motivasi kepada isterinya utk rajin mengambil makanan2 yg berkhasiat.

Amalan pemakanan ibu hamil

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:
o Jauhi makanan dan minuman haram.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:
o Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.
o Berat untuk melakukan ibadah.
o Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.
o Hati berat untuk menerima kebenarano Susah melahirkan anak.Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:
o Anak anak akan cenderung mencuri.
o Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.
o Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.
o Anak anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral

Menjaga dari makan minum yang syubahat, iaitu makanan yang tidak diketahui status halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram. Jangan makan berlebihan dan sembarangan. Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.

Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:
o Zat Besi
o Kalsiumo Protin
o Mineralo Vitamin A
o Vitamin B Kompleks
o Vitamin C
o Vitamin D
o Vitamin E

Kasih sayang dan perhatian

Penelitian membuktikan janin dalam kandungan sudah biasa merasakan sentuhan kasih sayang orang tua yang mengelus perut ibunya. Diapun dapat menikmati suara lembut penuh kasih sayang yang diperdengarkan orang tuanya di perut si ibu. Pegkaji menyatakan bahawa setelah lahir, bayi akan lebih aktif memberi tindakbalas jenis suara yang kerap ia dengar semasa dalam rahim lagi.


Memang sentuhan kasih sayang daripada ibu sudah cukup memenuhi keperluan kasih sayang bagi si janin. Namun perlu diingat, untuk boleh memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada janinnya, si ibu memerlukan suasana kejiwaan yang tenang dan bahagia. Ibu yang tertekan dan stress tidak akan mampu memberikan perhatian dan kasih sayangnya secara maksimum kepada janin. Di sinilah suami mempunyai peranan besar dalam turut menjaga kesihatan emosi isterinya agar tetap stabil, tenang dan bahagia. Sebagai orang terdekat yang menjadi belahan jiwa bagi isteri, ia boleh menjadi penentu kesihatan jiwa si isteri.

Suami harus memberikan perhatian penuh kepada masalah kehamilan isterinya. Misalannya saling berbincang mengenai perkembangan yang terjadi bulan demi bulan, bersama-sama mencari informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak dari pelbagai sumber. Suami juga boleh bertukar pengalaman, menemani isteri memeriksa kehamilan setiap bulan, membincangkan peranncangan masa depan badi si bayi hingga meluangkan waktu mendelus perut isteri sambil mengucapkan ungkapan kasih sayang.

Lebih baik jika suami memberikan hak-hak istimewa kepada isterinya semasa hamil. Bukankah isteri sedang mengalami perjuangan berat demi keluarga mereka? Suami boleh memilihkan hak-hak istimewa yang mendorong perkembangan kesihatan janin. Misalannya, dengan memberikan makanan tambahan berkhasiat, memberikan wang belanja tambahan atau membelikan sebanyak mungkin buku dan majalah yang memuatkan informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak.

Hal lain yang perlu diingat ialah dalam proses kehamilan terjadi perubahan kadar hormon yang akan memberikan pengaruh besar pada kebanyakan wanita hamil, di mana emosi mereka jadi tidak menentu. Ditambah lagi dengan beban fizikal yang tidak ringan, wajar jiaka mereka lebih banyak memerlukan prhatian dibandingkan sebelum hamil.

Pendidikan

Pendidikan sudah biasa diterima manusia sejak masih dalam kandungan. Ayah dan ibu punya kewajipan sama untuk memberikan pendidikan ini. Kerana janin berusia tujuh bulan sudah mulai terangsang apabila mendengar suara-suara di sekitar perut ibu, jadi anda boleh memperdengarkan sesuatu untuknya. Alunan ayat-ayat suci al-Quran adalah pilihan terbaik, dan jika tidak ada tape recorder atau ear phone yang boleh dilekatkan ke perut ibu, maka ayah dan ibu bergantian untuk mengaji dengan suara kuat dekat perut ibu. Suara-suara lembut yang mengukir rasa keindahan, merangsang pertumbuhan otak dan kecerdasan juga boleh diperdengarkan kepada si janin.

Badan isteri perlu diurut

Membawa beban perut yang semakin membesar, ada kalanya isteri hamil akan mudah mengalami kepenatan yang terlampau. Selain perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, badan isteri hamil juga perlu diurut untuk merangsang urat menjadi lembut. Urat yang tegang akan membuatkan isteri hamil lebih cepat sakit-sakit badan. Urutan juga mampu membuatkan isteri hamil berasa lebih tenang dan perasaan yang berserabut akibat tekanan kehamilan akan menjadi lebih ringan. Suami digalakkan mengurut badan (bukan di bahagian perut) isteri supaya dapat meringankan beban yang ditanggung isteri dan ia juga mampu meningkatkan ikatan kasih sayang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan suami.Tetap perlu di ingatkan bahawa, ibu hamil tidak boleh diurut di bahagian tapak kaki, bhgn blkg bdn & perut. D bhgn perut adalah disarankan boleh d urut oleh pakar2 shj utk perbetulkan kedudukan bayi d dlm perut.


Di saat proses kelahiran

Suami yang bertanggungjawab pun tidak akan kalah sibuk dan tegangnya dalam mempersiapkan waktu kelahiran janin dibandingkan si isteri. Banyak yang harus dilakukan suami untuk bersedia menghadapi masa genting ini seperti menyediakan belanja melahirkan, keperluan hidup bakal anak, pemulihan kesihatan ibu hinggalah ke persiapan untuk akikah anak.Seterusnya, suami pun bertanggungjawap mempersiapkan kekuatan mental isteri untuk melahirkan. Harus diingat bahawa ini adalah saat perjuangan hidup dan mati isteri bagi keluarganya. Suami harus banyak memberikan perhatian, dorongan, serta motivasi kepada isterinya menghadapi masa sulit ini. 

Beberapa cara yang boleh digunakan seperti mengikut isteri ke kelas pendidikan pra kelahiran yang banyak dijalankan di klinik atau pusat rawatan bersalin, hinggalah turut menemani proses kelahiran itu sendiri.Adalah satu hal yang sangat positif, jika suami boleh hadir ketika isteri melahirkan anak. 


Kehadiran suami ini, walaupun sekadar menemani, memegang tangan isteri dan membisikkan kata-kata menghiburkan kepada isteri, akan memberikan dorongan kekuatan mental dan semangat ekstra bagi isteri. Walaupun tidak dapat mengurangi rasa sakit, namun kekuatan mental dan semangat yang diperolehi isteri akan membuatkannya lebih kuat menahan sakit, yang pada akhirnya akan memudahkan proses kelahiran.

Mengenai penglibatan suami ketika proses kelahiran, pengkaji mengatakan bahawa selain bermanafaat untuk isteri, ia juga bermanafaat bagi suami sendiri. Ketika suami menyaksikan kesakitan yang dideritai isteri, perjuangan beratnya melawan maut, maka kelak suami akan lebih menghargai dan memahami perasaan isterinya. Selain itu, akan tumbuh perasaan istimewa dalam hati suami terhadap si bayi, sehingga akan lebih mengakrabkan ikatan batin antara ayah dan anak. Jadi, sebagai suami dan ayah yang baik, bantulah isteri anda menhadapi saat-saat genting semasa hamil, ketika melahirkan dan waktu dalam pantang.

Moga segala info2 yg aku kongsikan m'jd panduan korg pasangan suami isteri iaitu bakal2 ibu bapa. InsyaAllah, kte sbg manusia b'usaha n segalanya kte tawakal n b'serah padaNya moga permudahkan segalanya2 spjg tempoh kehamilan n kelahiran. Amin...

Okeh guys, any info lg akan d update d mase akan dtg. Aku  nie x tentu nk update info ape pn. Ape yg t'lintas d fikiran tue la akan ku kongsikan (iaitu melalui bacaan kt internet jgks). Agak2 x t'lintas ape2 d fikiran tue makanye xder la info nye k. 

So, tunnnnnngggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Monday, 11 July 2011

Lunch date with my hubby

Assalammualaikum

Arinie aku bosan2 duk kt counter nie so nk update la blog nie pasal lunch date aku arinie with my hubby!

D sbbkan geng mkn ku ade hal lain so aku kena la date dgn hubby ku, tue pn nasib baik dia xder pi site! If not, suh org tapau jelah gamaknye...

Kuar2 jer kt pintu lobby tgk cuaca smcm jer. Not sure kt kwsn korg cmnie jgk ke x effect cuaca panas skunk nie kan? Jerebu teruk nye kt kwsn nie. Aku ingatkan hujan (gerimis) tp rupenye jerebu yg melanda kwsn Bukit Jalil nie.

Pastu dan2 la hubby tanye ade lg ke x simpan mask yg aku ade beli mse kes H1N1 tue. Mmg ade tp lupe letak mane daa coz dh pindah2 rmh nie kan. Mmg ade la lg sekotak! Hubby suh aku pakai coz aku kan pregnant so x elok ler hirup udara yg mmg kurang menyamankan skunk nie. Rase cm nk duk rmh jer drpd kuar tgk jerebu sane sini.

Anyway, out of topic la plak kan! Padahal entry nk cte pasal lunch date with hubby. Hihihi...Biase la nk kasi intro pjg lebar skit. Arinie pi mkn kt Nasi Beryani Gam Johor kt Kinrara. Mula2 ajak hubby pi mkn kt Bang Mkn Bang kt Kinrara tue pastu hubby dh tanye nk mkn kt beryani plak. Ofcoz la tidak akan menolak klu ajak pi mkn sane. 

So, we decided to eat nasi beryani. Smpi sane mmg x ramai org pn lg n servis arinie cpt drpd 1st time aku g. 1st time g tue mmg gigil jgk nk menunggu dorg servekan nasi tue coz pekerja x ramai. U know what? Blm mkn lg pn aku dh tanye hubby aku "Leh minta nasi tmbh x nnt?". Hahaha...Giler melampau kan? Mkn pn belum lg siap dh tanye pasal nasi tmbh okeh! Giler tamak mkn dowh...

Ekeekeke...Mesti korg kata aku nie buruk mkn kan? Tp aku peduli ape pn bkn korg yg byr aku punye bill mkn tue pn. So bile otw nk menghabiskan nasi dlm pinggan aku tue hubby pi pesan lg satu pinggan nasi tmbh. Aku ambik separuh, hubby ambik separuh. Burpppp, alhamdulillah syukur kenyang sgt!

Pas kenyang ape lg mata pn kuyu jer nie haaa! Klu leh nk terus blk ke rmh jer td. Lg sodap nie kot dpt tdo. Bkn ape, arinie plak mmg mood keje tue mmg totally ZERO coz t'tinggal kt atas katil lg kot suh aku pi smbg tdo lg. Smpi ofis pg td pn sleepy jer! Confirm blk nnt aku bantai nk tdo dlu la kasi bls dendam coz mlm td tdo lmbt. Tp mlm nie ade cte Juvana plak. So lelapkan mata jap la smpi kul 9 pastu bgn tgk cte Juvana. Hihihi...

Okeh la guys, enough for today! Moga ari anda ceria n happy arinie b'sama org t'syg n t'cinta! **pesanan jiwang krn arinie lunch date with my lovely hubby...so love2 tue t'lebih arinie. Ahaksss

Wednesday, 6 July 2011

4 months to go!

Assalammualaikum

Today I would like to update my blog about my baby in my womb. Hihihi...Such a interesting moment yg x leh d gmbrkan atau d ceritakan dgn kata2. Bile korg alami saat2 nie mesti korg seronok sgt coz baby dh start membesar and aktif!


My baby is so active! Dok la menendang2..."Anak mama main bola ker kt dlm tue?" Hihihihi. Tue la mama and papa dia pn aktif sukan mau nyer baby dlm perut nie x ikut aktif sekali. Kdg2 tue kan baby nie tendang t'kena kt area pundi kencing gak nyer, hushhhh...wt rase nk t'kencing jer! "Naughty tau anak mama nie...penat mama kuar masuk toilet jer!" Hahaha...

Alhamdulillah, baby dlm kandungan aktif menandakan dia pn sihat dlm tue. Plus mama nyer semakin b'selera ngap itu ini semakin la dia pn aktif dlm perut tue. X sbr nk pi check up next week coz usia kandungan sudah 5 bln then dh blh tgk jantina whether girl or boy. Itupn klu baby x sorok2/tutup2 "anu" nyer...

Surprise? X yah la nk surprise2 nie coz nk beli brg baby nnt pn leceh. Klu dh confirm ape jantina dgn confidentnyer bile brg2 baby. Yg plg best klu beli brg2 baby girl la. Tp for me, its not big deal whether girl or boy yg sulung nie. Ada adv & disadv yg sulung girl or boy nie, yg penting didikan kte pd anak kte nnt. InsyaAllah, baik didikannyer baik jgk la anak kte nnt. 

Nama baby? Hrmmm, aritue ade la survey2 nama. Tuk yg laki bru 1 nama jer yg aku b'kenan n tuk pmpuan ade 2 nama. Nnt la try cari lg, klu leh nk beli jer buku nama2 pilihan tue coz kt internet nie pn x byk jgk. Anyway, just wait & see ape nama anak kte org nnt. Hihihi...So excited!!!

Pejam celik pejam celik 4 months to go! Perasaan tue b'cmpr baur with excited, happy & nervous. 

Okeh2, korg rase2 pas aku scan for check up next week my baby girl or boy???? Jeng jeng jeng...Will update later! 

Tuesday, 5 July 2011

Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung

Assalammualaikum...

Sementara aku tgh free dok kt counter nie pi la menerjah cari.com tuk menjamu mata. Then t'tarik nk bace thread Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung!

Actually thread nie cm lmbt or agak basi jgk la coz mmg dr aritue pn tau pelakon nie dh b'tudung style gitu! Proud of her okeh. Seorg retis nk b'imej begitu bkn senang coz bg pengarah2 nnt jd t'batas plak nk pilih pelakon nie melakonkan watak2 yg memerlukan seorg yg free hair leh adegan pegang2.

Anyway, aku wt entry nie bkn pasal pengarah x nk ambik pelakon yg dh b'tudung nie tp pasal aku meluat dgn komen2 org dlm cari.com tue. B'ckp tue biarlah tgk diri sendiri tue dlu, korg tue cukup sempurna ker? Klu korg b'tudung litup cmne pn x yah la nk mengata org sbb korg tau ker d mane level korg d sisi Allah? Dh level malaikat ker? 

Aku ckp pasal benda nie bkn ape...Ade org nk b'ubah ke arah kebaikan kan ke bagus? Btl x? Doakan la niat org tue b'kekalan n moga dia ikhlas dgn niat dia. Kan ke kte pn dpt pahala mendoakan niat org nk b'buat baik? Nie tdk, blm ape2 korg dh ckp cmnie cmtue cm korg tue baik sgt. Klu korg baik sgt korg x mengata org yg nk b'ubah tue. Bwh nie komen2 yg perasan diri dorg bgs n hebat sgt tuk renungan korg jgk...


"eee...tak paham aku
nk bertudung pun pikir panjang
...takut org salah paham???? tak paham akoh!!

satu lagi .. is not imej okeh.it is TUNTUTAN fardu ain"

"entah aaa nih  harap2 bukan sbb ikut trend .. ala2 tudung urban ..
  sedangkan tudung tuh  WAJIB hukumnyer , bila dah baligh mmgkene tutup kalo x tutup ... DOSA ...  tuh jer        so x yah  la nk kata   tunggu hidayah or wateverfor me that just an excuse ....... just my duapulohsen"

Dh cukup baik org tue ade niat tuk perubahan ke arah kebaikan? KO ADE??? Mmg xder la coz perasan bgs n baik sgt pastu mengata org yg nk b'ubah tue. So, insaf2 la yer sesape yg konpem cm org xder otak tue. Kdg2 nk b'ubah ke arah kebaikan nie byk ujian & dugaan nyer tidak semudah nk wt jahat. Sbb nyer syaitan tue x suke kte wt kebaikan so, mcm2 la hasutan atau bisikan d tinge kte tuk tdk b'ubah. 

Syukur, alhamdulillah la coz pelakon nie nk b'ubah. She need to take times okeh bkn pasal mmg b'tudung itu WAJIB n dia dh baligh what so ever tue la. Mmg btl ape d ckpkan tue tp bkn semua org leh b'ubah sekelip mata kan? Atau korg nk org tue b'ubah baik tue sekejap jer pastu b'ubah blk ke arah x elok blk? Haa, kan elok klu org tue ambik masa tuk b'ubah tp perubahan tue b'kekalan? Drpd p'ubahan yg drastik tp sekejap jer cm org ckp hangat2 taik ayam jer pastu lebur ler niat tue. 

So, jom kengkawan kte mendoakn yg terbaik atas perubahan pelakon nie. I love her so much. 1st time tgk dia kt tv mse dia b'imej cmtue pn dh suke sgt. Cantik kan? Hihihihi...

**pesanan wt org yg suke nk kondem org yg b'ubah ke arah kebaikan tue insaf2 la ek! Sila tgk diri korg tue dlu yer sblm nk mengata org. Perubahan ke arah kebaikan itu adalah lebih baik drpd x b'ubah ke arah kebaikan. KO ADE??? 


hApPy bIrThDaY tO mE

Assalammualaikum & gd morning u'ols!

What a wonderful day? Because today is my BIRTHDAY! Hihihihi...Already 28 years old. Alhamdulillah, syukur pdNya krn d berikan kesempatan utk b'nafas sehingga ke detik ini.

Hadiah? Klu ade mmg la best klu xder pn org dh ingat n wish birthday pn dh cukup memadai. Not sure on what time my hubby wish my birthday coz mse tue aku dh lelapkan mata kt katil pn. Hahaha. Coz smlm aku tdo awal alih2 t'jage then dlm mamai2 dgr hubby wish "Happy Birthday Sayang" then he kiss me! Thanx my lovely hubby. 

Pg nie plak smpi je ofis I called my mom yg masih warded d hospital. Alhamdulillah, gembira sgt dpt borak dgn dia coz smlm jenguk dia mmg xder borak lgsg coz ibu mengerang kesakitan jer. Ape lg yg aku nk minta selain ibu aku sembuh scpt mgkn. 

Ok la guys, nk continue wt keje plak! Kemain lg enjoy arinie mentang2 bos x masuk ofis arinie. Hahaha...


**Happy birthday to ME!!!
Moga aku dan bayi yg di kandung sihat walafiat
Moga dipermudahkan bersalin nanti
Moga kami sekeluarga hidup dgn penuh kasih sayang

Monday, 4 July 2011

4th July

Assalammualaikum

Smlm aku x dpt tdo lena, kejap2 t'jaga! Cuaca mlm td jgk mengakibatkan tdo ku t'ganggu coz terasa bahang panas plak smlm then mybe memikirkan pembedahan ibuku arinie.

Stlh sekian lame telinga aku nie x dgr bisikan2 tetibe mlm td nk tdo aku t'dgr "something" kurang menyenangkan kt corong telinga aku. Nie aku gtau bkn kisah misteri atau nk tkt2 kan korg tp mmg dr dlu pn aku sll dgr bisikan2 nie tp bkn bisikan yg m'hasut wt benda bodoh ke ape. Just ignore it. Maybe mainan perasaan aku jer kot.

Arinie, pas dh siap2 tuk g keje dpt la msg drpd adik aku suh col my mom! Mmg plan aku nk col my mom pn coz x tau dia akan dibedah pagi ker, petang ker, mlm ker coz smlm col dia suara ceria je dia. Siap gelak2 lg dgn aku. But today, my sis gtau mse doktor jumpe dia pg nie sblm nk d bedah my mom sebak! Ya Allah, hati aku dh x keruan nk pi keje. 

Actually dr aritue pn mmg nk apply cuti sbnr nyer tp 2 3 jer ati nie thats y x apply cuti pn coz plan nk lek Nilai pas my mom operation. Tp bile dh adik aku msg cmtue aku jd x tentu arah la jgk. Smpi je ofis aku col my mom tp my dad yg jwb col then my dad pas the phone to my mom. 

Ya Allah, runtun hati aku nie dgr suara my mom yg sebak (sdg menaip nie pn airmata dh b'genang kt mata aku nie). Aku t'lalu rapat dgn ibu. Kami adik b'adik mmg rapat sgt2 dgn ibu kami coz kami suke manja2 dgn ibu kami yg suke b'gurau senda dgn anak-anaknyer. Actually the moment my dad nk pas the phone to my mom tue pn mmg aku dh sebak x leh nk ckp ape2 apetah lg dgr plak suara my mom yg sebak.  Dh aku nie kan mmg cengeng, mmg mulut t'tutup rapat dgr suara my mom yg sebak tue. Then my dad ambik phone blk so bru aku leh ckp blk "Xpe la ayah, kim slm dgn ibu". Itu jer ayat yg mampu kuar drpd mulut aku.

"Ya Allah, mgkn aku bkn lah hambaMu yg sentiasa mengingatiMu. Namum ku harap Kau dgrlah doa kami adik b'adik semoga pembedahan ibu kami berjalan dengan lancar dan ibu cepat sembuh selepas pembedahan tersebut. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu. Amin...."

I will take EL half day today and shoot to Hospital Tunku Jaafar Seremban this afternoon. Ibu, tgu adik yer! Adik tau ibu adik kuat sgt. InsyaAllah, moga semuanya baik2 belaka. 

Saturday, 2 July 2011

July ^_^

Assalammualaikum n nite u'ols!

Pejam celik pejam celik sudah stgh thn kte d tahun 2011...Rase cm bru smlm thn 2010! Goshhh, mesti korg pn x sangka cm ape yg aku rase skunk kan? 

Actually July adalah bulan kelahiranku...Just few days je lg pn, only 3 days from today! 2 thn lg utk dkt for 3 series plak weiii. Walaweiiii, dh nk tua jgk aku nie tp perangai cm budak2 je lg rase nyer. Yg lg x caye nyer dgn perangai budak2 nie usia kandungan aku semakin hampir 5 bln. 

What I want for my birthday? Aku nie jenis org sedar diri so xder la nk request yg bkn2 yg leh menyusahkan hubby aku! Yg penting he loves me forever walau ape pn rintangan dlm rmhtangga kami. That's more important to me. 

Tp tipu la kan aku x nk ape2 kan...Actually klu ade keizinan nk sgt g I-City Shah Alam je pn bkn nyer aku minta ke tmpt impian aku kt Paris tue! Ahaksss...Permintaan kena la relevan pd kemampuan kte btl x? Klu x mampu pastu menyusahkan diri sendiri baik x yah. So, nk list permintaan pn kena la berpada-pada okeh. InsyaAllah klu ade rezeki lebih ntah2 lebih dr tue dpt tuk birthday thn dpn ker, anniversary ker...Hihihi, just kidding!

Anyway, today my mom already warded at Hospital Tunku Jaafar Seremban. On 4th July, dia akan dibedah! Ya Allah, moga bacaan Yassin kami d ofis aritue mengiringi operation Ibuku nnt. Ptg td call dia, suara dia ceria! Tp lepas je letak phone aku rase sebak tp aku tahan je kang hubby aku panik plak tetiba aku nangis dlm kete kan. 

Mmg aku nie cengeng t'utama sekali bila b'kaitan dgn org2 yg plg rapat & aku sygi. Mau nyer x sebak weiii bile ur mom nk d bedah. "Ibu, adik sentiasa doakan ibu cepat sembuh slps operation tue. Adik tau ibu kuat! Ibu kuat demi anak-anak ibu yg masih nk curahkan kasih syg & bakti pd ibu."

Okeh guys, enough for entry today! Just need ur pray for my lovely mom...Thanks guys!