Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 3 December 2011

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

Adakah korg tau bile Hari Asyura? Adakah korg tau apakah manfaat Hari Asyura pd kte? Aku pn bru tau pasal benda nie. Klu dlu yg aku tau smpi skg pasal bubur Asyura jerk tp x penah nk ambik tau ape istimewanya Asyura nie smpi org sambut dgn membuat bubur Asyura pd hari tersebut.

So, moh la kte menambahkan ilmu agama kte yg sudah tentu nye masih lubang sane sini. InsyaAllah leh la kte praktikkan n manfaatkan utk menambahkah pahala kte.

"Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala'

"Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

Assalamualaikum dan selamat beramal... v(',^)

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan
Selasa , 6 DEC 2011)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan
yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya
keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja
aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama
50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat
kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah
sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka
puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah
Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..

No comments: