Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 10 August 2011

Apakah kegunaan bacaan asas 10 pertama?

Assalammualaikum

Ramadhan ke10 pada 10 Ogos 2011. Alhamdulillah, masih diberikan nikmat untuk b'nafas dan menjalani kehidupan ini. Syukur!

Today wanna share info kegunaan bacaan asas 10 pertama. Tp adakah korg tau apekah bacaan asas 10 pertama tue? Tau ker kegunaan bacaan tersebut kpd kte? Anyway, thanks to my fren Eina coz share link nie klu x smpi ke sudah aku pn x tau pasal info nie. So, mybe korg pn x penah bace pasal nie then aku pn nk share tuk menambah ilmu d dada kte nie.


Bacaan Asas 10 Pertama

BACAAN ASAS 10 PERTAMA
No.
Bacaan
Audio (MP3)

1

Surah Al-Fatihah
Terjemahan:
(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi  Maha Penyayang. (2) Segala  puji bagi Allah,  Tuhan semesta alam, (3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, (4) Yang  menguasai  hari pembalasan. (5) Hanya kepada Engkaulah  kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus, (7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)  mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Surah Al-Fatihah








2

Ayatul Kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.  Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat  255)

 

Ayatul Kursi




3

Terjemahan:
Wahai Tuhan yang menyembuhkan penyakit


Yaa-Baari’




4

Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof






5

Selawat Syifa’
Terjemahan:
Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.



Selawat Syifa’




6

Selawat Tafrijiyyah
Terjemahan:
Ya Allah, anugerahkan rahmat dan kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengan berkatnya  terhurai apa yang tersimpul, terlepas daripada segala kesusahan, juga ditunaikan segala hajat, dan tercapai segala keinginan, dan akhir hayat yang baik, dan dicurahkan rahmat, hasil keberkatan wajahnya, yang mulia, kerahmatan dan kesejahteraan yang sempurna Engkau anugerahkan juga ya Allah, ke atas keluarga dan sahabatnya dengan kiraan setiap kerdipan mata, juga hembusan nafas dan setiap bilangan ilmu yang ada bagiMu.


Selawat Tafrijiyyah




7

Lauanzalna
Terjemahan:
(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir. (22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. (24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)



Lauanzalna




8

Doa Menghindar Syaitan
Terjemahan:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelakaan, juga daripada setiap syaitan yang tercela. Aku belindung kepada Allah yang esa lagi mulia,  daripada setiap musuh dan orang yang hasad , juga daripada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang maha pemurah terhadap hambanya dengan firmanNya “Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian”.


Doa Menghindar Syaitan




9

Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
Terjemahan:
Selamat Sejahtera ke atas nabi Sulaiman
di dunia dan akhirat






10

Doa Sulaiman
Terjemahan:
Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya,. Selamat sejahterakanlah kami wahai tuhan Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail.  Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah ta’ala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai iblis, wahai iblis, wahai iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.


Doa Sulaiman





Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori
Kombinasi Bacaan
Kegunaan

1

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna


Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.


2

1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Salam Selahtera Sulaiman
4. Doa Sulaiman


Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh


3

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah


Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya


4

1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini


Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.


5

1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi

Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.



Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.


Untuk info yg lebih details boleh la korg click link kt bwh tue nnt yer. InsyaAllah, moga kte dpt amalkan bacaan2 asas d atas utk kegunaan seharian kte. Allah sgt suke pd hambaNya yg ikhtiar dan b'usaha. So, marilah kte b'usaha ke arah kebaikan n selebihnya kte b'serah pdNya n tawakal.

This is the link : -  http://www.darussyifa.org

No comments: