Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 16 June 2011

Surgery

Surgery? OMG...I'm so scared to talk about this. But I pray for the best and hope for the best. InsyaAllah, kuserahkan segalanya pd Allah moga segalanya berjalan lancar.

What I try to tell here is please pray for my mom! My mom will be warded on 2nd July 2011 and the surgery is on 4th July 2011. Ape hadiah yg paling aku harapkan tahun nie? Hadiah paling aku harapkan moga pembedahan ibu aku b'jalan dgn lancar and selepas pembedahan dia akan pulih dan insyaAllah moga dia kembali sihat walafiat.

"Ibu, please kuat demi anak-anakmu yg masih ingin mencurahkan kasih syg padamu n kami masih ingin berbakti pada ibu! Adik tau Ibu sgt kuat. Ibu cepat2 sembuh yer coz adik sedih tgk ibu asyik x sihat jer"

I love you so much Ibu...

Wednesday, 15 June 2011

Orang yg makan gaji buta!!!

Maap...maap...maap (style Nabil) 

Ini adalah saat utk meluahkan perasaan yg kini stress! Sakit hati & sakit biji mata aku nie tgk staff yg dtg keje pastu dok ngular jer keje ko!

Klu keje b'lambak sgt d wt xpe la jgk tp bile ko ade kt ofis dok buka youtube layan Maharaja Lawak bagai. Bile suh wt keje dok tangguh2! Aku tau la aku nie bkn bos ko tp d kire bos sbb aku d kire pihak atasan ko sbb ko org bwhn. Bile suh wt keje tlg lah laksanakan!

Sporting sporting jgk tp klu keje x jgk d siapkan mmg nk makan penampar la dgn aku! Ko dtg keje ntah pukul brp pastu ko dok ngular kdg2 one way ticket terus balik rmh n kdg2 dtg lmbt pn blk awal sesuka hati ko wt company nie cm ofis ko.

Klu ko byk keje sgt aku x kisah la ko nk tangguh2 keje yg aku bg tue tp klu keje ko dok ngadap laptop tgk youtube tue bkn namanye keje! Ko nk aku bebel spjg masa kt ko ker suh settlekan keje ko tue? Kang kot ko meluat kt aku plak kan b'lagak cm bos besar plak nk arah2 ko wt keje.

Senang cte la kan ko nie makan gaji buta tau x? Klu dh nama makan gaji buta duit yg ko makan tue pn TAK HALAL sbb nyer keje x wt tp dok mkn gaji jer! Ko bg anak bini ko dgn duit yg x halal tue bgs sgt la. Tue la ikutkan sgt perangai bos ko tue jgk..dok ngular jer keje nyer! Keje pending2 pastu siap pas2 keje kt org tuk siapkan. Smpi ke sudah org lain yg jwb kan tuk keje ko sdgkan ko sendiri x tau ape2.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

**Sila abaikan entry ini jika korg rase entry nie menyemak jer dlm blog nie. Hahaha

Tuesday, 14 June 2011

Ada gerakan

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, kandunganku sudah b'usia 4 bulan! Weehoooo...Pejam celik pejam celik dh 4 bulan kan?

Yg seronoknye aku sudah merasai gerakan d dlm perut ini. Gerakan d mane terasa tendangan kt perut nie. Besh tue besh tp rase x selesa pn ada coz bkn sekali dua tendang tp byk kali ok.

"Baby mama aktif sgt yer dlm perut tue yer"


Sgt sgt x sangka dlm alami semua nie. Yelah sblm nie dgr cte org jer cmtue la cmnie la mse pregnant. Skunk nie alami sendiri mmg best sgt! Itulah kelebihan n anugerah yg Allah berikan pd kaum wanita. Syukur sgt dpt merasai semua nie.

Org ckp dh leh borak2 dgn baby sbb baby dh leh mendengar ape yg kte cakapkan. Haaa...sebab tue la ade org yg pesan mse nie cakaplah benda yg elok2, yg baik2! Tue la nk mengawal mulut nie bkn senang coz kdg2 secara spontan jer b'desup kuar perkataan yg agak x senonoh.

Okeh guys...stkt nie jelah nk update! Nite!

Wednesday, 8 June 2011

9 Panduan Bapa Menghadapi Saat Kelahiran


1. Tahu apa yang bakal berlaku

Pastikan anda dan isteri sudah memenuhkan dada dengan ilmu pengetahuan tentang kelahiran yang bakal dilalui nanti. 

Oleh kerana itulah, anda dianjurkan untuk mengikuti kelas antenatal bersama-sama isteri. Kelas ini lazimnya ditawarkan oleh pihak hospital yang boleh disertai sejak dari awal usia kehamilan. Menerusi kelas tersebut anda berduaakan memperoleh pelbagai maklumat asas tetapi sungguh padat untuk dipraktikkan. Langkah ini amat penting untuk anda berdua meluaskan minda agar dapat menghadapi cabaran yang bakal timbul apabila tiba saatnya

Oleh kerana itulah, anda dan isteri perlu sentiasa memantau pergerakan kontraksi dengan mencatat setiap kontraksi yang berlangsung. Jadi, ia dapat memudahkan anda mengetahui apa yang sedang dan bakal berlaku. Luangkan masa-masa terakhir yang ada ini dengan menuruti apa sahaja yang isteri mahu anda lakukan demi memastikan dia kekal selesa. Sebagai contoh, anda bolehlah mengurutnya di bahagian-bahagian tubuh tertentu menggunakan minyak bayi ataupun minyak aromaterapi.

2. Bersedia untuk melaluinya

Kebanyakan wanita terutamanya hamil sulung perlu melalui proses bersalin yang lebih panjang sebelum selamat melahirkan. Sesungguhnya, adalah lebih baik dan selesa jika isteri anda melalui tahap awal proses bersalin di rumah sahaja. Lagipun, kebanyakan hospital tidak menerima pesakit melainkan kontraksi yang dialami adalah tetap dan berlaku setiap lima minit.

3. Fleksibel

Tidak semua wanita hamil akan melalui pengalaman bersalin yang sama. Dengan itu, anda dan isteri perlu sama-sama berbincang tentang kemungkinan yang bakal berlaku dan apakah pilihan yang ada bagi mengatasinya. Gunakan pengetahuan yang telah anda berdua kumpul ketika menyertai kelas antenatal dahulu. Apabila tiba masanya nanti, anda sudah tahu apa yang patut diputuskan. Namun, persiapkan juga mental, fizikal mahupun ekonomi untuk melalui apa jua perubahan drastik yang mungkin hadir tanpa disedari.


4. Usah ambil hati

Mana-mana wanita akan berubah sikap apabila melalui proses kelahiran terutamanya di tahap terakhir. Ini kerana kesakitan dan keletihan yang dialaminya membuatkan dia mudah hilang pertimbangan diri. Apatah lagi jika proses itu memakan masa yang sangat panjang. Di awal tahap proses bersalin dia mungkin suka diurut. Namun, ada kemungkinan juga di tahap terakhir, dia beranggapan urutan anda menambahkan kesakitan yang dirasainya. Tanpa disedari dia mungkin bersikap atau berbicara kasar. Jadi, janganlah mudah terasa dengan sikap atau kata-katanya itu.

5. Siapkan keperluan diri

Kebanyakan wanita hamil disarankan untuk mempersiapkan beg khas yang mengandungi pelbagai kelengkapan diri dan bayi bagi menghadapi proses kelahiran sebelum tarikh jangkaan bersalin. Memandangkan anda juga akan bermalam di hospital, jadi apa kata anda sendiri menyediakan beberapa kelengkapan diri sendiri. Contohnya pakaian sejuk, stoking, bantal, makanan ringan dan lain-lain.


6. Bertanya soalan

Tidak semua doktor yang mengendalikan isteri anda sudi menerangkan secara terperinci setiap permasalahan yang dihadapi. Jadi, jangan malu untuk bertanya kepadanya apa sahaja yang mengusutkan fikiran anda. Sekurang-kurangnya, dengan maklumat yang diperoleh, anda dapat membantu isteri untuk berada dalam keadaan yang lebih selesa apatah lagi jika dia kini tidak lagi punya kekuatan untuk bertanya itu dan ini.

7. Pendorong semangat

Tidak semua wanita hamil kuat dalam menghadapi ujian yang perlu ditempuhinya sepanjang proses bersalin. Jadi, sebagai suami anda perlu terus kuat dan tidak putus-putus menitipkan kata-kata semangat kepadanya. Kekuatan yang ada pada diri anda sangat penting ketika isteri sedang berperang dengan kontraksi dan terutamanya di waktu isteri sedang meneran untuk mengeluarkan bayi.

8. Bantu kekalkan fokus

Praktikkan apa yang telah anda pelajari di dalam kelas antenatal. Bagi menenangkan isteri dan membantunya kekal fokus, anda boleh meminta isteri mengaplikasikan teknik pernafasan, mengubah posisi ataupun anda sendiri boleh menawarkan diri untuk mengurut bahagian tubuh yang tidak selesa.

9. Berterus-terang

Banyak perkara bakal berlaku di dalam bilik bersalin. Ketahui apa yang perlu dan mahu anda lakukan sepanjang proses itu berlangsung. Sebagai contoh, jika anda tidak selesa untuk memotong tali pusat bayi, katakan sahaja anda tidak sudi melakukannya kepada jururawat mahupun doktor yang bakal menyambut kelahiran bayi anda nanti.

Sumber : Majalah Pa & Ma online

4 Bulan

Assalammualaikum!

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik kandungan ku semakin hampir b'usia 4 bln...X lame je pn tinggal 4 hari je lg nk 4 bln! Dr 1 bln lebih nk ke 2 bln n ke 3 bln ku lalui dgn penuh cabaran. Bg ibu hamil yg tidak mempunyai alahan yg teruk sudah tentu dorg menikmati saat kehamilan dgn baik sekali tp aku tidak begitu. Sungguh mencabar fizikal and mental bkn pd aku sahaja malah tempias terkena juga pd hubbyku. Dia xder alahan ape2 pn tp dia asyik risau la dgn aku nie. Tue x mkn, nie x nk mkn! Pening jgk dia nk melayan karenah wife dia yg comel ini. Hohoho...

Syukur, semakin hampir 4 bln nie muntah2 dh jarang sekali cuma selera mkn belum tahap seperti biase lg. Bau2an plak dh leh terima skit2 la tp kdg2 pening jgk kot t'bau yg t'lampau. Hehehe...Jgn nk kata aku mengada-ngada yer tp nielah alahan yg menimpaku. 

InsyaAllah menginjak 5 bln nnt moga selera mkn kembali seperti biase. OMG...rindu yg amat sgt mkn mknn pedas! Aritue g mkn kt Mat Ayam Kampung Serdang t'liur jer tgk tempoyak & sambal belacan. Klu ambik tue confirm nk b'tmbh-tmbh nasi aku mkn (tue klu mkn kt rmh la...klu kt kedai x kan la nk b'tmbh-tmbh nasi malu weiii).

Okeh, itu jer yg aku nk update! Daaaaaaaaaaaaaaaaa

Maceh bace entry ini...

Tuesday, 7 June 2011

Terima Kasih Allah!

Assalammualaikum...& selamat malam!

Arinie melangkah kuar drpd rmh dgn 1 harapan yg besar...Kupanjatkan doa kepadaNya dan alhamdulillah Dia Maha Mendengar rintihan, bisikan dan keluhan umatNya.

Syukur yg amat kerana Dia mendengar rintihan ibu mengandung nie. Hihihi...Aku sgt2 gembira & t'haru! Perasaan yg plg da bomb sekali arinie adalah "tidak sangka"...OMG! Allah Maha Memberi pada saat-saat umatnya memerlukan. Sudah pasti ada hikmah di tangguh semua ini sehingga tepat pada waktunya bukan? 

Aku pasrah dengan ketentuanNya. Apa pun jua percaturannya adalah terbaik untukku! Harap apa saja yang terbaik berlaku arinie sehingga bila-bila.


Terima kasih Allah!

Maceh sudi baca entry nie!  :)




Monday, 6 June 2011

Oh...Ibu!

Assalammualaikum

Ibu, beratnya dugaan yg kau tempuhi. Peritnya ku mendengar rintihanmu. Bagaimana harus utk ku bantumu? Krn aku jua tidak mampu berbuat apa2 melainkan mendengar rintihanmu agar kurang sedikit beban yg kau rasai.

Ibu, kenapa ibu perlu hadapi semua ini setelah pengorbanan ibu bersama dia selama bertahun-tahun ini? Yer, semua ini adalah takdir daripada Allah tetapi kenapa dia tidak bersikap adil padamu? Kenapa dia seperti menidakkan segala pengorbananmu selama ini?

Ibu sudah memberikan yang terbaik untuk dia tetapi dia menghukum kau seperti kau tidak langsung berharga di dalam hidupnya. Kau telah memberikan zuriat seramai 7 orang untuknya, kau telah bersama susah senang bersamanya & kau jua lah yang melayan segala perangainya. Tidak kelihatan di mana cacat celanya sehingga dia menduakanmu. Bukan sahaja menduakanmu tetapi seperti tidak mengendahkan di mana martabatmu sebagai insan yang pertama di dalam hidupnya.

Ibu, di mana hak ibu? Kemana hilangnya hak tersebut? Dia cukup dengan ilmu agama, cukup dengan pendidikan sehingga belajar ke luar negeri tetapi tidakkah dia sedar yang dia tidak berlaku adil padamu? Pada tubuh badanmu, pada perasaanmu. Ya Allah, terasa begitu kejam insan itu sehingga diriku rasa siapa dia dalam hidupku? Adakah dia jua masih penting dalam hidup ku memandangkan dirimu jua sudah tidak penting pada dirinya?

Yer, dia jua merasakan yang dia begitu jauh daripada kami. Sangat jauh kan? Jika hati jahat kami terdetik kemungkinan besar bukan setakat jauh tetapi sudah lenyap di hati kami. Tetapi kami tidak sekejam itu ibu. Sejauh mana hati kami padanya kami tetap mengingatinya kerana dia kami jua ada di dunia ini. Tetapi bukankah dia jua telah melupakan kami?

Bukan kami tidak mahu bertanya khabar padanya tetapi ibu sendiri tau bagaimana sikapnya. Suka saja ingin mendekatkan kami pada si dia. Oh tidak! Tidak semudah itu kami menerima dia dalam hidup kami ibu setelah apa yang dilakukan ke atas dirimu. Begitukah orang yang berpendidikan melayan dirimu? Terlalu memikirkan kepentingan diri sehingga tidak menghormati hak kamu.

Si dia ingin memancing kami dengan beli itu ini. Kami bukan sebodoh itu untuk diperalatkan sebegitu semata-mata untuk menerima dirinya. Kami tidak tuli untuk menilai dirinya ibu. Bagaimana layanannya pada ibu jika si dia di rumah? Bagaimana sikapnya bila si dia di rumah? Ibu diperalatkan seperti hamba abdi nya malah taraf si dia dan ibu sama sahaja di sisi dia.Apa hebat sangat si dia sehingga dia perlu beza-bezakan ibu dengan si dia?

Ibu, ku tahu kudrat mu tidak sekuat dulu. Itu juga yang ku terkilan, terguris  dan sebak memikirkan sikap dia yang membiarkan sahaja ibu melakukan itu ini di rumah tetapi yang si dia boleh goyang kaki seperti tuan rumah. Bila si dia di sini, si dia dan dia kerap kali ke sana ke sini melayari bahtera cinta mereka yang konon indah tetapi adakah begitu jua layanan dia pada ibu? Selama bersamanya ibu dengan dia, jarang sekali ingin membawa ibu ke sana ke mari. Malahan jika di ajak (jika ibu berkeinginan untuk berjalan-jalan) ada sahaja alasannya, ada sahaja keluhannya ibu.

Perit hati adik ibu. Perit yang teramat sangat. Ketika ibu meluahkan segalanya kepada adik, adik menahan airmata adik daripada menyimbahi pipi agar ini lah kekuatan yang adik boleh berikan kepada ibu untuk hadapi dugaan ini ibu. Tetapi jauh di lubuk hati adik, ya Allah sesungguhnya rintihan ini seluas laut yang tidak dapat kugambarkan untuk kutangisi atas derita yang ibu tanggung kini.

Ibu tau, adik sayang ibu. Kami semua sayang sangat pada ibu. Kami merasai apa yang ibu tanggung selama ini. Tetapi seperti ibu katakan "Biarlah adik". Tetapi sampai bila kami perlu dengar kata-kata ibu "Biarlah" tersebut? Sampai bila? Dia seakan tidak sedar lagi daripada fantasinya dengan si dia. Mungkin dunia dia sekarang terlalu indah dengan si dia sehingga tidak terfikir kewarasan pada fikirannya untuk memikirkan apa salah dirinya pada dirimu.

Ibu, adik mohon kepadaNya semoga ibu selamat menjalani pembedahan pada bulan hadapan. Adik tau ibu kuat demi anak-anakmu walaupun kurasa dirimu sudah tidak kuat menanggung perasaan yang perit itu. Bersabarlah ibu, kami sangat menyayangi dirimu. Betapa dekatnya dirimu di dalam hati anak-anakmu ini, tiada tandingan yang dapat kugambarkan. Moga dia jua dapat petunjuk daripadaNya agar terbuka matanya untuk menghargai dirimu dan memandang mu di taraf yang lebih baik yang selayak-layak ibu terima. Amin!

**Rintihan hatiku