Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Saturday, 15 October 2011

Untuk species SUAMI

*Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja,sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat danletihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.


Satu malam ~~~~

Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat
merasakan betapa letihnya aku bekerja.Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur
menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak kesekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa. Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri.

Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat,kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari???
....Beranaaak? ??........ Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak taaaaaaaaaaaaaaaaaa akkkkk... !!!

~~~~~

"Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??"

Sergah satu suara disisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab yang jadi suami atau abang yang jadi suami???

"Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab nie pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Apa punya lawak pagi-pagi buta ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Hinggakan seluar kecik dan baju kecik Nab pun habis Mat kutip basuh... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... ..... 

Moral cerita :
Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.. so orang suami2 di luar sane mahupun di dalam sini..hargai la isteri anda..

Haaa...yg nie bru cte pasal seorg isteri yg full time housewife! Klu yg wife skg nie keje ofis pn wt pastu lek rmh tuntutan keje d rmh plak kena wt. So, para suami pikir-pikirkanlah yer! Sesama kte mencari rezeki d luar n sesame jgk la penatnya. Blk rmh isteri masih perlu mengerah tenaga utk melayan kehendak korg plak. 

Sila2 la kte b'tolak ansur, tolong menolong dlm meneruskan kehidupan rumahtangga kte coz x slh pn kte menolong antara satu sama lain. Plus klu dh ade anak b'deret2 plak ofcoz la memerlukan bantuan. Lgpn ade kebaikannya para suami membantu para isterinya d rmh. Kowt isteri korg jatuh sakit ker, g outstation ker atleast korg sendiri tau menguruskan diri korg sendiri kan? Btl x? 

Pesanan wt para suami d luar sane, sila ringan2 kan tulang korg tuk membantu isteri korg d rmh. Klu korg rase keje dorg kt rmh nie x seberapa haaa korg try la b'doa cm dlm cte kt atas tue. Blh la korg try lalui cmne tugas seorg isteri d rmh nnt yerk! Jgn sedap mulut jerk ckp keje isteri kt rmh nie mudah jerk okeh.

Tuesday, 4 October 2011

Cerita seram berkenaan email...HATI-HATI...

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 30 Nov 2010

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

Seram ke idak cte nie? Byk seram nyer...seram sbb dpt email drpd org yg dh mati pastu seram yg ke2 nyer laki dia siap tgu wife dia dtg join dia sekali esok nya tue. Hua hua hua. Gempak sehhh!

So, ape2 sblm click SEND tue sila lah double check btl ke idak email address org yg kte nk hntr tue. Kang x pasal2 la jd kes cmnie. Klu org tue ade heart attack ker mmg confirm2 email tue cm menjemput dia "join" sekali kt "dunia" dia tue kan. Hahaha.

Saje jerk share cte nie nk kasi korg gelak t'bahak2 melayan ari petang yg mendung arinie. Huhu. 

Sumber : Ce cite ce cite FB

Friday, 23 September 2011

Cerita yg menarik...


Sempena hari Jumaat penghulu segala hari, just wanna share this story tuk tatapan para suami n bakal suami agar menghargai para isteri n bakal isteri korg! Sekadar renungan kte bersama tuk zaman teknologi skg d mane suami isteri sesame bekerja mencari rezeki...sesame jgk la penat bekerja w/pn mgkn b'beza bidang kerja!

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.

waaa... mana isteri ku...
... ...
Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.

fuuu.. lega..

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..

lelaki tu pun berfikir...

Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o
ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…

hahaha... takde yg nak marah ku...

Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...

Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???

ingat balik..

And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!

SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..
HARGAI MEREKA!!!!!

Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....

sumber : Nurul Huda FB

Friday, 26 August 2011

Panggilan Telefon Misteri

Assalammualaikum

Tinggal beberapa hari saje lg hari lebaran akan tiba, mesti arinie masing2 dh plan perjalanan tuk balik beraya kan? Anyway, drive safely yer semua. X yah nk rushing2 pn coz raya pn ari Isnin or Selasa dpn bkn nyer mlm nie terus raya klu korg rushing2 nk cpt smpi ke kpg halaman tue pn. Hihihi.

Anyway, d sbbkan mood raya sudah berada d lubuk hati nie so mood bkerja mmg out of service la kan! Today sbb kebosanan tahap gaban n mls nk wt keje so aku pn start searching benda yg leh melekakan aku. Alih2 aku t'tarik tuk baca thread Panggilan Telefon Misteri kt cari.com nie. Ingatkan sesaje jer nk bace tuk tau ape cte sbnr nyer alih2 hmpr smpi ke page akhir aku nk khatamkan semata-mata nk tau penghujung cte nyer.

Perghhh, mse aku update blog nie pn smpi pedih2 mata aku nie lg sbb dr pg td dok ngadap lappy nie tuk khatamkan thread yg aku mksdkan tue. Siyes sgt2 teruja tuk tau cte tue. Klu korg ade mse pi la jenguk n baca thread tue konpem korg pn sakit ati jer nk tgu smpi penghujung cte tue coz tuan tanah tue pn kdg2 lmbt update cte. So dr 1 page ke 1 page aku view tuk tgk dia update cte seterusnya. D sbbkan cte dia best sgt smpi komen2 yg lain tue aku abaikan terus. Huhuhu.

Tp klu aku cte kt cni cm x best la kan. Better korg pn memedihkan mata korg tuk khatamkan thread tue cm aku jgk bru la mencabar skit. Ape yg aku leh ctekan serba sedikit pasal thread nie pasal pggln telefon nie adalah drpd seorg nenek cina yg hanya reti b'bahasa Hakka. Nenek nie tiap2 ari call restoren tmpt tuan tanah nie keje n dialog dia tiap2 ari sama jerk. Ko ckp la slh no atau ape pn janji ape yg dia nk ckp kan tue settle pastu nenek tue letak phone. 

Pelikkan? Tiap2 ari call siap ada time2 nyer plak...pg dlm kul 8, tgh hari pastu ptg! Tp dlm waktu n hari2 tue dialog yg same jerk yg dia ckpkan n x kan ckp pasal benda lain pn. Haaa, misteri kan? Korg dh rase misteri tue? Mesti korg nk tau ape yg nenek tue ckpkan. Pastu ape kejadahnya nenek tue tiap2 ari call restoren tue ek? Mula2 dak2 restoren tue rase misteri n tkt jgk tp pastu dh jd kebiasaan tuk melayan pggln tue. Ape lg beb, kasi bace la thread tue supaya korg tau ape kesudahannya. Siapakah nenek tua itu? Dia cakap pasal ape? 

Tp benda nie bkn cte rekaan tau tetapi tuan tanah sendiri yg mengalami pengalaman tue n ctekan semula pengalaman dia tue. Mse aku baca thread nie yups mcm2 perasaan ade. Yg plg penting perasaan ingin tahu sape sbnr nyer nenek tue. 

Okeh la guys, my hubby pn dh nk smpi. Aku nk lek tuk b'buka pastu nk packing2 brg nk lek kpg halaman ku tuk beraya mlm nie. Slmt hari raya pd korg semua. Mohon ampun & maaf zahir & batin jika selama aku update blog nie korg ade terasa hati ker, aku t'kasar bahasa ker...sesungguhnya aku nie hanyalah insan biasa yg sentiasa melakukan kesilapan tanpa aku sedari. 

Enjoy ur hari raya with ur family okeh. Jgn mkn byk2 nnt sakit perut plak. Hahaha. 

**x sabar nk raya coz nk mkn rendang, lontong n mcm2 lg laa...hahaha!!!

Wednesday, 17 August 2011

Mana Mak?


Untuk tatapan dan renungan semua anak-anak….semuga ianya tidak berlaku kepada kita ya………..
"Mana Mak?'

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  

Ateh  menjawab, “Entah.”  

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.  

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.  

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"  

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.   

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.  

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.  

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.  

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.  

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."  

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.  

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.  

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.  

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.  

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , " Mana mak ?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..  

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"     

Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan " Mana Mak? "  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.  

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa . Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya . Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Friday, 22 July 2011

Telo Masin (18SX)

Assalammualaikum & salam jumaah semua,

Arinie tahap keboringan tahap gaban coz x kuar mane2 pn mse lunch. Dok t'peruk jelah kt ofis nie ha menatap lappy. Tp kebiasaannye bile dh b'dpn dgn lappy n ade internet time tue xder plak idea2 bernas nk cari info ape, nk tgk cte ape n etc la. Tp bile lappy xder dpn mata mula la kuar dlm pale otak nie "Haa, esok nk cari pasal benda nie la kt tenet".

Hohoho...Itula kebiasaan yg berlaku pd aku x tau la kt korg jd cmtue ke x kan. Itu lu org punye pasal okeh! So, td t'bace la pasal cte 18SX kt tenet nie so aku nk share la dgn korg supaya korg blh t'sengih sorg2 serta kongsikan dgn org lain. Haaa, sblm bace jgn pikir yg bukan2 yer! X lucah pn. D jamin halal! Hihihi. Dh jom bace cte kt bwh nie...

Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..

So,selepas sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..

Bila matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..Lebih kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik ke dalam air.10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..So lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak tengok..

Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye: Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO MASIN...


Sumber cerita : Rahsia ~

Haa, ape mcm? Lucah ker? X lucah pn. Dh t'kuar dh airmata korg gelak pas baca cte nie? Huhuhu. Saje nk hiburkan korg arinie. Tp btl ker klu rendam lelame dlm air laut leh jd telo masin? Hahaha...Ce try ce try!!!