Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 15 October 2011

Chicken Wings - Its Dangerous (Folks, I Care)

Adakah korg peminat chicken wings? Kerap makan chicken wings? Nahhh, ini info sgt2 perlu korg semua tau  yer! Sedap yer makan chicken wings tue tp tau kah apa akibatnya pada diri korg?

Alhamdulillah, nasib baik la aku bkn peminat chicken wings nie coz aku suke mkn bhgn isi2 jerk iaitu bhgn dada! Ahaksss...

Jom, check this out what info that you guys MUST know about chicken wings! Why chicken wings dangerous to you? Please READ THIS!!!


Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the cyst.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong. A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation. 

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her. 
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits. You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met. This need is none other than the need for food. Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings. 


Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists. 
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth.. 
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!

Thursday, 13 October 2011

My baby's progress : Week 35


Congratulations! You’re now carrying over 5 pounds of baby-goodness - not counting their amniotic fluid, the umbilical cord, or the placenta itself.

Developmentally, your wee womb-tenant has the fat-factory running at full tilt while their digestive system puts the finishing touches on critical organs in preparation for their first meal (remember - before birth, all of their nutrition was blood via the umbilical cord).

With their first meal in mind, it's time to look forward to one of the most important things you'll do for your infant - namely, keeping them alive with nothing more than your breasts.

If you're still unsure whether you want to breastfeed, just check out our "Ten Reasons to Breastfeed" in Week 28.

Wednesday, 12 October 2011

Semanis Kurma : Keluarga Syurgawi

Assalammualaikum

As my previous2 entry ade kowt aku gembar gemburkan pasal pasangan suami isteri yg t'kenal kt program Semanis Kurma akan dtg ke ofis kami bg ceramah. Itu pn klu korg ade bace la entry aku tue kan. Hihihi...

Anyway, pas tangguh ke tarikh nie tarikh nie akhirnyaaaaa TODAY is the day! Nasib baik la mmg arinie aku x cuti pn kan so mmg rezeki aku la nk b'jumpe dgn pasangan suami isteri yg romantik ini. 

Spttnya ceramah start dlm kul 12 stgh tp d sbbkan dorg d interview oleh pihak Utusan so m'jd kelewatan la pd ceramah tue. X silap aku start dlm kul 1 suku kowt. 

As usual dorg pakai baju yg sedondon kaler nye! So sweet okeh. Aku sgt suke pasangan2 suami isteri yg kai baju kaler same or yg lebih dasat lg bkn stkt kaler same tp design yg sama jgks! Cm nmpk sweet sgt. Tp cm aku n hubs xder la cmtue coz kbykn baju aku plak byk warna hitam or dark blue. Payah skit nk ade kaler2 lain nie. Bkn x minat kaler lain, minat sgt tp d sbbkan aku nie ade mslh peluh yg b'lebihan so agak malu bile celah ketiak tue t'serlahnya kepeluhan ku! Hahaha...ENOUGH!

Okeh, dh cukup puas hati ketawakan aku? Now nk cte pasal ceramah yg d berikan oleh pasangan suami isteri itu yg b'tajuk Keluarga Surgawi. Nk d ctekan segala point2 dorg bg td mmg x t'larat la aku nk sharekan. Plus lupe plak bw pen & kertas tuk tulis point2 dorg bg tue. Huhuhu.

Ape yg aku leh sharekan ape yg aku ingat smpi skg adalah hafalkan surah Al-Imran ayat 200 dan hembuskan pada tengkuk pasangan korg untuk melembutkan hati pasangan korg tue. Bg anak plak bacaan yg sama tetapi dihembuskan pada ubun kepala nya. Cer try...cer try!

Last but not least...b'gmbr dgn ustazah yg aku sukekan la sudah m'jd matlamat tuk aku attend ceramah tue! 

with Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah 

Kenali wanita

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN 1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

Sumber : FB Realiti Alam Perkahwinan 

Get back to work

Assalammualaikum

After 1 days MC on Friday, continue with weekends n continue with my annual leave for 2 days then today get back to work!

Phewww! 

No feeling to work lorrr. Mood still nk b'cuti jerk coz leh santai2 n melepak2 kt rmh. Rase nk tdo leh tdo, rase nk tgk tv layan tv plak. Hihihi.

Spt biase la bile dh cuti nie konpem2 blk jerk ofis dh melambak document atas meja aku nie. Nk chop nie, nk arrange document nie...mmg penat la!

Pehtu baca & reply pending email yg b'lambak2 selama x masuk ofis tue. Bab nie la plg aku meluat sekali coz kdg2 ade la received email yg bikin panas hati. Biase la staff nie mcm2 karenah nye. Nk melayan sorg2 nye perangai mmg kot org lain leh darah tinggi la kowt.

Blk2 nie jerk dh ade keje sudah menanti iaitu rutin keje aku spt biase tiap2 bln iaitu kena kire OT staff. Keje lain pn x settle lg cmne nk start kire OT plak nie. Pening mak! Tp nk pening2 pn kena la jgk wt. Klu x wt sape lg nk tlg wt kan, btl x?

Haaa, tgu jelah aku maternity leave dlm mse t'dkt nie bru dorg nk t'nganga mulut nk handle keje aku nie kan. Padahal masing2 pn x nk ambik tau @ tau pasal keje aku nie cmne kan. So, biarkan! X kan aku sesaje nk t'hegeh2 nk ajar keje aku nie kan tanpa arahan big bos nie. Pandai2 la korg arrange keje aku cmne bile aku dh start cuti b'salin nnt yer kengkawan. 

Pesanan aku "GOOD LUCK doing my work!!!" Hahaha...Nnt bru korg tau cmne x menang tgn nyer korg nk siapkan keje aku nie w/pn nmpk jerk kan kdg2 aku nie cm x bz tp keje b'lambak2 jerk. Bru la korg yg dok goyang kaki jerk tau cmne nikmatnya keje aku nie. Huhuhu.

Okeh2, x yah byk celoteh sgt la kan coz aku nk settlekan keje aku nie sbb nyer esok cuti lg. Esok half day jerk coz check up lg klinik kesihatan. 

Will update cte2 basi later ok itu pn klu rajin la sgt kan...

Saturday, 8 October 2011

Doa sewaktu bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.

Salam Ukhuwah..~

Sumber : FB Tok Wan 2

Berita oh berita

Assalammualaikum

Pepagi nie d kejutkan dgn berita yg bikin panas hati aku jerk. Klu korg pi beli newspaper or senang cte bce online jerk konpem korg pn panas hati cm aku skg nie. 

Bygkn 1st berita yg aku bce pasal seorg bapa meliwat anaknya yg bru b'usia 23 hari krn isterinya enggan melayan kehendak seksualnya. Dh nama bini ko tue tgh b'pantang pastu yg ko x phm2 tue pesal? Pastu bile x dpt melepaskan hawa nafsu ko tue, anak ko yg lgsg x tau ape2 tue ko liwat plak tanpa rasa belas kasihan. 

Ape nk jd manusia skg nie? Knp t'lalu mengikutkan hawa nafsu yg buas itu? Jijik aku rase bile bce berita nie. Seorg lelaki iaitu seorg suami & ayah adalah seorg lelaki yg spttnya m'jd seorg pemimpin & menunjukkan sikap yg mulia tetapi begini plak sikapnya. Mmg sgt mengecewakan!!!

Nie ha lg satu berita yg x leh blah jgk. Dua beradik berbirat tiru aksi lesbian. Nie gara2 meniru aksi pasangan lesbian dlm video lucah yg pernah d tonton mereka ketika berada d rmh sepupunya. 

Pasti korg akan t'kejut beruk bile aku gtau brpkah umur mereka nie. Padahal kedua2 beradik tue bru jerk b'usia 7 thn & 9 thn okeh!!! Kecik2 dh pandai wt aksi ghairah cmnie. Ya Allah...ape nk jd la dgn budak2 skg nie kan? Sungguh merisaukan apabila budak b'usia cmtue dh pandai aksi2 sebegini, btl x?

Mmg padan la muke adik b'adik nie kena rotan dgn bapa angkatnya bile mengetahui dorg nie b'aksi jijik sebegitu!!! Dlm hal nie sape perlu d persalahkan? Ibu bapa krn beri kurang pendidikan? Slh pd budak2 t'sebut krn pandai2 explore benda2 cmnie? 

Dlm hal nie byk hal yg perlu kte kaji selidik blk without blaming sesape pn. Coz dr bg segi ade jerk kesilapannya. For me yg bakal menimang cahaya mata nie mmg terasa ngerinya coz tkt apabile budak2 skg nie t'lalu "bijak" utk mengetahui semua2 nie. Sgt scary kan? 

Ape2 skg byk benda yg mempengaruhi tumbesaran seseorg bdk nie w/pn ibu bapa sudah memberi pendidikan agama & moral yg secukupnya. Mmg ibu bapa zaman skg akan memikulkan tggjwb yg sgt2 mencabar coz semakin byk pengaruh yg perlu ibu bapa tau. 

Moga aku & hubs dpt mendidik anak kami dgn sebaik-baik yg mungkin. InsyaAllah.   :)