Assalammualaikum
Miss my blog so much! Mmg x sempat2 nk udpate blog ksygnku nie sbb bile ade mse t'luang pn dh kepenatan dgn menguruskan rmh & anak. Kt ofis plak mmg lg la xder time sgt plus kemalasan membuak2 coz xder mse pjg nk relax2 nk dok ngadap blog nie ha. Hahaha.
Anyway, topik nie mmg dh lame aku nk coretkan kt blog aku nie mse aku maternity leave lg tp x b'kesempatan. So, time lunch time aku nie aku take time skit la nk bincangkan topik nie tuk kte sesama buka minda kte.
Ape yg perlu kte didik anak mengenai hak milik? Hak milik siapa? Bagaimana utk cara mendidiknya? Moh kte kupaskan topik nie kemudian slps kte baca info yg aku dpt dr iluvislam.com. Credit to them yg wt topik nie.
Bagi mengelakkan anak-anak mengambil barang orang lain tanpa hak, mereka perlu didedahkan dengan soal kejujuran, amanah, serta pemilikan atau hak.
(1) Sebenarnya sejak dari kecil anak-anak perlu difahamkan dengan konsep hak milik. Setiap kali ibu bapa menghalang anaknya dari barang milik orang lain, mereka perlu menjelaskan bahawa barang itu adalah milik orang lain. Katakan kepadanya seperti:
'Tak boleh ambil ni. Barang ni bukan kita punya. Barang ini Osman yang punya'
(2) Jika anak-anak dibawa ke kedai, jelaskan juga bahawa sesuatu barang hanya boleh diambil selepas dibayar harganya. Bila anak itu sudah makin bijak, bolehlah ibu bapa melatih mereka melakukan jual beli. Latihan ini bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, bahkan dapat memberikan kefahaman tentang konsep hak milik dan kepunyaan. Secara tidak langsung mereka dapat mengetahui kesalahan mengambil hak orang lain.
(3) Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab untuk menjelaskan tentang dosa mencuri.Berikanlah ancaman balasan api neraka kepada mereka yang mencuri. Tekankan juga tentang betapa seriusnya kesalahan mencuri sehingga Islam menetapkan hukuman potong tangan ke atas mereka yang disabitkan kesalahan mencuri.
(4) Selain itu anak-anak juga perlu didedahkan dengan kisah-kisah teladan berkaitan kejujuran.
Umpamanya kisah seorang anak gadis dan ibunya yang menjual susu. Si ibu ingin mencampurkan susu dengn air untuk mendapat untung yang lebih. Lantas si anak mengingatkan tentang larangan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab agar para penjual tidak mencampurkan air ke dalam susu.
Lantas si ibu memberikan alasan:
'Ah! Kalau kita campur pun, mana Amirul Mukminin boleh tahu'.
Maka si anak memberikan jawapan yang sangat bermakna:
'Jika Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan Amirul Mukminin tetap melihat kita!'
Begitu juga kita Abdullah bin Dinar yang berjalan bersama dengan Umar al-Khattab ke Makkah. Dalam perjalanan, mereka terserampak dengan seorang penggembala dari atas gunung. Maka Umar cuba mengujunya dengan berkata:
'Wahai penggembala, juallah kepada ku seekor dari kambing itu. Maka jawab pengembala:'Sesungguhnya aku hanya hamba sahaya'.
Umar berkata lagi:'Katakanlah sahaja kepada tuan mu bahawa kambing itu dimakan oleh serigala.'
Penggembala itu menjawab dengan ringkas tapi padat:
'Kalau begitu, dimanakah Tuhan?'.
Umar menangis mendengar jawapan itu. Lalu beliau mengikutnya pulang menemui tuannya, dan Umar membeli hamba si penggembala itu untuk membebaskannya.
Demikianlah beberapa contoh kejujuran tinggi yang dapat meleburkan sifat tamak haloba dan khianat. Anak-anak yang ditanam rasa kehadiran Allah tentunya akan menjauhi sifat mencuri. Mudah-mudahan anak-anak kita semua dapat dilatih dengan sifat dan akhlak mula sehingga meninggalkan sifat jahat seperti mencuri.
Bg mereka yg mempunyai anak yg sudah bijak tuk memahami apa yg kte katakan sudah pasti korg sdg mendidik anak utk tahu soal hak milik. Samada itu hak milik dia atau hak milik org lain. Apa yg ptt kte wt klu sesuatu benda itu adalah hak milik org lain.
Spjg pemerhatian aku, aku pernah n till now hadapi benda nie d mana ada para ibu bapa yg tak ambik port benda2 nie. Seolah-olah benda nie benda remeh tuk dorg didik anak2 dorg. Opsss, sorry to say...yes I know yg aku pn skg dh ade anak n x tau la cmne plak aku nk mendidik anak aku nnt kan sbb skg nie dok ngata anak org.
But now bkn nk bincangkan bab mengata anak org tp bab kte sbg ibu bapa perlu sedar bahawa kte perlu didik anak kte b'kenaan hak milik nie. Cube korg pikir klu kte x didik mereka dr awal, konpem2 bg dorg semua benda hak milik dia w/pn benda tue hak milik org lain.
Yg plg menyedihkan apabila mereka tidak menghormati sesuatu hak milik org lain nie spt d rosakkan atau hilang. Klu x rosak or x hilang pn, bknkah tidak elok kte mengambil atau menggunakan hak milik org lain tanpa kebenaran? Btl x? Klu pemiliknya tau sudah pasti pemiliknya marahkan?
"Ala...biasela budak kecik! X kan dgn budak kecik pn nk marah!" ayat biase yg akan t'pancul dr mulut sesape pn utk menidakkan kesilapan seorg budak yg tidak tahu soal hak milik nie. Btl x? Konpem la, sbb dh biase sgt ayat nie aku dgr kt lubang telinga aku nie.
Ape perasaan korg if brg yg korg simpan tue korg syg pastu org rosakkan? Dah rosakkan tp x minta maaf lgsg? Padahal brg tue kte dh simpan elok jerk supaya tiada sape yg kacau brg tersebut. Perghhh, konpem korg rase cm panas hati jerk kan. Or brg tue korg simpan then org lain sesuka hati ambik & guna tanpa minta kebenaran lgsg?
Please...please...please! Please didik anak2 kte supaya tahu soal hak milik ini. Sgt2 penting. Jgn d anggap remeh coz org akan hilang respek pd ibu bapanya bkn pd budak tue. Hilang respek pd ibu bapa yg mempunyai anak spt itu coz ibu bapa nya x ambik port pn nk didik anak dia soal nie. Klu dr kecik pn kte x didik smpi ke besar la perangai dia akan begitu.