Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 12 July 2011

Isteri hamil, suami jangan kalut!

Assalammualaikum!!!

Tanda seruan smpi 3 kali tue bkn menandakan aku marah tp menandakan aku tgh ngantuk tahap gaban so tuk menghilangkan ngantuk aku selepas settlekan keje aku arinie, aku pn update la blog kecayangan aku nie!

Korg pn ngantuk gak ker? Ekekeke..Jgn d layankan sgt ngantuk tue. Kena cari sumber2 tuk menghilangkan ngantuk tue. Aku nie dr pg ngantuk sbnrnyer padahal tdo awal je pn mlm td tp ntah la mood nk keje tue xder kot tue la dok ngantuk. Tp atleast keje aku semua settle arinie. Fuhhhh, leh b'nafas dgn lega!

Okeh2, x nk b'celoteh pjg lebar then aku nk buka entry pasal isteri hamil, suami jgn kalut! Awat dok kalut sgt bang? Dok relax2 meh baca blog nie kasi tmbh ilmu d dada tue okeh supaya abg2 x kalut sgt. Hihihihi...


Btl ker ibu mengandung menumpukan tggjwbnya pd janin nya shj? Sudah tentu la tidak krn pasangan kta masih memerlukan kta utk meneruskan kehidupan rumahtangga. Cuma mgkn t'dpt sesetgh bakal ayah/bapa ini kurang menyedari tggjwbnya spjg tempoh kehamilan isterinya. Sbbnya, krn mereka tidak mengalami beban itu secara lgsg. Mksdnya, xder la lalui alahan2 teruk yg isteri alami & ketidakselesaan isteri sbb perubahan pd bentuk bdnnya.

Kpd para suami perlulah d ingat iaitu peranan mereka amatlah besar utk memikul tggjwb t'sebut b'sama isteri. Spjg tempoh kandungan, janin sbnrnya lebih byk teransang secara psikologi krn tidak mendapat perhatian drpd ayahnya. So, mari kte kupaskan point2 utk entry arinie...

Keperluan fizik

Setiap ibu bapa tidak boleh meremehkan faktor keperluan fizikal janin. Ini adalah kerana kualiti pertumbuhan bayi sudah mula ditentukan sejak janin lagi iaitu dari segi pertumbuhan sel-sel otak, kualiti pertumbuhan badan serta tulangnya. 

Si ibu perlulah cukup pemakanannya dari segi kandungan protein, vitamin serta zat-zat gizi lainnya. Dan kewajipan ayahlah utk menyediakan semua keperluan ibu demi pertumbuhan janin tersebut.

Si ayah perlu bijak dan rajin mengawal pola makan ibu hamil, menyediakan makanan ekstra berkualiti dan memberikan motivasi kepada isterinya utk rajin mengambil makanan2 yg berkhasiat.

Amalan pemakanan ibu hamil

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:
o Jauhi makanan dan minuman haram.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:
o Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.
o Berat untuk melakukan ibadah.
o Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.
o Hati berat untuk menerima kebenarano Susah melahirkan anak.Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:
o Anak anak akan cenderung mencuri.
o Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.
o Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.
o Anak anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral

Menjaga dari makan minum yang syubahat, iaitu makanan yang tidak diketahui status halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram. Jangan makan berlebihan dan sembarangan. Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.

Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:
o Zat Besi
o Kalsiumo Protin
o Mineralo Vitamin A
o Vitamin B Kompleks
o Vitamin C
o Vitamin D
o Vitamin E

Kasih sayang dan perhatian

Penelitian membuktikan janin dalam kandungan sudah biasa merasakan sentuhan kasih sayang orang tua yang mengelus perut ibunya. Diapun dapat menikmati suara lembut penuh kasih sayang yang diperdengarkan orang tuanya di perut si ibu. Pegkaji menyatakan bahawa setelah lahir, bayi akan lebih aktif memberi tindakbalas jenis suara yang kerap ia dengar semasa dalam rahim lagi.


Memang sentuhan kasih sayang daripada ibu sudah cukup memenuhi keperluan kasih sayang bagi si janin. Namun perlu diingat, untuk boleh memberikan perhatian dan kasih sayang penuh kepada janinnya, si ibu memerlukan suasana kejiwaan yang tenang dan bahagia. Ibu yang tertekan dan stress tidak akan mampu memberikan perhatian dan kasih sayangnya secara maksimum kepada janin. Di sinilah suami mempunyai peranan besar dalam turut menjaga kesihatan emosi isterinya agar tetap stabil, tenang dan bahagia. Sebagai orang terdekat yang menjadi belahan jiwa bagi isteri, ia boleh menjadi penentu kesihatan jiwa si isteri.

Suami harus memberikan perhatian penuh kepada masalah kehamilan isterinya. Misalannya saling berbincang mengenai perkembangan yang terjadi bulan demi bulan, bersama-sama mencari informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak dari pelbagai sumber. Suami juga boleh bertukar pengalaman, menemani isteri memeriksa kehamilan setiap bulan, membincangkan peranncangan masa depan badi si bayi hingga meluangkan waktu mendelus perut isteri sambil mengucapkan ungkapan kasih sayang.

Lebih baik jika suami memberikan hak-hak istimewa kepada isterinya semasa hamil. Bukankah isteri sedang mengalami perjuangan berat demi keluarga mereka? Suami boleh memilihkan hak-hak istimewa yang mendorong perkembangan kesihatan janin. Misalannya, dengan memberikan makanan tambahan berkhasiat, memberikan wang belanja tambahan atau membelikan sebanyak mungkin buku dan majalah yang memuatkan informasi mengenai kehamilan dan pendidikan anak.

Hal lain yang perlu diingat ialah dalam proses kehamilan terjadi perubahan kadar hormon yang akan memberikan pengaruh besar pada kebanyakan wanita hamil, di mana emosi mereka jadi tidak menentu. Ditambah lagi dengan beban fizikal yang tidak ringan, wajar jiaka mereka lebih banyak memerlukan prhatian dibandingkan sebelum hamil.

Pendidikan

Pendidikan sudah biasa diterima manusia sejak masih dalam kandungan. Ayah dan ibu punya kewajipan sama untuk memberikan pendidikan ini. Kerana janin berusia tujuh bulan sudah mulai terangsang apabila mendengar suara-suara di sekitar perut ibu, jadi anda boleh memperdengarkan sesuatu untuknya. Alunan ayat-ayat suci al-Quran adalah pilihan terbaik, dan jika tidak ada tape recorder atau ear phone yang boleh dilekatkan ke perut ibu, maka ayah dan ibu bergantian untuk mengaji dengan suara kuat dekat perut ibu. Suara-suara lembut yang mengukir rasa keindahan, merangsang pertumbuhan otak dan kecerdasan juga boleh diperdengarkan kepada si janin.

Badan isteri perlu diurut

Membawa beban perut yang semakin membesar, ada kalanya isteri hamil akan mudah mengalami kepenatan yang terlampau. Selain perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, badan isteri hamil juga perlu diurut untuk merangsang urat menjadi lembut. Urat yang tegang akan membuatkan isteri hamil lebih cepat sakit-sakit badan. Urutan juga mampu membuatkan isteri hamil berasa lebih tenang dan perasaan yang berserabut akibat tekanan kehamilan akan menjadi lebih ringan. Suami digalakkan mengurut badan (bukan di bahagian perut) isteri supaya dapat meringankan beban yang ditanggung isteri dan ia juga mampu meningkatkan ikatan kasih sayang dengan sikap prihatin yang ditunjukkan suami.Tetap perlu di ingatkan bahawa, ibu hamil tidak boleh diurut di bahagian tapak kaki, bhgn blkg bdn & perut. D bhgn perut adalah disarankan boleh d urut oleh pakar2 shj utk perbetulkan kedudukan bayi d dlm perut.


Di saat proses kelahiran

Suami yang bertanggungjawab pun tidak akan kalah sibuk dan tegangnya dalam mempersiapkan waktu kelahiran janin dibandingkan si isteri. Banyak yang harus dilakukan suami untuk bersedia menghadapi masa genting ini seperti menyediakan belanja melahirkan, keperluan hidup bakal anak, pemulihan kesihatan ibu hinggalah ke persiapan untuk akikah anak.Seterusnya, suami pun bertanggungjawap mempersiapkan kekuatan mental isteri untuk melahirkan. Harus diingat bahawa ini adalah saat perjuangan hidup dan mati isteri bagi keluarganya. Suami harus banyak memberikan perhatian, dorongan, serta motivasi kepada isterinya menghadapi masa sulit ini. 

Beberapa cara yang boleh digunakan seperti mengikut isteri ke kelas pendidikan pra kelahiran yang banyak dijalankan di klinik atau pusat rawatan bersalin, hinggalah turut menemani proses kelahiran itu sendiri.Adalah satu hal yang sangat positif, jika suami boleh hadir ketika isteri melahirkan anak. 


Kehadiran suami ini, walaupun sekadar menemani, memegang tangan isteri dan membisikkan kata-kata menghiburkan kepada isteri, akan memberikan dorongan kekuatan mental dan semangat ekstra bagi isteri. Walaupun tidak dapat mengurangi rasa sakit, namun kekuatan mental dan semangat yang diperolehi isteri akan membuatkannya lebih kuat menahan sakit, yang pada akhirnya akan memudahkan proses kelahiran.

Mengenai penglibatan suami ketika proses kelahiran, pengkaji mengatakan bahawa selain bermanafaat untuk isteri, ia juga bermanafaat bagi suami sendiri. Ketika suami menyaksikan kesakitan yang dideritai isteri, perjuangan beratnya melawan maut, maka kelak suami akan lebih menghargai dan memahami perasaan isterinya. Selain itu, akan tumbuh perasaan istimewa dalam hati suami terhadap si bayi, sehingga akan lebih mengakrabkan ikatan batin antara ayah dan anak. Jadi, sebagai suami dan ayah yang baik, bantulah isteri anda menhadapi saat-saat genting semasa hamil, ketika melahirkan dan waktu dalam pantang.

Moga segala info2 yg aku kongsikan m'jd panduan korg pasangan suami isteri iaitu bakal2 ibu bapa. InsyaAllah, kte sbg manusia b'usaha n segalanya kte tawakal n b'serah padaNya moga permudahkan segalanya2 spjg tempoh kehamilan n kelahiran. Amin...

Okeh guys, any info lg akan d update d mase akan dtg. Aku  nie x tentu nk update info ape pn. Ape yg t'lintas d fikiran tue la akan ku kongsikan (iaitu melalui bacaan kt internet jgks). Agak2 x t'lintas ape2 d fikiran tue makanye xder la info nye k. 

So, tunnnnnngggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

No comments: