Daisypath Anniversary tickers

Monday, 6 June 2011

Oh...Ibu!

Assalammualaikum

Ibu, beratnya dugaan yg kau tempuhi. Peritnya ku mendengar rintihanmu. Bagaimana harus utk ku bantumu? Krn aku jua tidak mampu berbuat apa2 melainkan mendengar rintihanmu agar kurang sedikit beban yg kau rasai.

Ibu, kenapa ibu perlu hadapi semua ini setelah pengorbanan ibu bersama dia selama bertahun-tahun ini? Yer, semua ini adalah takdir daripada Allah tetapi kenapa dia tidak bersikap adil padamu? Kenapa dia seperti menidakkan segala pengorbananmu selama ini?

Ibu sudah memberikan yang terbaik untuk dia tetapi dia menghukum kau seperti kau tidak langsung berharga di dalam hidupnya. Kau telah memberikan zuriat seramai 7 orang untuknya, kau telah bersama susah senang bersamanya & kau jua lah yang melayan segala perangainya. Tidak kelihatan di mana cacat celanya sehingga dia menduakanmu. Bukan sahaja menduakanmu tetapi seperti tidak mengendahkan di mana martabatmu sebagai insan yang pertama di dalam hidupnya.

Ibu, di mana hak ibu? Kemana hilangnya hak tersebut? Dia cukup dengan ilmu agama, cukup dengan pendidikan sehingga belajar ke luar negeri tetapi tidakkah dia sedar yang dia tidak berlaku adil padamu? Pada tubuh badanmu, pada perasaanmu. Ya Allah, terasa begitu kejam insan itu sehingga diriku rasa siapa dia dalam hidupku? Adakah dia jua masih penting dalam hidup ku memandangkan dirimu jua sudah tidak penting pada dirinya?

Yer, dia jua merasakan yang dia begitu jauh daripada kami. Sangat jauh kan? Jika hati jahat kami terdetik kemungkinan besar bukan setakat jauh tetapi sudah lenyap di hati kami. Tetapi kami tidak sekejam itu ibu. Sejauh mana hati kami padanya kami tetap mengingatinya kerana dia kami jua ada di dunia ini. Tetapi bukankah dia jua telah melupakan kami?

Bukan kami tidak mahu bertanya khabar padanya tetapi ibu sendiri tau bagaimana sikapnya. Suka saja ingin mendekatkan kami pada si dia. Oh tidak! Tidak semudah itu kami menerima dia dalam hidup kami ibu setelah apa yang dilakukan ke atas dirimu. Begitukah orang yang berpendidikan melayan dirimu? Terlalu memikirkan kepentingan diri sehingga tidak menghormati hak kamu.

Si dia ingin memancing kami dengan beli itu ini. Kami bukan sebodoh itu untuk diperalatkan sebegitu semata-mata untuk menerima dirinya. Kami tidak tuli untuk menilai dirinya ibu. Bagaimana layanannya pada ibu jika si dia di rumah? Bagaimana sikapnya bila si dia di rumah? Ibu diperalatkan seperti hamba abdi nya malah taraf si dia dan ibu sama sahaja di sisi dia.Apa hebat sangat si dia sehingga dia perlu beza-bezakan ibu dengan si dia?

Ibu, ku tahu kudrat mu tidak sekuat dulu. Itu juga yang ku terkilan, terguris  dan sebak memikirkan sikap dia yang membiarkan sahaja ibu melakukan itu ini di rumah tetapi yang si dia boleh goyang kaki seperti tuan rumah. Bila si dia di sini, si dia dan dia kerap kali ke sana ke sini melayari bahtera cinta mereka yang konon indah tetapi adakah begitu jua layanan dia pada ibu? Selama bersamanya ibu dengan dia, jarang sekali ingin membawa ibu ke sana ke mari. Malahan jika di ajak (jika ibu berkeinginan untuk berjalan-jalan) ada sahaja alasannya, ada sahaja keluhannya ibu.

Perit hati adik ibu. Perit yang teramat sangat. Ketika ibu meluahkan segalanya kepada adik, adik menahan airmata adik daripada menyimbahi pipi agar ini lah kekuatan yang adik boleh berikan kepada ibu untuk hadapi dugaan ini ibu. Tetapi jauh di lubuk hati adik, ya Allah sesungguhnya rintihan ini seluas laut yang tidak dapat kugambarkan untuk kutangisi atas derita yang ibu tanggung kini.

Ibu tau, adik sayang ibu. Kami semua sayang sangat pada ibu. Kami merasai apa yang ibu tanggung selama ini. Tetapi seperti ibu katakan "Biarlah adik". Tetapi sampai bila kami perlu dengar kata-kata ibu "Biarlah" tersebut? Sampai bila? Dia seakan tidak sedar lagi daripada fantasinya dengan si dia. Mungkin dunia dia sekarang terlalu indah dengan si dia sehingga tidak terfikir kewarasan pada fikirannya untuk memikirkan apa salah dirinya pada dirimu.

Ibu, adik mohon kepadaNya semoga ibu selamat menjalani pembedahan pada bulan hadapan. Adik tau ibu kuat demi anak-anakmu walaupun kurasa dirimu sudah tidak kuat menanggung perasaan yang perit itu. Bersabarlah ibu, kami sangat menyayangi dirimu. Betapa dekatnya dirimu di dalam hati anak-anakmu ini, tiada tandingan yang dapat kugambarkan. Moga dia jua dapat petunjuk daripadaNya agar terbuka matanya untuk menghargai dirimu dan memandang mu di taraf yang lebih baik yang selayak-layak ibu terima. Amin!

**Rintihan hatiku









No comments: